Tuesday, June 15, 2010

Hiking - Broga Hill Part 2

Setelah sampai 1st peak..
lepak-lepak sambil makan coklat, minum.
Mula-mula, disebabkan LIBL tengok aku dah ala-ala nyawa-nyawa ikan je, dia ckp, kita sampai 1st peak dah lah.
tapi bila dah rehat lama, dan tengok orang lain proceed ke second peak, kami pun terpengaruh. Tambahan pula, ada pemangkin yang berupa objek menarik..kan nenet.
So..kami pun hike ke second peak, amik-amik gambo ala2 photoshot dalam semak, celah batu.



pandangan dari atas bukit


go--go--go!


Macam ketagih oke. Tiba-tiba rasa cam keji pulak kalau tak sampai 4th peak. Budak kecik yang pegang botol susu pun boleh naik kan...so malu le pulak kalau nak stop dan turun balik.
Ni kat 2nd peak kot. Dah ala-ala tak cukup oksigen dah. gila mengada aku. Penat oke.

Tapi puas hati bila dapat sampai ke atas
Then proceed ke 3rd peak. panjat...panjattt

aiyo...nak kojol dah rasa..tapi kan, aku bukan nak downkan korang yang entah-entah tiba-tiba bersemangat nak panjat Broga hill ni. Sebenarnya, sapa-sapa pun boleh hiking ke atas ni. Makcik-makcik tua, nyonya pun kami terserempak. Malah ada yang naik lenggang kangkung je pun tak bawak apa-apa. Budak kecik yang duk bawak botol susu pun ada. Yang penting semangat dan kemahuan. Naik je lambat-lambat. Kalau naik laju-laju bukannya ada markah pun. Kat atas tu takde pun shoping komplek yang tengah buat SALE 70% pun. So makcik kiah, ko pun boleh...errr...tapi jangan ajak aku. Mak dah tobat dah naik sini. Next nak pi naik Kinabalu. kehkehkeh. Rentik kan lah catz oi...bukit camni pun cam nak kojol dah...Kinabalu? oh lupakan le Catz oiiiiiiiii!



siap buat yoga pose oke! er..rama-rama gajah tu saja menyebok.

nice...


oh..puas hati...seronok walau muka dah macam orang balik noreh getah
kat sini aku rasa yang lawaaa sekali nak amik gambo. so segala sesi photo pun sgt giat. BUkan kitarang je. orang lain pun,dengan SLR yang lens panjang cam belalai gajah pun ada oke! Dah macam-macam gaya tengok orang posing-posing. Maklumla..bukan senang ye tak nak sampai atas niiii...so harus lah amik gamba buat satu album. tunjuk kat anak cucu nanti...err..mcm feeling-feeling naik Gunung Kinabalu pulak..hahhaaaaaaaaaaaaa


aku sukaaaa gambar ni..Yasmin sangat rajin. siap turun ke bawah celah batu nak amik gambar kami.
OOoooooooooooo!ooooooooOOOOOOOO!


Ni namanya aksi puncak kasih ye adik-adik.
Make sure dah dapat kebenaran ibu bapa ye nak naik atas ni..hikhikhik


kami...

kami
nice view dari atas
puh...so, kepada penerbit-penerbit video klip lagu , kalau nak amik kami berlakon boleh. Jadik heroin ke..tapi mahal sket bayaran. apa? ko ingat senang nak naik atas ni??
sayup mata melihat ke bawah

yuhuuuuuuuuuu!

Macam-macam aksi. Yang ni sibuk amik gambar sendiri

yuhu


ok..dah puas amik gambar, duduk-duduk, proceed ke 4th peak. Laluan adalah semak dan kena panjat batu.

Ni le tempat nak naik tu. ada tali. So kena bergilir lah, kalau ada orang nak turun, tunggu dulu.
Nampak tak orang kat atas batu tu..haa..kena guna tali nak turun sambil kaki pijak kat bongkah batu.

ha..ni yang nak turun.



akhirnyaaa..sampai lah kami ke sini..yey!

best gila sampai kat bendera ni!

skill memanjat pokok masa kecik2 dulu boleh diadaptasikan di sini ye.

ok..Malaysia boleh!


yang ni agak over..maklumlah..nak sampai atas ni hazabsss

Lepas tuh kiatarang makan dan minum, sembang, gosip, ketupat pada ketinggian 400m dari aras laut. Projek cekodok tak jadik sebab tak bawak hapa pun.lagipun malas. Nak masak kat rumah la kan.

