Wednesday, April 28, 2010

Teo Chew Cendol @ Penang Road, Penang

Cerita cendol lagi.
Ok..for me , visit to Penang would never complete without street food.
:)
as mak mentioned before, Penang = food heaven. setuju? tak? setuju. kan.
Ada ke orang mention penang pasal shopping ? tak kot.
Aku rasa, kat bandar besar kat Malaysia ni, penang je kot yang ada environment di mana, dimana-mana adalah gerai makanan. and one of the famous food is cendol.
oklah...mesti org akan cakap..aku mkn cendol kat jalan ABC best, then sorang lagi cakap, eh aku makan kat jalan XXX lagi sedap. ok..fine. Ramai orang jual cendol, dan katanya cendol ni orinya famous di Melaka dan Penang. Tapi negeri lain pun ada cendol gak kan. Contohnya, cendol Leman Dawi kat Negeri Sembilan. Betul tak Tijah?????(err.Tijah bila ko nak bawak mak ni mkn cendol kat sana?) Yang aku perasan, orang akan letak nama something di belakang perkataan cendol. Contoh lagi... err..cendol Banting, pun famous gak. Cendol Kak Senah pun famous (jgn tanya kat mana, aku tak tau).

Tapi kalau benda femes, semua orang tau lah kot. Ala-ala a MUST terjah gitu.
So mari terjahhhh.

Aku google, dan banyak sungguh review pasal cendol Teo Chew di Penang Road. So baru nih, mak dah terjah ke sana. Actally aku google2 ni lepas balik dari Penang. Disebakan dah lama aku tak makan cendol kat Penang, aku mcm dah lupa kat mana nak makan cendol. Ok la..banyak je gerai cendol if kita jalan along Penang Road tu. Tapi nak terjah yang glemer.

Ok, aku tanya beberapa orang, iaitu tokey kedai area2 Penang road tuh.
and they were very helpful siap bagi tau detail how to get to famous cendol, takut aku salah stall.
Siap seorang nyonya cakap,

"kalau tutup aa, u pegi itu Komtar sana, dekat Komtar Walk, ada stall dia, sama punya"

So..if korang jalan dekat area Penang Road, aaaa...senang cakap, tau kan kedai asam kat pasar Chowrasta tu..u ols jalan lagi sampai hujung. ada satu lorong. ye..Lebuh Keng Kwee off Penang Road. Ha, situ le stall cendol famous ni. Eh, kalau tak jumpa jugak, lagi senang, pi balai Polis Pulau Pinang yang terletak opposite Pasar Chowrasta tu, tanya. sure jumpa. hiks.


Lebuh keng kwee off Penang Road

Ni lah Lebuh Keng Kwee tu. Nampak orang kerumun tuh??
Ha..situ la.
Ada dua gerai oke. Satu kiri satu kanan. Mengadap antara satu sama lain.

Gerai 1.

Memula, aku pi gerai ni. Mangkuk oren, sudu besi kan.
Makan semangkuk. Oh..sedappppppp!
Kategori boleh lah mengigau, oh makcik cendol..oh makcik cendol...!

Bagi aku, ni cendol yang PERFECT rasa nya. Ada benda hijau tu, kacang merah, gula merah, santan dan shaved ice . SEDAP! Aku tak tau nak describe ah, tapi manis dia, rasa santan dia, dan benda hijau tuh pun aku suka. macam lain le rasanya. macam terasa perisa pandan yang agak ringan dan saiznya pun mudah untuk dikunyah dan dihadam. Rasa seperti cendol menari-nari di dalam mulut dan tekak saya (apa aku merepek ni?).

Time aku makan, ramai le orang berenti. Aku spesel, dpt bangku merah untuk duduk. Ha-ha. Dah orang lain lagi suka berdiri. er..ada feel gitu gamaknya. Orang makin ramai, ada yang bungkus, ada yang makan. Kereta besar-besar duk parking dekat stall, ada yang turunkan orang untuk beli, flow tak putus oke. Perghhhh. tapi susah parking, so baik ko park kat mana-mana, then jalan kaki je. lorong ni sempit.

Oh , sebab ada 2 gerai, so nampak, ada yang pi belah sini, gerai 1, ada yang pi gerai 2. Tapi gerai 2, lagiiii ramai orang.

see...tak kisah le sapa, mmg enjoy sungguh nampaknya.

Gerai 2.

