Wednesday, June 23, 2010

Jom masak : steamed siakap with limau and preserved red prunes

siakap stim limau asam boi


Tajuk entry macamlah masak apa benda kan. Macamlah masakan apa yang canggih gitu.
padahal masak ikan steam dengan asam boi.
Owh, ini adalah ikan yang aku jala di pasar tani. Tips, sebelum beli, kena tengok ada tak perkhidmatan menyiang ikan. sebab kalau buat kat rumah, boleh terbalik dapur jika tak ada peralatan yang bersesuaian. Mau terpelanting ikan tu sampai ke Temerloh karang.

Ha-ha.
oh, oleh kerana bahan utama resepi adalah azam boi..or asam boboi, maka gigih aku ke supermarket cari asam boi. aku duk browse seksyen yang jual-jual asam.
Takde pun asam boi?
Aku tanya SA yang tengah duk kemas-kemas sayur sawi (see...if pekerja supemaket duk sibuk berkemas susun sawi, maknanya pagi gila kan aku dah masuk supemaket. hari ahad derang bukak awal).

aku : kak...ada jual asam boi?
akak : ada. (dan dia jalan ke arah asam boboi).
aku: errr...yang ni ke?
akak: ye la. ni la asam boi. If nak yang dalam paket siap, kat sana tu haaaa!
aku: ok, tengkiu.

ha-ha. asam boi pun aku tak kenal sebab semua asam tu bulat-bulat macam serupa je?
tapi nama lain-lain, like 'ginseng prunes". ginseng red prunes" etc.
ah..

rupanya asam boi ni ada nama saintifik eh? Nama oramputeh gitu. aku siap tengok yang dah siap dipeket, sama tak?
err..rupa cam sama.
So aku beli dalam 200 gm.


preserved red prunes/ asam boi



oklah.

jom masak.

Bahan-bahan:


Ikan siakap -1 ekor, sederhana besar.
asam boi - 4 biji
halia muda (hiris halus nipis) - 2 inci.
bawang putih - 2 ulas, tumbuk kasar
limau nipis - 2 biji
kicap cair /kicap manis <------ kicap masin/kicap pekat/kicap manis, dicampur air jadik kicap -
cair kan?? aci tak?????
minyak bijan /sesame oil - 2 sudu
sos tiram- 1 sudu
kiub pati ayam - if kecik satu, if besar, 1/2 kiub dah cukup.
daun KETUMBAR - satu pokok. nak guna sikit je, yang lebih tu tanam. :)
garam
minyak

* actually, kuantiti bahan tu agak-agak je. anggaran. pandai-pandai lah adjust. aku agak2 sebab masak campak-campak, tak sukat.




ready to steam


ok,
cara-cara membuatnya:

Panaskan pengukus.
tumis bawang putih.
Rendam asam boi dengan sedikir air.
satukan sos tiram, kicap cair,minyak bijan, perahan limau nipis dan sedikit hirisan daun ketumbar, asam boi, separuh dari halia yang dihiris halus dan kiub ayam. kacau rata.
Masukkan bahan campuran tadi kedalam tumisan bawang putih, kacau kejap.
Masukan ikan dalam bekas tahan panas ke dalam pengukus. Bubuh halia hiris atas ikan.
Siramkan bahan tumisan tadi ke atas ikan.
Bubuh sikit lagi minyak bijan atas ikan , sedikit garam dan perahan limau.
Tutup pengukus.
Kukus around 15-20 minit dengan api yang agak besar.
ok..udah siap.





hidang dan bubuh daun ketumbar hiris , untuk rasa dan bau yangggg..wallaaaa..

oh, halia...sedap.

oh sedappp sgt! dan mudah disediakan.

sedap kuah ikan ni makan dengan nasi.

oh, ya. ada orang tak suka daun ketumbar kot. boleh la ganti dengan daun sup kot. hiks. jangan ko pakai daun pokok durian sudah.


selamat memasak!

26 comments:

NenetPenne (NP) said...

aku rasa entry ni sangat zalim untuk perut aku yang tengah lapar ni...

ko tak nak masak untuk aku ker katz... *muka ala2 si puss shrek*

CAHAYA said...

Sedapnya!!

Leez said...

ko buat aku terliur dgn ikanmu ituu..
bila nak masakkan utk aku?? huhuhuhu

Unknown said...

sedap nih! Harus habis bepinggan2 nasik

syarqiah75 said...

meleleh air liur neh....mna nak carik siakap kat syed nehh.....lapo22

Hajah Zainab bt Abdullah said...

pasti sedap ikan stim nih...mama pernah buat ala2 resepi catz, tapi x guna asam boi...nanti mama nak try cam catz wat tuh..

Mama Miraki said...

catz...nama memainkan peranan tu...huhuhu baca nama menu kaunipun cam gah aje kan...laaa rupanya asam boi.....asam boi...sedap wooo wat aiskrim

xplorer said...

catz-saya pernah buat guna pati ayam BRANDS ganti kicap.cuba try rasa dia pun lagi best n lebih bnyk khasiat.resepi ni saya blajar kat singapore

xplorer said...

catz-saya pernah buat guna pati ayam BRANDS ganti kicap.cuba try rasa dia pun lagi best n lebih bnyk khasiat.resepi ni saya blajar kat singapore

Azrey Rozie Eiman said...

yummy!

puansri said...

ala bestnya...esok nak kena cari atas kapal ni... kat labuan ni ada banyak ikan segar..nak naik atas kapal pun boleh ..amik dalam tong simpanan derang...yang kaler2 meriah pun ada...aritu ada try beli ikan biru...sudahnya keras dalam peti ais sebulan...ngeri nak makan,,,,

Linda Abdullah said...

waww ada asam boi boi laa.. sedap nyer.. biasa stim siakap pakai lemon dgn halia dgn bawang putih jer.. bleh ar try resepi Catz nie..hehe

myblog33r said...

sedap tu bole join makan tak, tengah lapar ni..

catz said...

nenet,
ai mmg zalim.
hahhaha.
ko dtg le..bawak ikan 5 ekor.
hiks,
mak masak.
:)).
bila tuhhh??

catz said...

Cahaya,

hi..long time no see.
u sihat?

catz said...

leez,
anytime..
jom le ke rumah.
bawak ikan 5 ekor.
err..bukan anak ikan ye.
hahhahaha..
:))
bila nak masak2..jom la..

catz said...

Hann,

yer..harus lah 2 pinggan.
kalau ada telur dadar lagiii afdal.
kan..?

catz said...

syarqiah,

kat syed tadek ikan siakap kah??
err..masak kat rumah je lah.
dgn sambal petai.
uihhhh..3 pinggan minimum.
hahahah

catz said...

mama,
mama masak lagiii sedap ye tak,,,
kan...?

catz said...

mama miraki,
buat eskrem malaysia..kannn?
kann..oh...sedapnyaaa.

catz said...

xplorer.
pati ayam brands? mak oi..
ala..ikan ni letak apa pun sedap kot..
asal ada rasa..kan.
masak kena kretip kan.
:)

catz said...

Azrey..
hai..!
:)

catz said...

puansri,

wah..di labuan ke? sana see food fresh lagi banyak kan..tepi laut..
kan..
:).
selamat memasak.

catz said...

puansri,

wah..di labuan ke? sana see food fresh lagi banyak kan..tepi laut..
kan..
:).
selamat memasak.

catz said...

Linda,
u teror masak.
tambah asam boi boleh enhance rasa masam manis.
:).
extra sedap.
:)

catz said...

myblog33r,
hai..
welcome to catzscafe.
:).
boleh je...hiksss...