Tuesday, June 8, 2010

Catz's Day Off




Sapa pernah tengok rancangan ni kat AFC? Best gila tengok dia masak..kan?

ok,
yang ni versi Malaysia.
feeling-feeling ala chuck's day off jugak tu.
Tapi yang ni tajuknya.. Senah's Day Off.
So haruslah mencuci kain baju, memvakum sawang-sawang, mengemop, mengelap dan memasak, pegi supermarket, pegi kedai bunga pakcik Maniam. (agaknya la.tak pernah tanya nama dia , beli bunga 4 batang, hulur duit terus masuk kete).

Balik, bukak peti ais, bubuh barang dan membuang barang.
Ya ampunnnnnn.
Aku rasa barang yg aku buang lagi banyak dari barang yang masuk.
Cili yang tah expired dah pun, tomato penyek, kentang yang tumbuh tanduk-tanduk, pokok bawang, halia yang berakar umbi, buah mangga yang bertukar menjadi objek hitam, dll. Membazir betul.

So sambil-sambil, jerang (eh...kelasnya perkataan) er..masak nasik. Satu tin kecik beras masuk dlm periuk (tipu: yang sebenarnya aku sauk pakai tangan je, takde sukat-sukat), basuh beras, bubuh air banyak-banyak tak tau berapa mangkuk. Yang penting, beras aku bertukar menjadi bubur nasi.

Tumis masak kangkung belacan, rebus tulang ayam, goreng ikan bilis, goreng kacang, rebus telur masin (2 bijik ya..). Guna bahan-bahan dalam peti ais je lah. Tapi kalau dalam peti ais ko cuma ada belacan yang dah expired dengan asam keping, baiklah kita pegi ke kedai depan itu, bawak duit dan makan kedai je lah. Eh, maksud aku, makan di kedai, bukan memakan kedai.


ok..dah siap hidangan tengahari yang serba tak ringkas (yg ringkas, masak nasik, goreng telur dan buh kicap manis kicap udang).

kangkung belacan yang pedas nak mamps. Aku heran kenapa kalau aku beli cili di supermarket dekat rumah aku tu, masakan aku akan bertukar menjadi horror kerana kepedasan yang melampau-lampau.

ikan bilis, kacang tanah, telur masin

letak semua bahan, curah sup dan bawang goreng..ohhh



lepas tu..petang,
MODE keinsafan pula.
Dari mode bermalas-malas di atas sofa empuks tgk TV-rancangan masak-masak- makan-makan-tak-sudah-sudah, aku memaksa diri memakai kasut sukan pergi ke sebuah tasik dan berlari serta berjalan laju-laju.


Ada orang pandang-pandang dgn muka pelik sebab mak gigih amik gambo kaki.
Mungkin dia ingat aku tak berapa siuman.ha-ha.


Sebenarnya nak test, aku ni pengsan tak kalau jalan/lari tanpa henti selama sejam. Ini kerana kawan saya telah mengajak saya join dia hiking. Aku dah berbulan-bulan tak exercise. Rasa teruk gila cepat mengah. Kalau Aku boleh lari/jalan laju-laju tanpa henti dan tak pitam serta tak terduduk terkangkang kepenatan, maka saya akan join. it turned out, aku jalan je laju-laju. Lari adalah beberapa minit. AKu jalan,panjat bukit sikit tepi-tepi tuh supaya ada feeling-feeling pendakian di situ.
eh. oke je? Aku teruskan jalan laju-laju sambil mata aku melilau di sebabkan, di sebelah tasik adalah Mc Donald. BAHAYA tuh. Kang sia-sia mak burnt kalori tauuu. Nasib le duit takde. kalau tak...harus lah Mc Flurry oreoooo saaatuuuu...eh..dah..dah senah oi. jalannnnnnnnnnnnnn!!!!!


minum sebotol air

senja

Eh..ok je kan. Tak pengsan pun. Kalau pengsan pun takde lah orang nak angkat pun. So baik jangan pengsan oke. sedo diri eh, ko tuh berat.

