Monday, April 19, 2010

oh mentor..

aku bukan penggemar rancangan nyanyi-nyanyi realiti.
sebab tu agaknya aku adalah lambat mengetahui kewujudan AF.
oklah..
ye la..
aku lambat pasang astro, coz dulu mmg aku mana kisah sgt hal tv-tv ni.
sebab tuh bila orang duk hiruk pikuk cakap pasal AF 1, masa tuh sapa yang top? vince kan? aku harammmm tak tau.
Tiba-tiba je dah final, kwn aku ajak tgk futsal, dan kat gelanggang tuh ada TV, which end up semorang tgk AF 1 final. tah hapa-hapa. baik tgk tibi kat rumah sambil makan keropok.Bayar gelanggang 2 jam..tapi majoriti pemain ralit tgk AF 1.
Dan aku kehairanan, napa orang terkinja-kinja tgk AF ni.

Pastuh...AF2 pulak.
Apa tuh? oren? oren? demam zahid pulak ye?
aku pun...harammmm tak tau.
so bila makan-makan kat kedai, dan tuan kedai pasang AF, kwn2 aku duk beriya ckp AF2.
zahid lah...sapa tah lagi...then bila aku ckp.." err...zahid ni sapa?"
semorang mcm tgk aku like nak ckp, "nyah, ko ni baru balik bertapa kat gua mana? gua kelam ke guan niah? or gua tengkorak??"
euw..lepas tuh derang semua tak layan aku. tak koser kot nak layan aku yang cam baru balik dari pedalaman pontianak.
serious...aku mmg ketinggalan zaman.

ok..
zaman AF 3. wah..gempak sgt laaaaaa...
fenomena luar biasa mawi.
keh keh keh. eh aku ketawa sebab teringat camana lah kan gelagat kwn aku yang sgt fanatik dgn mawi. Time tu baru aku betul-betul terasa gelombang AF (wah bahasa..ha-ha).
Masa tuh kan..aku rasa la, ko pi warung, bus stand, kantin, padang bola, malah dlm opis orang duk cerita hal mawi. perghhh..betapa lah kan aura dari Felda Taib Andak ni kan. Aku masa tu belum ada astro lagi ok. Tapi tak yah susah-susah. sebab kawan aku yang fanatik gila dgn mawik ni akan updet hari-hari. Tah..masa tuh tetiba aku sgt excited oke. Kagum pun iya jugak.
Sampailah aku pindah rumah baru, terus pasang astro DEMI nak tgk final AF3. wa-ka-ka-ka.
Siap ada kawan aku suh undi mawi. ha-ha. aku siap pinjam tepon papa demi nak undi mawi.
now aku rasa sgt keji la. siap papa kira berapa aku guna undi mawi. aku janji nak bayar, tapi sampai la ni aku tak bayar. ha-ha. so maknanya, secara praktikalnya aku tak pernah lah guna henpon mahupun duit aku untuk undi-undi AF ni.
hik.
ok...
apesal aku ckp pasal benda ni
oh..
sebab malam tadi, aku tgk mentor- audition.
ya ampun.
oh aku ketawa tergolek-golek oke sorang-sorang depan TV.
AKu pun tak tau lah kenapa stesen TV ni tunjuk yang perserta yang sadis-sadis. saja gimik ke apa tak tau lah. Tapi serious aku rasa kelakar gila. sambil taip ni pun aku ketawa sorang-sorang.
sebenarnya aku kagum ok dengan mereka yang join audition ni.
sanggup datang jauh-jauh untk join walau pun some of them takde bakat nyanyi pun.
ada yang dtg semata-mata nak jumpa mentor,mcm ada sorang tuh yang nak jumpa Ziana Zain.

sapa tgk tau lah kan sapa...ihiks.
tapi aku kagum, sebab dia berani. Eh tak ramai oke org mcm dia ni.
Memang peminat tegar, siap bawak apa tah utk kak ziana ni.
tak dpt nyanyi, dapat jumpa pun jadik.

malam tadi tgk sesi audition mentor MUS, DAYANG, MAS IDAYU.

