Monday, June 7, 2010

Nasi Bukhara yang tersedap.

Sebenarnya aku still confuse.
Nasi Bukhara or Bukhari? sama ke tak?
Hari Sabtu Petang balik dari kampus, kami ke Bangsar then ke PJ.
Bertemu seorang rakan blogger.
Kenal lama dalam blog/e-mail.
Actually dah lama dia jemput makan, tapi aku kan konon malu-malu kucing (padahall....ha-ha).
Dah terlanjur berada di kawasan berhampiran kan...dari Bangsar kami terus ke Restoren Syed.

Restoren Syed yang femes dengan nasi Bukhara /Briyani

Masuk kedai, kami duduk dan disapa oleh Kak Ju. Dia sedang busy menyiapkan bungkusan makanan yang ditempah. Dekat seribu bungkus. wah boss pun tolong membungkus jugak kah.
Axa amik nasi briyani. Aku tak tau nak makan apa. Tapi Kak Ju kata kat sini yang sangat fames adalah nasi Bukhara ayam.

Nasi Bukhara Ayam. Ayam ada tertimbus di dalam nasi ya.

Oh, sangat sedap. Aku bukan peminat nasi tumis-tumis di kedai mamak. Sebab terlalu berempah. Tapi nasi bukhara kat sini, walau rasa berempah, tetapi adalah sangat sedap ya! portion adalah sangat besar, mak oi..terkejut aku masa waiter buh depan aku. Boleh habis ke ni? (ek eleh konon..kalau dah sedap tu boleh ke tak habis catz oi...)
Siap ada telur rebus dan disiram kuah sikit. Sedap ok!
Makan sesambil borak dengan Kak Ju dan axa.
Kak Ju ni ramah, walau baru jumpa sekali tapi macam dah kenal lama. And she oso funny gitu..buat lawak selamba.
Walau dia busy, kejap-kejap boss dia panggil, tapi tetaplah dia layan kitarang.
(Dia cakap bos dia yg sgt kaya itu tengah carikan anak lelakinya yang bekerja sebagai dokter jodoh. Tapi sama keturunan deranglah ya. Kalau jawa memang out ya!)

Lama gak kitarang borak.hiks. Seronok borak dengan Kak Ju ni. Ha..bolehlah kalau nak belajar buat costing catering bagai. Teror lah dia bab-bab ni.Masak-masak semua dia teror lah.
Eh, bestnya aku rasa keje dia ni, duk bergelumang dengan food hari-hari. ihikssssss.
AKu cakap, "Eh Kak Ju, bestnya keje kak Ju...seronoknyaaa..."
kak Ju jawab.." Ini lah hasilnya..ko tgk akak ni.."
pastuh kitarang gelak kuat gila.


Dessert, aku mintak ABC (err...mintak tu..tak malu).

Kak Ju terus ckp kat waiter dia.."ABC spesel satu" . Eh malu le pulak i ni. Apa spesel-spesel pulak ni. Ha-ha. Dalam hati suka tak terkata. Sedap ABC dia..sgt lawa ye makanan ini.Kitarang makan share sambil borak.

Then nak balik, kami bergambar depan kedai. Kak Ju yang bertudung merah itu.
Yang baju oren tu Axa
Thanks Kak Ju sebab belanja. Moga murah rezeki Kak Ju. Er..nak lantik i jadi sepokpesen ke? i sudi je. Makan free 4 tahun je. kihkihkih.

Restoran terletak di depan Hotel Hilton PJ.

Saya rasa dah jumpa Nasi Bukhara yang tersedap atas donia.Nasib baik le jauh, kalau dekat, mau le aku menebeng kedai ni hari-hari.

31 comments:

CAHAYA said...

Memang sedap eh? Nak rasa la nanti. ;)

wawank said...

Mantap nich,,, bisa kesana bareng2 gak???

NenekPenne said...

PJ? dekat dgn rumah akak..ahaks...

huh pegi tak hajak... :P

catz said...

cahaya,
cubalah..restoran ni kan banayk cawangan..
:)
tapi takleh mkn selalu. sedap dan berkalori tinggi.

catz said...

wawank,
bisa.
kamu di mana?

catz said...

nenet,
mana kita tau awak free ptg sabtu tuh..
next time eh..pegi lagi.
sebab sedap.
hahhaha

Tijah said...

wah. kena gps nihh...

Leez said...

Huhh..merembess..
Ini yg buat rasa lapar ni...
catzzz..tolonggg....

atty's said...

memang nampak sedap pun catz.pegi tak ajak.huhuhuh

My Life said...

sedapnya....

aZizoL said...

knp air liur aku tetibe kuar ni..ahaks

catz said...

Tijah,

kat depan Hilton PJ. sennag je carik.sebelajh dia GIant.
kedai ni banyak cawangan. yg syed bistro bagai tu lah..

catz said...

Leez,
jom lunch..
lapar!

catz said...

atty,


jomlah..bila?

catz said...

My Life,

hi..welcome to my blog.
mmg sedap..
:).tapi berkalori tinggi. tak boleh makan selalu.

catz said...

azizol,
lapar le tuh..
kat kuching ado? hahahah...saja aku nak tayang2 kan.

Hajah Zainab bt Abdullah said...

catz,

teruja tengok makanan2 tu..mama happy bila baca description yg catz tulis...pandai catz menulis! i like your style..

linda said...

yeah.. i loike your style too !

catz said...

Hajah Zainab@mama,

saya tulis biasa2 je..tak nak guna formal2..tulis apa yg terlintas ..hentam je.
thanks for reading.
:)

catz said...

linda,
hi....i loike too.
hahhaha.
thanks for reading.
:)

xplorer said...

kat mana kedai ni , dah terleleh air liur tgk .

Inah said...

wess..drooling aku tgk nasi bukhara tuuu...eh eh..boleyla rekemen aku utk pencarian jodoh tu..hahahaha :P

catz said...

xplorer,

seberang jalan depan hilton PJ.
sedap! tak rugii..

catz said...

Inah,
hahahha..nak masuk?
tapi..salah satu cretia adalah..
1. mesti doktor jugak.
ha..camno tuh..er..ko DR jugak kan nantik ek..maybe boleh dipertimbangkan..hihihih

Mumtaz Khan said...

catz,
fyi, its nasi bukhara!
syed restoran is very the famous for it... kat restoran lain if ada pun ciplak syed restoran la tu... :p

Uncle said...

Kat kedai ni lah yang Uncle dok melepak dulu lepas habis kerja kat Paya Serai then Uncle Chilli!

DrSinga said...

sangatlah susah parking nak beli sate tu!!!
kena dabel park,,sorang tunggu dalam kereta...
dan orang yang sangat ramai..dan sangat lama nunggu...
sekian keluhan..

catz said...

mumtaz khan,
i definately would come again.
sedap sgt kan..nyummmm

catz said...

uncle,
nostalgia jugak ye kedai ni...
:)

catz said...

DrSinga,

kita park depan 7 eleven.
pastuh kenalah dtg pagi-pagiiii.
cop tempat.
hahahah..
bestkan. u muar kat mana?

syarqiah75 said...

buchak!!! salam catz..sowee bzz sgt x sempat nak nyinggah :) pstt..lain kali dtg lee...lepak mlm...kita banje satay lak...baekk punyerrr..tima kasi yerk coz sudi singgah..sowe le x sempat nk layan sgt...next time yerkk...muaaahhhh222..pas neh kita layan bukhara kambing lakk....