Friday, June 11, 2010

Entry yang berbau kenegerian (lagi).

Ya. Satu lagi entry berbau kenegerian di pagi Jumaat yang mulia ini.
Dan entry ini juga berbau sambal kicap.
ha-ha.


Betul lah. bak kata seorang reader itu. Kawan reader tu kata, Orang Johor ni semua benda dia nak cicah.
Contoh..makan cekodok nak cicah sambal kicap.
Makan pisang goreng? wooooohhh..lagi lah cicah sambal kicap.
Kalau tak? macam ala-ala macam make nasik dengan ulam tanpa budu. guano mu?

Ok.
pasal sambal kicap dan cicah-cicah ni, aku rasa orang johor tak kenal lah cicah jenis yang lain.
Yang dia kenal, samada sambal kicap, sambal belacan atau sambal tumis ikan bilis. Opsss.. orang Johor tu aku ya. Aku tak merujuk orang lain. AKu merujuk family aku je.
Oh..japs.


So kalau makan lempeng ke gitu, cicah sambal tumis.
pisang goreng-----> sambal kicap.


Aku rasa, resepi sambal kicap wajar dipatenkan dan dijadikan satu makanan warisan negeri Johor. Ala..macam budu tuh kan..tu mknn trademak oghe kelate. Ni hok versi selatan lah pulak.

pisang goreng

lately aku ni duk kemaruk makan pisang goreng. Tapi pisang 'kepok'. Pisang lain tak nak. Dah lah gitu. Mengidam yang digoreng sendiri. oh kejinya, mengidam benda yang kena masak sendiri. Tapi ok lah kan. Aku kemaruk makan benda yang murah. Last week balik kg, mak aku bekalkan setengah tandan pisang kepok yg dipetik di kebun belakang rumah dan 90% dah masuk dalam perut aku dah. Dan semestinya mkn dengan sambal kicap.

Pisang goreng tanpa sambal kicap adalah mengerikan.


Sampai kering dah sambal kicap tu. Menandakan aku dah habis mentekedarah sepinggan pisang goreng. Oh..tiada hari tanpa sambal kicap.


Nak sediakan pun bukan susah. Tak payah bak tumis bagai.
Tumbuk cili, buh bawang putih, buh kicap dan gula sikit. dah siap. senang kan?
sebab tu aku rasa nak piat telinga kawan aku yang berasal dari Parit Sulong , Batu pahat yang berkata, "aku tak reti buat sambal kicap, selalu mak aku yang buat. Ni aku beli pisang goreng, ko boleh tak buatkan aku stock sambal kicap barang 2 botol."
mengada kan? ko tak reti ke malas??? kalau ko bukan org pt sulong mak maafkan. Tapi tiada maaf bagi mu lah jenab sebab ko org batu pahat yang ckp tak reti buat sambal kicap.
Terus aku rasa nak hulur kat dia lesung dengan cili api 5 kilo, kicap 5 botol, bawang putih 2 kilo dan paksa dia tumbuk cili tu depan aku sampai pandai. Tadi ko cakap tak reti kan? Ha..now aku ajar. catit dgn teliti ye segala step-step menumbuk cili tu.


tempe dan sambal kicap.

Oh..betul lah. tempe mmg boleh menegangkan kulit mcm botox. Satu kajian dah dijalankan dan sekarang tempe menjadi salah satu bahan dalam pembuatan kosmetik. Aku ada tertengok kat TV last month kot.Ni aku bukan reka-reka tau.

Bila aku keluar dari daerah Batu Pahat, baru aku kenal tempoyak, budu, cencalok dan sos keropok lekor.

Tapi, walau di mana aku berada, oh sambal kicap...i lap u..pun very strong!

36 comments:

Chik Att said...

ooohhhh sambal kicap ....
mak ni bukan org Johor ...
tapi tetap makan goreng pisang cicah sambil kicap.....

ain.ya.nun. said...

cadangan ai: botolkan la sambal kicap cam cili sos tu. senang nak makan. tak yah pijar2 tgn. *stok malas nak tumbuk cili. =p

zixol said...

oh ye sgt betol,1st time bli goreng pisang kat serdang dlu aku siap tunggu2 kot2 macik tu lupe bg sambal..skali tu mmg depa mkn goreng pisang xde sambal..apekah?? trus ilang slere aku nk makan pisang..hakhak..

kalo aku bawk balik geng bg depa mkn goreng pisang dgn sambal kicap mesti dorg wat muke pelik..perlu ke?? hahaha

NenetPenne (NP) said...

ai makan budu tu pasal otak i geliga mcm CSI...ahaks...ooh silap bubuh ikon ketawa..patutnya camni ketawa aku sekarang... hik hik hik...sopan kan...

yahoo tonite i meet u again ...

kucingorengemok said...

ko tak pitam pulak makan ladi sebijik2 gitu?

dak pink, rasanya sambal kicap dalam botol tu dah ada, fama ke apa keluaran entah, pernah jumpa, tapi rasa out :|

~ Mummy Gee ~ said...

mummy pun baru jer bercerita pasal sambal kicap kat blog Mumm 2 hari lepas. Versi sambal kicap johor selain cili padi kena bubuh bawang putih kan. Kekadang kat KL ni kuah kicap (cili + bawang potong + cili potong) tu yang dia org panggil sambal kicap...ada ke cam tu kan...