And ..ok je tak pitam siap boleh drive singgah Papparich Bangi makan. Ha-ha-ha-ha. konon sangat lah berexercise kan.


otak-otak steam ke apa tah. masam sket.

Dan ABC papa (ha-ha). Apa ke motif menunya ada perkataan papa di belakangnya.Siapakah paparich ituuu.
Tapi saiznya giant sungguh.saiz ABC itu la.
sedap gila.

So..kesimpulan: sia-sia jugaklah exercise aku di petang yang syahdu itu.Sudahle ko Senah.



sekian.

18 comments:

NenetPenne (NP) said...

hik hik hik...ketawa gedikz..

wahhh cantik rumah ko catz...cosy gituh.. mcm tak sabar jer nak buat sepah...

huh semangat okey.. hari tu pun ada feeling2 nak lari tau..tetiba landing kejap kat atas katil..pastu selamat..sedar2 dah gelap... ahaks...

tak per catz, kita jalan pelan2 yer nanti ... u wait for me, i wait for you... the rest yang kaki pecut, go ahead first eh... hik hik hik...

kucingorengemok said...

beli la lagi lada kat kedai depan tu, aku suka... suka sebab nanti ada orang kasi aku food :)

Anonymous said...

hmm..sedapnya nasi air aka bubur nasi tuh...tiba2 rasa nak buat plak :P

Wahidah said...

tk smpt lg smpai umah akk kan..akk senyap je sebulan ne..dh lupa wai eik..majuk laaa..:P

Anonymous said...

Catz,

Never a dull moment in reading your blog, esp.
on the ATV Kemensah, you could contribute to
local periodicals, tabloids for more people to enjoy.
Then, you will have to succumb to their in-house rules, or what not, I think just continue wth wht you are doin' & thanks for the food tips on the places of interests that you have been.

Enjoy the food and stay healthy alwiz,

Uncle said...

Dear Catz.
Takpa...keinginan nak kurus tu dah cukup untuk menenangkan fikiran...heh3...

kembarahitam said...

love reading ur blog!..love ur food review,jln2 makan hangin etc..wish could do d same every day,every week anytime..:) continue blogging k..

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

ahahahha.... kalau dah gigih training mcm nih jom masuk run pulak la..

shape run.. lari malam2 kat putrajaya...5km jer.. JOM!!

catz said...

nenet,

enet,

sungguh gedik hikhikhik mu iteww.

takdenya cosy nok...mmg dah sentiasa sepah..lg pu sekangkang kera je.

ha..kang kita jalan pelan2.
tapi if hujan, tak pegi kot,.
takut kena sambar petir.

hiks

catz said...

kog,
aku ingat cili ni diletak perasa lada lah..sebab tu pedas..eh..apa aku merepek ni ha??

catz said...

INTAN RH,

mmg sedap...bubuh daging lagiii sedap..kan..

catz said...

wahidah,

toksah le emrajuk.
if nampak akak kat YM tegur laah..
:).
how are u

catz said...

Hi Anon,

welcome to my blog.
happy reading my merepeksss.
:).
thanks for the comment. Really appreciate it.

salam kenal.

catz

catz said...

Uncle,
nak kurus supaya lebih sihat..
:)

catz said...

kembara hitam,


welcome to my blog.
thanks for reading.

salam kenal.

catz

catz said...

life,

shape run bila??
jom?

Hajah Zainab bt Abdullah said...

catz...

mana ada catz overweight...ok dah tu...maintain cukup, excercise supaya keluar peluh --> badan sihat...cewah, mama dah lama tak berexcercise!

Dessert Queen said...

Ai lama tak singgah bz nok...sampai ko buat post Pappa Rich pun aku tak perasan..sekali sama ek..apsal kedai kita gi sumer sama..bila ko nak ajak aku makan2>

Nak aku banjer pun tak kisah...lalallalalla