Lama kitarang lepak sini. sampai pukul 11 kot. lepas tuh kami turun..oh..turun agak tak hazabs lah. tapi ketaqqqq lutut dan berenti beberapa kali. masa ni haus gila..air dah habis. Lepas tuh panas ya amatsss.
Sampai bawah..oh...bestnya...ada penjual air...apa lagi..terus amik,..dah minum baru bayar.
masa ni rasa ya ampunnnnnnnnnnnnnnn sedapnya air sejukkkk...
siap nyonya penjual cakap..air sejuk..ada air batuuu.
rasa nak beli semua air dia.


oh makcik penjual air..i lap u very stronggg!

Makcik jual air siap tanya.."penat kaaa??"
ehhhh....
malasnya nak jawab kan. kura-kura dalam aquarium. dah tau lagi nak tanya.

Kat ladang ni pun kitarang duk bergambar. macam tak pernah masuk ladang.
oh..macam penggambaran filem hindustan cuma tak golek-golek tukar baju 6 kali je.

Time ni..dah terbayang-bayang kedai mamak ok..ohhhh..teh o aisss!!!


so kami berjalan menuju ke parking di celah pokok kelapa sawit. baru nak masuk kete.." amoiiiiiiiiiii...u sudah bayarrr kaaa??"


aku... 'o pocotttt!!!..berapa?"

"dua ringgit".

oh..tuan punya ladang sedang mengutip duit parking ya. RM2.00/kereta.


Kami memandu ke bandar semenyih..err..pekan ke bandar ek.
semenyih ni kira small town. Ada tesco etc.
Ada tesco so boleh la dikategorikan bandar kan.?

Aku ajak derang makan nasi ayam yang femes di Semenyih.
kedia ni dekat dengan telekom dan depan sekolah cina.

oh..sirap limauuuu

ayam nasi ayam

kedai ni juga femes dengan tahu goreng dan cucur udang. Tapi sambal dia merah. Kalau lah dia bagi sambal kicap..perghh..harus lajuuuu.

Kami tak selera sgt makan (tapi habis jugakkk..entah bila betul2 takde selera tuh catz??). maybe letih..so air je lah yang laju masuk ke anak tekak.
Kat sini, kamai terserempak ramai juga yang sama-sama mendaki kat broga tadi.

so...lepas tuh..balik.

dah.

Gunung Kinabalu..here i come....!!! eh. tiba-tiba.

aku kah yang berkata-kata itu??

17 comments:

DrSam said...

lain kali ajak sekali nyonya jual air tu menuju puncak dan jual air kat atas sana...baru meletup.

scrlettfr said...

salam.. sis, mau naik gunung kinabalu ker... jom, izan ikut siap leh jadik porter lagi... lagipun sis tahan sejuk kan.. semangat dan kemahuan mau ada...

scrlettfr said...

lawak lah izan baca entry ni... hahahha

NenekPenne said...

tak ketauan ada orang snap gambar ai masa i tengok syok sendiri snap gambar sendiri tu..

apa pun catz, u made it...

jom kinabalu jom...eerr kat kaki jelah eh..

AyunasiA said...

terimalah tabik spring dari gua toing! toing! toing!

Leez said...

kalaulah aku ikut ko hari tu...hmmm jawabnya aku org terakhir sekali sampai....
sib baik aku tak ikut...huhuhu...

Mas said...

i nak pi!!! catz, make sure u have time for me ok!!!

catz said...

DrSam,
kalau nyonya tu jual air atas bukit.tah berapa RM lah agaknya..tah2 satu tin RM10.00.
hikssss

catz said...

scrlettfr,

eh...nak ajak i naik kinabaluke?
oh..mau..mau...
tapi aku kena training setahun dulu kot.
hahhhaaa...pancit...
tapi memang teringin lah...
:)

catz said...

nenet,
tuuu... dah ada org offer ajak tuh..jom start prektissss..

catz said...

ayunasia,
oh..mekasih..mekasih..
hahaha..poyonya mak.

catz said...

leez,
boleh punya..
slow..ko sure boleh sebab aku ni pun boleh.
aku lagi lah tak bersukan..ko main futsal tu ok lah..

catz said...

Mas,
sure..
next time kita pi Gunung Tok Wan sekali.
:)

makcik rokiah said...

huishhh..
kalau selalunye aku sapu laman mak oyah aku seround..

nak pektis naik broga ni mau 4 5 round sehari ek.. haaaaaaaaaaaa..
seround sapu sampah pon dah pancit !!

@xiM said...

naik Gunung Kinabalu lagi mencabar Catz..kena prtaktis berbulan bulan tu..(kata orang yag dah naik,bukan aku ..hehehe)

syabas!!

catz said...

makcik rokiah,

ko boleh lah keje part time menebas semak samun kat ladang kelapa sawit yang banyak kat segamat itewww kalau dah 4-5 round sehari tuu..hiksss...

lepastuh tak pancit lagi dah..

catz said...

axim,
nak naik kinabalu kena prektis naik gunung2 lain dulu...
azabsss