Dah lama tak masak benda manis-manis.
Labu ni LIBL beri. Datang dari Parit Buntaq, Perak.
Oh..bukan setakat labu, tetapi daun pandan oso travel dtg dari perak.
Siap ada daun kari, limau nipis. Pakej kot.
:)).
kebetulan ada gula melaka yang dah berzaman bertapa dalam fridge dan santan pun ada.
Tapi sayang lah, catz masak ni, tuan punya labu jauh lah pulak.
Kalau tak boleh lah saya hantar semangkuk dua.
Ok,
jom masak.
Bahan-bahan:
Labu - 1 biji, saiz sederhana
santan - kotak
gula melaka - 1/2 biji
daun pandan -2 helai
gula pasir - 1/2 cawan
Air
Cara-cara:
Belah labu. Ini pekerjaan azabsss. Nak belah labu punnn atas lantai. aku hempuk pisau aku dgn anak lesung baru terbelah labu tuh. 4 kali hempuk ya. korang tak taulah kot ada pisau / parang yg senang untuk belah benda keras.
then kopek. opss..kupas kulit labu. pun azabsss. kena hati-hati, takut terkupas jari sekali.
then buang biji, hiris labu.
Cuci bersih.
Rebus labu dengan sedikit air.
Masukkan sekali gula melaka dan daun pandan.
Agak labu dah lembut sikit, masukkan santan dan gula pasir.
Kacau-kacau sampai mendidih.
kena monitor lah time ni, takut santan pecah..kang tak sedap.
Then dah mendidih, kacau-kacau,angkat.
Hidang.
sedap dimakan sejuk.
Wednesday, June 30, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
entry labu yang aku tunggu
bukan apa catz, sebab bila aku klik kat entry, alih2 keluar 'entry tak ada'... eeh apsal?
so malam ni boleh tidor aman sebab entry labu dah keluar..ha ha ha..
Catz.. parit buntaq? kampung saya jugak tuh.
Dalam banyak keadaan, kita adalah serupa.. :)
nenet,
haa..pueh hati? hahahah...dah..pi makan pengat labu.
hiksss
Hann,
saya bukan org pt buntaq..
kawan saya yg bagi labu tuh yang duk parit buntaq.tapi saya pernah 3 kali sampai parit buntar.
:)
ahakss.. labu hasil tanaman kat farmville parit buntaq keluaq blog.. kena tunjuk kat mak aku nih...ahahaha...
hann..kita sekapai.. hikss..
PS. Mak oyah dtg hari nih..aku pesan jgn bawak labu.. huhhu..kang betapa lagi labu dlm peti ais aku...
Post a Comment