bukan addiction tengok bola now nih. tu 4 tahun sekali takpe.
Ni addiction terhadap makanan.
feeling-feeling terasa makanan kat tekak bila teringin suatu benda.
aku selalu macam tu.
Latest addiction adalah spegeti. apa tuh bolognese???
Pi kedai steak pun order sepegeti, padahal orang lain memakan daging kambing/lembu dengan rakus, aku tetap order spegeti.
Ni yang aku masak malam semalam. Cendawan selambak. Bukan macam makan kat kedai yang cendawan adalah 2 helai je pastu senipis kulit bawang. Masak sendiri boleh letak 2 tin cendawan secara tamak. Bila dah tamak, memasak secara berlebihan, boleh bawa bekal ke opis. Ye. Semalam, aku bawak 2 bekas besar, satu spegeti, satu sosnya. so dinner, sarapan, munch-munch pukul 10, lunch, munch-munch petang, dan sambung dinner kat rumah adalah sepegeti di atas ituuu!wow..kalau aku sambung-sambung spegeti yang dah masukdalam perut aku tu, mungkin boleh sampai stadium bola kat Afrika nun. Ha-ha. eee..tak kelakar, kesian aku tak reti buat lawak.
Tak cukup dengan tu, stok spegeti dan sos, cendawan adalah tiba-tiba berlambak. Sebab, aku punya addiction ni biasanya adalah bertahan dalam masa seminggu. Kalau sambung-sambung spegeti mungkin boleh buat jambatan ke planet Zuhal.
Tak cukup dengan tu, stok spegeti dan sos, cendawan adalah tiba-tiba berlambak. Sebab, aku punya addiction ni biasanya adalah bertahan dalam masa seminggu. Kalau sambung-sambung spegeti mungkin boleh buat jambatan ke planet Zuhal.
Ok..recently addiction terhadap makanan adalah:
1. Nasi kandar Tanjung, seksyen 7 Bangi - Bungkus. Dia bungkus guna surat kabar oke. Rasa macam kat penang. Nasik dia kadang-kadang warna kuning, kadang putih tapi macam diletak apa tah, mcm ada daun kari ke apa.
Lauk rasmi aku:
amik ayam GORENG - DRUMSTICK dan kuah campur-campur (kuah bungkus asing). SAHAJA.
Oh..pakcik penjual ala kerut muka..like eiii budak ni..ayam dengan kuah aja?
makan depan TV. siram kuah sikit-sikit dan BUBUH KICAP MANIS CAP KIPAS UDANG. seminggu weii aku makan macam ni. memang takdelah teringin benda lain. err..tokey kicap kipas udang tak nak ke supply aku kicap barang patblas botol untuk stok setahun? aku dah selalu promote kicap dia ni.
Fakta tambahan: Pasembor kedai ni sedappp!!! kuah sedapppppp!!
Gila mengada aku, pagi-pagi nak pi kerja siap singgah oke beli nasik kandar. huwa-huwa.tegarrrr.melampau.
2. ABC - tak kisah kedai mana-mana, asal ABC.
3. Mee bandung yang tak berapa bandung. Dah lah aku tak suka pegi kedai tu, tapi sebab tekak aku teringin, terpaksa gaklah pegi hari-hari. hiksk.puffff..
Nasib le kan aku punya addidction adalah benda yang murah-murah. kalau yang mahal-mahal, mau mak kena meragut-ragut rumput seminggu selepas itu.
24 comments:
salam... sis, izan suka spagetti.. hehhehe
wah..sedapnya spagetti....umie lak addic nak makan ayam goreng je..kalu tengok ayam goreng mesti nak beli..x kisah la ayam goreng kat kedai mamak ke..hehhe
aku tak tahu nak komen apa tapi ko memang kelakar laa minah oiii
tapi aku pun mcm ko kalau buat kuah spageti tu...cendawan harus laa kena tamak kan..baru sedap....
penangan siakap sting ko tu, siap aku tanya anak sedara aku kat mana ada kedai tomyam area taipan tu... susah loor nak cari..kalau ada pun jenis yang restoran high class punya...aku nak gerai2 biasa jer...
buat sendiri? oooh penyakit M disitu...
kami dah over addiction nasi kandar kedai ni (dah pernah dulu)... dia no2, dulu² nasi kandar sw no1! curah kuah meladung dalam kertas coklat tu sampai koyak kertas kena bungkus 2 lapis, haha
Salam anakanda
Seronok baca apa2pun N3 catz.Hari ni dpt msg dari Datin Azlina..ucap tkasih kerana kenalkan blog catz pada dia..wah datin seronok sangat...
