Wednesday, April 28, 2010

Belimbing oh belimbing....

Aku ni tah kenapa lah kan.
Sejak-sejak hantu masak dah mula masuk dalam badan semula.
Rasa asyik nak masak.
so nak kurus tu memang tak lah kan..jalan menuju ke arah situ pun dah terpesong ke arah kuali dan periuk dan senduk.
Bukan sedap sgt pun aku masak. hiks.
Tapi kan salah satu penyakit aku adalah suka mengidam masakan sendiri. Haha. terasa sedikit keji.
ok.
aku ada penyakit.
Pantang le orang sebut pasal makanan.
mseti nak cuba ..pegi..or masak.
thats why kalau pi travel jalan-jalan, aku rasa nak meroyan kalau tak dpt makan benda yg aku dah aim. eh..maklumat kan dihujung jari,
Dah salin alamat, dah survey nak pi tempat tu nak naik apa, kalau tak dapat pegi, or kalau pegi tetiba kedai tu tutup, mmg aku rasa nak bakar kedai tersebut. Tapi belum pernah buat lagi la sebab aku tak nak le tidur dalam jail, walau makan free, aku rasa tak sedap kot (agaknya laa).

Lagi satu, pantang orang cakap benda yang meliurkan.
Contoh semalam.
adalah seorang hamba Allah ni sebut2 pasal belimbing buluh.
ehhhhh..terus rasa nak makan.
pastuh siap ckp, belimbing buluh masak lemak cili api.
amboi.
tak koser mak nak memasaknya kan. Ye la..satu keje nak pi carik belimbing. Belakang umah aku takde belimbing ni. yang ada rumput.
eh ya..now..rumput pun dah tumbuh kat balkoni apartment aku. ha-ha.
pokok aku yang berpasu-pasu dah mati lama dah tapi tumbuh pulak pokok rumput cantik yang selalu org jual dgn harga mahal kat kedai tuh. tumbuh sendiri oke. di sudut balkoni.
subur menghijau. seeeee?? aku rasa selagi tak kena tangan aku, elok je lah dia menghijau. if aku usik, tah-tah terus kojol. baik aku biar je kan. Siram? tak yah. hujan kan ada. elok je aku tgk.

Eh apesal menyiumpang pasal rumput ni?? ok. kembali ke pangkal dapur.

so aku semalam mmg dah plan nak masak. semalam stress, jadi kita kalau stress kena masak ya puan-puan sekalian.
Nak goreng ikan je dgn msk sayur air dah le ye tak. Kang aku stress kat dapur asyik basuh lesung dgn kuali.
Tapi..
tup-tup pi bhgn sayur..aku nampak ni haaaaaaaaaaaaaaaaaaa.


uiii..ranum kannn. so rasa terliur dan rugi tidak membelinya. Tah apa yang rugi aku pun tak tau.
So masuk dalam bakul.
dan..tetiba otak dah melencong nak masak lemak belimbing.
owhhhhh..
so jadiknya...udang lemak cili api bersama belimbing buluh.

udang lemak cili api belimbing buluh in the making

oh terliur

cli api yang tak pedas sgt...buh 4 biji je. Yang lain aku ketuk, masukkan dlm, sbg perisa lada dan hiasan konon-konon nampak pedas.


sambal paru-paru


Tak cukup dgn itu, aku gigih buat sambal paru, goreng ikan, buat sambal kicap, dan celur bendi.
eh..gah gila dinner aku malam tadi. Dah lah makan sorang-sorang. Memang hanyut la. 3 pinggan.
So azam aku masa balik dari Penang setelah makan 4 pinggan nasik kandar " hari selasa start diet, mkn secara berhemah, amik benda hijau, arnab food..detox" tuh semua tinggal retorik sahaja.Tak yah la..kan.


dinner. 9.00 mlm.


jemput makan.
err..tu le jugak bekal aku bawak pi opis today.
now aku rasa nak marah kawan aku tu.
sapa suh cakap pasal belimbing?????

21 comments:

ct_nurmarlissaa said...

eRMMM..YUMMY..SEDAPP NYERRR

syarqiah75 said...

perghhh..syedap22.. belimbing buluh x reti nk mkn :) tapi sambal paru tuh...uiskkk..mujur gak laki den keje mlm nih..kalau x gigih gak nk msk sambal paru mlm nih...menyelerakan....

Chik Att said...

rajin.....

DrSam said...

baru nak concentrate baca blog, bila baca aje cerita belimbing kamu ni Catz terus perut mencerut meminta dilayan...ish...ish...kena gi dapur nih.

Hajah Zainab bt Abdullah said...

belimbing buluh dibubuh dalam gulai nasi dagang terengganu...best!!

Mama Miraki said...

erghhh..lapar pulak dah perut tengah2 mlm buta ni....

geraugebang said...

Dah,,,hantu mengidam dah masuk dalam badan kak gerau pulak...ko laa niii catz...dah mengidam ni...belakang umah akak ade pokok daun kari jerr...cam na?

kucingorengemok said...

buang je la perkataan cili api dari phrase masak lemak ko tu, haha... lain kali kalau TER-letak lada lebih, jiran la punya rezeki ;)

catz said...

ct_nurmalissa,
hai..
thanks for visiting my blog.
:)

catz said...

syarqiah,
yang ikan dan sambal kicap tuh, sbb terliur tgk kat blog awak le...
:)
jom masak.

catz said...

Chik Att,
nak mkn sedap ekna rajin.
walaupun bukan le sedap sgt catz masak, tapi sendiri masak, sendiri makan.
:)

catz said...

DrSam,
nak masak cili api kah??
owhhh....kagum.
happy cooking/food hunting.
:)

catz said...

Mamaaaaa!!
saja buat org terliur kannnnnn.
uuuuu....nak resepi gulai.

catz said...

mama miraki,
apa lagi..jom kedapur..
masakkk!
:)

catz said...

kak gerau,
kena masak kari kot..
takpe..esok2 pi carik belimbing kat pasar tani. masak sedap-sedap ok..
bang badang sure sukaaa.

catz said...

kog,

ohhhh..masakan ini main dia cili api nok. cum aku tumbuk 4 biji je.
pedas lite2. if not kena panggil bomba..
:)

Dessert Queen said...

Sodap eh masak gulai cili api tu..

azieazah said...

Tengok makanan tu satu hal...

tapi mata ni ralit lagi tengok kerusi meja makan yg indah leather tuh..

juga dinding warna keemasan dengan langsir dan sofa sedondon.. hebattt! Dok sorang jer kerrrr?

catz said...

Nowwa,
sgt sedap..tapi versi kurang pedas..
:)

catz said...

azieazah,

hi..kadang sorang..kadang berdua..kadang takde orang..
:)
err..acttually bukan keler gold pun..
kat gambar je nampak cam tuh....hijau actually.
:)

Hajah Zainab bt Abdullah said...

catz....sori arr mama tak ada resepi gulai tuh...ada actually...tapi mama buat tak jadi spt sepatutnya :(((