Mama Miraki said...

catzs..
aku sejuju 500% sambal kicap di patenkan..makanan warisan Johor. sehari tanpa sambal kicap tak sempurna hidup rasanya tau..makan soto mesti ada sambal kicap...tau, tempe, pisang, sukun, keladi yang digoreng tu suma "wajib" cicah sambal kicap.

Dessert Queen said...

ai bukan org Johor tapi aku makan tempe & goreng pisang & sambal kicap..

tapi entry sebelum ni..aku tak pernah mkn mee siput tu..mak aku je ckp sedap..mana nak dapat?

Mrs. Mel said...

amboi, entry kenegerian disitu.. tapi ai suka jer. katanya orang johor jugak gitu kan.. haruslah suka!! memang kita ni orang johor suka je nak cicah macam²kan. dulu my hubby cam pelik pisang goreng cicah sambal kicap. tapi setelah 2 tahun bersama, dialah yang laju mencicah.. :D

lagi satu catz biasa tak makan goreng pisang cicah dengan sambal tumis.ummm mak oii, itu pun sedap!!! hehehe..

Unknown said...

ya setuju patenkan sambal kicap..tanpa sambal kicap dunia rasa tak bermaya(padahal makan tu makan gak tapi penuh sopan jer masuk perut..:P)

afendi ariff said...

ya2!aku akui kekicapan sambal itu...
walau dah 15 tauwoun meninggalkan skudai namun kekicapannya masih terasa di benak ku ini....
heh!

Azrey Rozie Eiman said...

i love sambal kicap, too!

geraugebang said...

mak kita (orang muor) suka letak sambal kicap dalam botol horlicks....I (muor+ Johor bahru + pontian) like sambal kicap...n tau buat sambal kicap...bukan cam orang pt sulong yang awak cakap tu...ki ki ki

LYS said...

yeszaaaa.. pebret nih..
abg angkat aku org bp kene ade sambal kicap ni hari2 ok.. kalau xde leh buat gado..hahaaa..

pesal cili kasar2 gitu.. ni mak aku nampak die kabo bole tampal seluo..hiksss..

MSOM said...

Catcz,
Pisang goreng dan sambal kicap umpama irama dan lagu. Makan pisang goreng tanpa sambal kicap umpama makan nasi tidak berlauk.

AyunasiA said...

catz, bila nak tunjuk sambal tumbuk pulak?

@xiM said...

tetap aku nak budu jugak.heheeee

catz said...

hi chik Att,
kan..orang bukan Johor pun now dah mula makan cicah-cicah sambal kicaps..:).
hidup sambal kicap...
:)

catz said...

dak pink,
rasanya pernah nampak disupemarket.tapiii..sedap lagi buat sendiri.
:)

catz said...

azizol.
perlu!! perlu!

catz said...

nenet,
haiii...hikhikhikhik (i pon sofan jugakk)..hikhikhik

catz said...

kog,

kalau dgn mee sifots...i rela tahan pedas..hiksss

catz said...

mummy gee,
yes..cili+garlic+gula+kicap..
:).
baru meletops.
:)

catz said...

mama,

err..tau tak berapa yuran nak mematenkan iteww..
mahal kotss.
:)

catz said...

nowwa,
ada dijual di BP dan Muar.
:)

catz said...

nowwa,
ada dijual di BP dan Muar.
:)

catz said...

MrS Hakim,

ye..biasanya org yg duduk dgn org jhr akan terpengaruh jua..hiksss.
sambal tumis? pernah.pun sedap.kan..
:)

catz said...

siera,
yee..tiada hari tanpa sambal kicap..
mudah, ringkas je resepinya kan..
:)

catz said...

afendi,
adakah engkau warga utm??
adakah???

catz said...

azrey.
yes..i love sambal kicap very strongg.
:)

catz said...

k gerau,
buat yg fresh..terus cicah2 lagi syokk..awww..
siap bubuh dlm botol tuh..boleh buat nisnes ni.
:)

catz said...

makcik rokiah,

wah...takde sambal kicap leh gaduh gitu..hebat penangannya kan.
hahhaha.
aku suka je kasar2..yg sebenarnya aku sgt malas.
kalau rajin baru tumbuk halus.

catz said...

MSOM,
hi..welcome to catzscafe.
:).
yes..kalau takde sambal tuh,boleh kansel nak goreng pisang,.hiks.,

btw, thanks for visiting my blog.
happy reading,

catz miow.

catz said...

ayuna,
sambal tutuk ek?
tuh karang..entry lain..hikss

catz said...

axim,

budu pun budu le...
yang pentings, hidup sambal kicapp!

makdaracute said...

wah! citer pasal sambal kicap lagi....suke ler...Bukan anak Johor, kalau tak tahu buat sambal kicap...kejam tak? hehehehe..
kat rumah saya sambal kicap sentiasa ada di dalam peti sejuk..