Dah cuba masak spagetti Carbonara? Sedap!
Mama baru masak pengat labu...hehe
kita pon ada penyakit nih. kalu dah teringin tu seminggu tu mkn benda tuuuu ajer. mmg dia mengambil masa seminggu utk recover..
apasal ek?
pastu kita pon suuuuuuka mkn nasik lauk kari saja dgn KICAP KIPAS UDANG LEMAK MANIS. kuah siram sket2 jugak.. sesudu-sesudu sammpai abis nasik
catz..aku juga selalu menghadapi addiction mcm tu selama seminggu..hadoiii..susah maa nak kawal..
Catz...am back..terus lapar...Monrods Seksyen 7 tu best tak?[tetiba je luar topik ek soklan den]
scrletffr/izan,
so awak boleh join kita makan spegeti for the whole week.
malam tadi baru masak seperiuk sos.
:))
umie,
ayam goreng kedai mamak lah best.
tgk rupa pun menggiurkan.
:))
nenet,
siakap sting tuh sennag gila lah buatnya..kejap sajork.
lepas tuh ko boleh buat banyak2..nak makan 5 ekor pun boleh.
hahhahaha
kog,
SW1 dulu aku tak pernah makan nasik kandar dia...hooo..tiba2 teringat pulak.
kedai baru yg hok RESTARAAN tuh sedap ke??
belum pernah try ni...
mamaju,
salam.
apa khabar?
Datin Azlina? errr..malu le pulak saya. tulis benda merepek-repek aja pun.spegeti carbonara biasa gak buat. dalam blog lama saya ada saya buh resepi.
btw thanks sudi baca repekan catz ini.
:).
pengat labu?? best.
:)
cikwawi,
waaa..sama lah kita..makan nasi buh kari sikit2 dan bubuh kicap manis kipas udang tuh..sedap sangat-sangat kan.
seminggu catz makan camtuh, rasa perut cats besar gila.
hhahahaha.
ye..rasany addiction punya cycle ni mmg seminggu kot.
hiksss
cikdina,
kita rasa addiction cycle ni mmg seminggu kot.mana2 org cakap seminggu.
hahahha..nasib le tak sebulan.
hiksss
aku posa hari nih..1st day .. *slurpp..*slurppp...
pi la cover nasik iran kat KPS tuhh... amik gambar iran tuh skali..
kak catz kita pon addict laa tp tak sampai seminggu, dalam 3-4 ari mkn benda sama..seminggu lom test
addict makan ikan keli, plg sedap msk lemak cili api tu
penah addict mkn sambal tumis udang, sambal goreng jawa, tempe goreng
dan kek secret resepi tuh..(3 hr hentam kek2 mahal pastu nak mkn nasi korek2syiling plak)
mmg lawak la kak catz..
bila nak makan CINTAN BOLOGNAISE pulak??heheee
tengok makan nasi campur kicap cap kipas udang, teringat makan sahur masa muda-muda.
catz
restoran HANG SOLO..eeeh bukan..silap... tu hero citer star wars tu...
alahai..restoran WAN SOLO dah ada kat Shah Alam Section 7 Baru.. tak payah aku poie Bangi...
oohhh daging tetek...tetel laaa...
assalamualaikummmmmmmmmmmmmmmmmm! :)
kita pun suka makan.dalam seminggu mesti ada 3-4kali n3 pasal makanan.tapi berat badan cuma 37kg.tak caya? dtg la blog kita.jom!
SEKARANG TGH TERINGIN MAKAN DUYAN...HUAAA...MANA NAK CARI DUYAN KAT LABUAN NI CIK KIAH... POKOK DUYAN PUN TAK NAMPAK KAT CNI
Salam,
Tak nak try kicap terbaru ke?
Kicap ENAQ.... Kicap keluaran bumiputra yang terjamin halal. Saya dah try. Memang sedap. Try tgk kat website nie. InsyaALLAH kamu semua pasti akan menyukainya.... Apa yang penting pengusaha kicap ni menitikberatkan nilai halalan toyyiban iaitu suci lagi bersih.
http://www.enaq.com.my
Post a Comment