Thursday, June 17, 2010

drama..drama

ada info tambahan.


Adegan rama kat TV.
tak kisah lah citer omputeh ke..citer Melayu.
So banyak lah adegan yang lekat kat kepala ni..
peminat drama melayu le katakan.

1. adegan gaduh-gaduh selalunya mesti kat belakang lorong or belakang lot kedai. Jarang lah nak gaduh-gaduh pukul-pukul dalam rumah,kelab malam etc. Aku rasa, ni nak jimat bajet produksi. Kalau gaduh dalam kelab, costly la, cawan pecah, baling-baling kerusi, pecah sana sini. Mahal kosnya nak ganti benda tu semua.

2. Watak orang gaji asyik-asyik mak jah sembilu. Asyik mak jah, mak jah, mak jah. Jarang lah orang lain pegang watak orang gaji ni. kalau ada pun, macam rasa tak best pulak.ha-ha. Aku rasa, dalam Anugerah Skrin ke, bintang popular ke, kena wujudkan kategori " watak orang gaji terbaik". Ye la..asyik bagi anugerah pelakon pembantu popular, pelakon popular. so setakat berlakon pegang watak orang gaji, sampai bila pun takdapat anugerah. Aku rasa, kalau kategori orang gaji ni wujud, kompem mak Jah sapu. Juara menunggu 20 tahun u ols. oh...hidup Mak Jah,..

3. Cerita selalunya mesti ada watak datuk...datin. siap tunjuk camana mak datin bersosial, buat ketupat kat club golf. macam kurang meyakinkan lah pulak.Mereka bergosip tentang datin itu..datin ini. Siap ada persatuan Datin-Datin. Siap lantik pengerusi, like " Setelah diundi, Pengerusi kelab Datin-Datin ialah Datin Maria! " Tapi nampak yang datang cuma 7 orang. Lepas tuh watak utama je yang beriya dressing ala-ala mak datin. Yang lain-lain pelakon tambahan takde rupa datin pun. Macam kelakar pulak. Ala..ye lah..kalau watak utama, kenalah dressing tuh betul-betul menggambarkan watak, yang pelakon tambahan ni kadang pakai beriya pun, yang kuar kat skrin cuma tangan je tah-tah. hikhikhik.

err..by the way..wujud ke kelab sebegitu?

4. Kebanyakkan cerita, watak digambarkan kerja di opis. contoh ..keje engineer muda. tapi drive BMW or paling kokak pun merc. Jarang la ko nak tgk drama melayu, watak tuh drive Persona ke, kereta kancil ke, myvi ke. Duduk pulak mesti kat kondo yang posh gila ghopanya.
Lepas tu pulak, boleh drive merc siap bukak bumbung. oi..Malaysia panas oke. logik la sikit kot ye pun. Tak yah lah nak bukak bumbung segala untuk tunjuk yang watak tuh kaya, bawak kereta gah-gah. orang kenal la, itu merc s class, E class etc. iskkk....


5. adegan meluah perasaan selalunya kat tepi bukit mana tah. Contohnya..adegan sedih, nak clash, biasanya mesti kat atas bukit lah, tepi bukit, tepi gunung. Eh...gigih ye cari lokasi macam tu semata nak ckp.."kita dah tak sehaluan, kita bawalah haluan sendiri..".

6. watak datin asyik orang yang samaaa je lebih kurang. Cuba bagi mak jah watak datin pulak. asyik orang gaji je. Mak Jah tuh perpotensi gak. Sapa tengok citer NENEK PERKASA. makjah pegang watak utama tau. oke je kan. best jugak pun.

7. pelakon kat Malaysia ni ramai. tapi wonder why lah, kdg watak tuh digambarkan org yg berusia 20-an. Tapi guna pelakon yang dah dekat 40 tahun umurnya. isk..
kadang tuh, watak emak dgn anak, macam watak adik dengan kakak je. owhhhh....


8. orang jahat kalau nak meeting, mesti kat belakang lorong lah, belakang bangunan lah, kat dalam gudang lah. isk. padahal cuma nak meeting cakap 4-5 baris ayat je. hiks.

terima kasih kepada Puansri dan Tijah yang beri idea utk kesinambungan entry ni.

9. ye..aku rindu pulak dengan makcik mary citer cinderela tuh. oh dia pun berlakon jugak dalam citer Tari Tirana. Memegang watak sebagai mak guard. Dulu dia belajar kat UK ke apatah ..then involve dalam tarian. Tapi end up keje guard kat kolej.hiks. Lepas tuh bercinta dengan ex-bopren nya yang kaya. wah..dalam realiti ada ke? Orang tua kaya yang bercinta dengan mak guard kat kolej cucu nya? adaaaa?????
aku suka gak watak anak makcik mary tuh.mereka sesuai bergandingan. tuh anak dia betul ke??
Aku rasa, makcik mary memang boleh mencabar mak jah lah.
Tapi lately, makcik mary ni takde pun berlakon? balik2 muka makcik-makcik yang samaaa je sbg watak tambahan.
Makcik mary..i miss u so strong.

