Wednesday, April 7, 2010

8-8-8 Photo Tag




Answering tag from lifeisbeautifulyrics.
sorry eh lambat jawab.



The instructions:

1. Go to your photo files…Select the 8th photo folder.
2. Select the 8th photo in that folder.
3. Post that photo along with the story behind it.
4. Then challenge 8 blogging friends to do the same! "...



ok...folder ke 8 dan gambar ke 8.
ha..gambar ni.



Self taking photo, catz with new born baby sofia zerina binti Eddy.

(err...tang nama baby tu, errr..sure kalau tak tgk mak dan abahnya ingat baby ni anak oramputeh. Kalau tak emak, kompem abahnya yang oramputeh. Besok dah besar rupa pan asian gituh. Tapi percaya la..emak dan abahnya dua-dua adalah jawa macam aku gak..wakakaka)


story behind it:

Ok..segala gambar ni diambil last month masa aku pi Segamat, kerja. Then aku detour ke Batu Pahat dan Muar. Visit family. Adik catz bersalin anak kedua. Adik Catz tinggal di Muar. Dah sebulan lebih umur baby ni. so..secara otomatiknya : Anis cenonet dah jadi KAKAK.


Nama kita Anis Zahrah. Kita Kakak kepada Sofia Zerina. Kita saaaaayangggg adik kita.

see? kita sayang sama adik kita. Sangat ada gaya tokoh kakak mithali sedonia kan?? kan??kiss-kiss!muchuk..muah-muahhh!

Ha-ha. korang nampak tak yang baby tuh ala-ala ketakutan. ke ke ke. Orang kata kan..biasanya budak kecik kalau dapat adik dia akan merasa sangat jeles dengan adiknya. Kawan-kawan Catz yang ada anak pun cakap benda yang sama.Betul lah gamaknya kan??
tak caya? u ols tgk kat bawah ni..

U ols tengoklah baby ni..pipi sudah scratch oke! Sapa buattt???? ANIS yang buatttt! kan!
kiss-kiss jugak, usap-usap jugak rambut adik tu.
TAPI!!!
cepuk-cepuk jugak adik tuh..
plus
cakar-cakar jugak oke!
and
lepuk-lepuk jugak adik tuuuu..
pantanggggg mak dia lepa...haaa..siap ko.

Pantang lepa oke..memang dia buli adik dia. Ha-ha! kes jeles la niii..ke ke ke. So mak dia memang pening nak layan dia..hiks.

Sebab jarang jumpa, aku layan jap lah si Anis cenonet nih. Aku makan, dia pun nak jugak. Tadi dia tgk aku main-main dengan sofia, so dia sudah jeles nak perhatian jugak tu. So dia ngendeng-ngendeng aku makan. hahhaha..makan macam buaya. hiks.

ngapppp!
makcik: cedap??
anis: cedapppp acik!

ha..ni kalau mak aku nampak, memang kena libas dengan penyapu aku nih. Nasib le mak aku tgh tidur kepenatan. Makan meniarap cam buaya.silap-silap anis pun kena sekali. sebab subahat.

bakal blogger tegar...macam ada gaya.hiks.

sesambil tuh sempat kan nak selongkar beg aku kan. Kot jumpa duit 5 juta ye Anis?
yang dia jumpa adalah sampah-sampah. uwek! Beg acik cam beg doaremon. segala benda ada!

sentiasa nak enter frame kan? aku nak amik gambar adik dia, punnnn dia nak menyebok gak.Err..aku kompius ah..apesal budak ni rambut dia tak panjang-panjang. aku nak beli sepit rambut kat dia laaa...tapi rambut secoet sajork.Kalau dia cakap dia Abang kepada sofia pun agaknya orang caya.hik.


yela-ye la.... kita gambar 3 orang...kang majuk pulak anis niiiii...
dah..acik nak balik.Tata!

kena tag 8 orang..
ehmmm....
kita tag semua org lah...err.mungkin bukan 8 org yang akan buat tag ni..tah2
8 juta orang.
ha-ha.

11 comments:

kucingorengemok said...

molek makcik makan kaki bersabung, kih kih...

@xiM said...

sebab kau TAG semua orang maka aku pun buat buat lah macam tak baca entri ni..

♥ dak pink said...

uishh, kening anis cantik la =)

makdaracute said...

Biar berdarah jawa, tapi nama international... :)

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

Catz...maceh sbb jwb TAG kiter yer..

Gambar 1st tuh mmg cunn lah..correct angle utk catz..

Penatkan kena buli dek budak2 nih...haHaha..

Life suka tgok mata anis yg bulat!!

catz said...

kog,

mmg molek kannnn??
nyaris je mak aku libas dua-dua budak tuh..
hahahha

catz said...

axim,

tak kisah le..sesapa nak buat-buat le..
:)

catz said...

dak pink,
tgk le sapa makciknya..
wakakakka..(ketawa keji..kekekek)

catz said...

mak dara,
setuju!

catz said...

Life,

mata aciknya tak bulat kewww..
hahahhaha...
jarang jumpa..bila jumpa nak picit je dua-dua tuh..

Sierrauniform said...

alahai comeii..idung anis mancung la mintak sikit nak boh kat 2nd baby(planning lagik), pasal 1st baby dah mewarisi ke'jawa'an emaknya!

jawa mix malay,makin la menjadi...