oh..kelakar oke, yang dia tunjuk ada sorang peserta tuh siap mintak 1 minit nak bertafakur menenangkan diri. so pasrah je lah kena bagi dia 1 minit. and end up tak berjaya pun.
Then ada yang sgt naif, dtg dari Perak. siap nangis-nangis. Aku rasa kesian pun iya jugak.
Dia ckp nak ubah nasib keluarga, sebab tu nak join mentor. siap cerita pasal emak dan abah dia. siap call abah dia live tuh. siap nangis-nangis.
oklah..aku puji lah effort dia tuh. Tapi bila nyanyi..hancus laaaa.sayang lah dik.
and si mentor ni boleh pulak nasihat suh amik kelas vokal. sabo je.
bayang le..org tu dtg dari kampung, nak mencuba nasib, tup-tup suh masuk kelas vokal.
aku ni pun now ni, kalau suh carik kelas vokal, aku rasa sampai tahun 2015 pun aku tak pegi sebab aku duk pikir, kelas vokal mahal, pastuh nak hala mana carik kelas vokal ni pun aku tak tau.iskk...kat bangi ni takde rasanya.

ada sorang tuh nyanyi jerit-jerit sampai MUS ckp, "dik..pi klinik dik..pi klinik...."
sampai si Mus tuh ketawa nak jatuh nyorok bawah meja oke.
ke ke ke.
hazabssss sgt gamaknyaaaa.
aku lagik lah..duk depan TV ketawa cam nak terbaring-baring.

tah le..aku percaya, benda-benda cam ni kena ada bakat. Macam jugak Raja Lawak tu. Bakat kena ada semula jadi. then asah...haaa...ok lah.


Then mentor Dayang Norfaizah.

diperdengarkan suara yg sgt merdu. nyanyi lagu siti kot. tup2 tgk yang nyanyi lelaki.
hiks.
Macam-macam ragam.
Time Mas Idayu pun..siap ada yang marah-marah.

entahlah.
aku sebenarnya kan, kagum dengan keberanian mereka tuh.
dan niat jujur mereka, mostly yg ditunjuk tuh yang very naif, ckp nak join program ni sbb nak jadik penyanyi, bela nasik keluarga.Nak ubah nasib diri. Ada orang ckp, derang ni berlakon. untuk sensasikan program ni,. ye la..tunjuk yang sadis2 je...yg best tak tunjuk pulak time 1st round tuh kan. Tapi macam real je...tunjuk yg short listed pun sket je kat hujung.
Ditunjuk yang haazabsss je kebanyakkannya.
mungkin kalau bernasib baik, boleh jadik cam mawi..tup-tup aura nya meletop. jadik kaya raya.
tapi rasanya susah kot nak ada fenomena camtu.
Fenomena mawi tuh lah sekali je aku rasa yg terhebat.
Kawan aku yg jenis ulat buku, ulat komputer, keje wat simulation, interfacing duk depan PC pun tiba2 berubah watak sebab mawi ni. kemana ada show mawi, dia pegi. tak kiralah yg bayar ke yg free. sanggup oke. siap join fan club bagai. aku pulak, time tgh fenomena dia tuh, adalah buat kerja kat ASTRO. aku siap beli produk AF yang dijual dekat lobi. ceh.
ha-ha. sampai camtu sekali.

Oh...world sungguh kah mawi tu.??


bertuah sungguh ekin itu.

hiks.


9 comments:

Hajah Zainab bt Abdullah said...

catz,

mama pun tertengok rancangan mentor tu...hahaha, sungguh melucukan! selama tak der pun tengok...wakaka, macam2 perangai bebudak yg nak jadi artis! ntah...mama kureng bab2 artis ni..

nizz said...

hai sis
salam siaran diknon,wahhh realty tv bagai citernya yer,ekekek mak nie lagi lah bebal noks jgnkan kata artis realty mesia mak tak tau,yg pemes american idol pun haram mak tk penah tengok..sbb kat umah akak yg jauh nie..hikk tk dk channel nie semua....yg banyak citer siam..

kucingorengemok said...

kalau tak silap 1 minggu lepas mawi menang af mak aku meninggal - haha, sadis tak?

xplorer said...

bila nak berjalan2 lagi

AyunasiA said...

kalo yg bos kasi rm50 tu rs menyampah, tp yg dari perak tu mmg sedih.

atty's said...

aku tgk gak mentor audition tu ..lawak je..berani lah diaorg..

AF nie pun aku TERlayan gak .sbb anak2 aku ..tp tak penah undi ..

Zareen said...

Aku pun tak sengaja tertengok Mentor minggu lepas..mmg lawak la pulak..drpd malas nak tengok, terus terlekat kat depan tv tu..hahaha.Aah..mmg bertuah sungguh si Ekin tu...best nyer jadi Ekin..

afendi ariff said...

sawi mmg sedap masak hailam...
mawi mmg sedap menyanyi...

kikin_78 said...

KAHKAHKAH mentor audition mmg lawaks tak hengat...sadis pon ader gak...very theeeeeee, sure pening lalat mentor2 nak layan dorang kaaan...ahaks!