10. Babak nak tidur. mekap cam nak pegi KLCC je? kan Jah..oooooo Tijah.
ada ek orang tidur muka mekap tebal, dengan lipstik, bulu mata pelesu segala. tu kalau tidur ganas, tak ke boleh membahayakan tu, mana tau boleh tertelan bulu mata pelesu tu kangggg. iskkk...

11. kat rumah pun pakai baju cantik-cantik cam nak pi KLCC. aku cuba memperaktikkan.tapi tak jadik la.rimas. kain batik jugak yang best.ecehhhhh. macam lah aku ada pakai kain batik.
hahahaha.

12. babak sarapan rumah orang kaya. mak oi..penuh meja mcm makan malam.
lepas tuh..mak je yang makan. dialog mak .." fendi..makan dulu...tak elok pegi ofis perut kosong".
dialog fendi.." saya dah lambat...tak sempat, bye mom"..sambil hirup teh seteguk. padahal makanan macam nak bagi 7 batalion makan atas meja.



oh..merepek nya aku.
korang tak yah baca lah.
ha-ha.
otak tak stabil.
ampun.

20 comments:

NenekPenne said...

ha ah kan
kesian mak jah tu... patut diadakan pelakon orang gaji terbaik..

watak datin2 tu pun sama...mcmlah datin tak ada kerja lain selain dok hanyam ketupat...pakai baju yang lain2 tu ala2 tak berapa nak datin..

kalau babak dalam club pulak, eeeh tak ada rupa club..mcm dangdut kelab pulak...

kita ni kurang budget dan kurang pemerhatian dalam membuat drama ni.. tapi masa kita pi broga tu tak ada pulak eh orang buat filem... patut adalah kan

eeh panjang benor komen aku, ahask.....

bye

Tijah said...

heyyy. apa jah jah nihhhh? patut mak asek sentap2 dari tadi.


ada 1 lagi...

adegan nak masok tido. atas katil. tapi bulu mata pelsu lentik tak kesian. tak sempat tanggal ekkk??? ke kerna maybelinne???

Romie Pujaan said...

ahahahahahahhah gila babeng arr betui2 samerr je kan

kucingorengemok said...

mak jah bukan saja orang gaji ok, dia boleh jadi bidan dan dukun kampung juga! versatile!

o kalau bomoh ppuan nama wataknya mesti mak esah... aku simpati pada orang nama esah, hahaha

puansri said...

pernah tengok tak citer sindarela? watak makcik marry...lucu sgt...kl catz nak tengok bleh tengok kat tv3.com.my...syok gak layan

Anonymous said...

michhi baca je, ketawa dan suka. michhi kagum dgn org yang suka tulis blog, michhi nak tulis tp xleh, xtau... huhuhu

cik dina said...

catz..rasa nak berterabur je baca post broga hill..hahaha
so, pasal water rafting ni. setakat ni 3 org geng akan join..insyaALLAH..so, ada fb x? leh dpt info terus dlm inbox je..FB - dina rosle..do add me ! babai..:D

Uncle said...

Dear Catz.
Satu entry yang sangat menarik...2 thumbs up!

DrSinga said...

makan malam kat rumah... pakai sudu gerapu yu....
lepas tu... balik2 mamat niiiii je yang jadik Dato'....
(hint:beras...bandej lutut...)aku terus tutup tv kalau dia yang berlakon....

Tijah said...

wakakakakaa. dialog fendi paling mantap. giler kan? mak pun bleh belakon takat utk babak bfast tu. skrip biasa sgt kannn?

dr singa
beras jasmin super five kah? hahaha

catz said...

nenet,
mmg patut ada anugerah untuk ."watak org gaji" sebab..derang mana ada peluang nak menang2 anugerah ni..
err..idup mak jah..
hahaha..
btw,
aku pernah terserempak dgn dia kat kajang.haha

catz said...

Tijah,
hahhaha...
mak jah la...bukan tijah..kehkehkeh.
a'ah//nak tidur tapi bulu mata lentik tu tak menahan tu kan..
lipstik pun merah semacam..

catz said...

romie,
mmg gila babeng..hhahahah

catz said...

kog,
ye..mak jah pun boleh main bola..
hahhaha...

mak esah adalah kata ganti bagi bomoh ---> kata azwan ali.
hiks

catz said...

puansri,
hai..
'welcome to my blog.
:).
ya..saya pun suka makcik marry.
she's really funny.
:)

catz said...

michi,
aku tulis benda merepek-repek je..
hahah..
tak yah baca pun takpe..
hiksss....
hahaha...cam bengong je kan.

catz said...

cik dina,
dah add.
:).

catz said...

uncle,

catz merapik-rapik je lah..
takde benda nak tulis..hahahaha.

catz said...

Dr Singa,

agaknya 'datuk' tu jelah yg paling romantik..eh..now mmg dah datuk betul ke ?
ahahahaha...
semorang pakai garpu sudu semua sbb malas nak basuh tangan kot. hik..

catz said...

Tijah,

ye..model beras jasmin supe 5..
hahha..now dah datuk betul kan?
hiks.
tulah..penat mak jah masak, fendi tak makan.
hukss