Ok..ni gerainya. So, aku pun nak gak rasa cendol stall yang ni jugak. Tamak??
eh, takkan aku nak pi sekali lagi pi Penang nak rasa cendol ni pulak. Dah depan mata, makan je lah. Bila aku balik dari Pennag, tgk review kat internet, banyak gila review on kedai cendol ni. So..ini le katanya the best cendol di Penang.

Famous cendol in Penang.

Ok..mangkuk biru, sudu plastik. rasanya? pun sedapppp. Bahannya sama je dgn gerai 1. Lemak gila. Manis. Tak tau nak describe lah. Lemak, manis, sedap.

Katanya yang mangkuk biru ni yang betul-betul ori penang mari, yang mangkuk oren dari Butterworth. tapi tak kesah la. dua-dua best.
Tapi kalau tgk review pasal cendol di Penang, mereka merujuk kepada yang biru, tapi ada gak org yang buat review kata suka yang mangkuk oren. Gerai yang mangkuk biru, pekerja pakai uniform.Dan plus point aku kasik, sebab time aku dtg, org tgh kerumun tunggu turn. Aku dtg ke stall ni, dan amoi cepat2 tanya dan bagi aku dulu. Tataw napa.Tapi tq lah. mak sukaaaa. 10 saat dah dpt makan.


nak ada feel, kena makan depan-depan gerai.hik


Tapi aku lebih suka mangkuk oren,kemanisan, kelemakan, rasa..of perfect.

Baguskan..? berniaga mengadap antara satu sama lain. Dan dua-dua maju. Harga sama. RM1.80.
oh deranga dagak jual benda lain cam ABC, air etc.

Famous cendol in penang

malam tadi aku mengigau cendol ni. The sedapest, bestestt cendol.

(ke sebab time aku mkn yang mangkuk biru, aku dah kenyang mkn yang mangkuk oren so aku rasa yg mangkuk oren lagi extravaganza sedapnya?)

kesimpulan: dua-dua sedap. ikut selera masing-masing lah. sebab dua-dua gerai ramai orang. ikut citarasa. :)


Ok..misi terjah cendol tamat. Now, nak carik nasi kandar pula.(tipu, sebenarnya time carik cendol ni, baru je sudah mkn nasik kandar kat line clear.ha-ha)
jom!

10 comments:

Dessert Queen said...

Catz..ko dah try cendol kat corner tepi tokong kat Kajang tu?Depan sikit dari Maybank tu?Sedap gak..

Tapi baru ni aku try yang kat Kedai Mee Bandung Muar Jln Sg Kantan tu..gila malatops pakcik tu punya cendol..nyum..nyum..

mRsauRa said...

suka gak makan cendol tapi yg kosong...maksudnya sumer bahan ada tapi itu cendol yg ijo tu takmooo...ark ark ark, bley eks gituuuu

DrSam said...

di Kota Damansara dan Subang Perdana ada satu kumpulan franchise yang jual cendol ala-tepi jalan ni. Cendol ...(lupa) Utara. Paling best untuk saya setakat ni, lagi kalau dia campur tapai. Ish...

Anonymous said...

dia punya review pasal cendol penang, kita yang baca ni macam melompat2 nak mentekedarah cendol sambil makan berdiri depan gerai..huhu

kelasss gitu..

azieazah said...

Ya.. Kak Azie pernah rasa cendol kat CHOWRASTA tu bermangkuk mangkuk sebelum pi merayau dalam tu cari segala tok nenek jeruk.. Perhhh teringat...!

marie said...

catz...akak Insyaallah akan bercuti ke penang time wesak day nanti..dah banyak dah pikir pit stop makanan ni..nak2 tengok n3 penang u ni...citelah lagi tpt makan yg best kat sana

CAHAYA said...

esok kena try ni. dekat chowrasta eh?

me3n said...

Pengalaman naik feri 50 sen ialah part yang paling best ;p.

Mummy Eda said...

Catz...
dah makan Laksa Pokok Janggus (Balik Pulau) dan nasi kandar Beratur (buka waktu malam shj) tak? Pi la try...
Waa.. meleleh ayaq liuq bila dok sebut bab makanan kat Penang ;-P

Anonymous said...

Saya dah prgi Penang mggu lepas...bgus blog ni, sgt membantu smasa travel kat sana terutama cari tmpat makan best..very informative..mmg betul naik free shuttle bus lbh senang nak jalan2 kat sana..sgt efficent utk pusing2 n jalan2 kat sana..n mmg btul cendol sudu besi paling best,mmg sampai skrg tak boleh lupa..tapi still ramai yang beratur ke cendol sudu biru..lain org lain citarasa..