Monday, June 14, 2010

Hiking - Broga Hill (part 1)

Di suatu pagi yang hening...

Actually,
dah plan 2 minggu awal untuk pergi hiking.
ke mana?
BROGA HILL. Bunyik nama Broga tu tah macam kat pergunungan mana lah kan???
Tah kalau orang tak pernah dengar tah ingat macam tempat ni kat Kalimantan Barat ke, atau tah-tah kat Madagascar ke gitu. Eh..bunyik ada macam sama sikit tak?

Tapi lokasi sebenar adalah di Semenyih. Ya. Semenyih tuh dekat-dekat Kajang. Universiti Nothingham tau? Ha..dekat-dekat situ.

AKu sebenarnya dah lama duk dalam jajahan Kajang, tapi tak pernah pulak dengar sebelum ni orang duk hiking ke Broga Hill ni. Yang aku tau Broga ni femes sebab dulu kan kat sini nak dibuat Incinerator untuk pelupusan sampah, lepas tuh tak jadik. Masa tu selalu lah dengar nama Broga ni. Tapi tang Broga Hill, aku tak tau.

Sebelum pergi, aku adalah search dalam internet. Laaa..famous rupanya tempat ni. Banyak orang buat entry pasal Broga Hill. So saja lah nak tengok keadaan tempat. Menurut mereka, senang aja nak hike up ke Broga Hill ni. Trek landai lah..trek dah ada la...takde semak cam hutan la, budak kecik pun boleh hike up lah.
Ok.Aku pun rasa macam ok dan setuju nak join.
Aku tengoklah, apa persediaan dan apa benda nak di bawak.

Derang senaraikan:

lampu picit/ torch light
baju hujan (if cuaca x elok..hujan)
baju salin
towel kecik
drinks (air mineral/100 plus/isotonik drinks)
food ringan/ coklat bar
kamera (sebab view lawa)
pakai kasut yang sesuai.


Yang kelakar, aku asyik duk terfikir pasal torch light. Siap nak beli. Padahal kat rumah dah ada. Tapi besar. Konon nak beli yang comel. Ha-ha. Macam lah ada orang kesah aku nak bawak lampu comel ke, lampu kalimantang ke, obor olimpik ke kan? SO, last-last aku bawak je yang ada. Besar oke. Macam lampu suluh orang nak pegi mengendap musang kat belakang reban.
Lantak lah. Objektifnya kan nak suluh jalan pukul 4.30 pagi kan?????

Malam tuh, kami pi dinner kat Red Wok. Net-net dan LIBL tidur rumah aku.
Taulah kan. Kalau dah berkumpul, haruslah tidur lambat. 1.30 a.m duk lagi pot pet.
Aku satu hapa pun tak pack lagi. Aku sumer benda last minute.
AKu siap melantak lagi nachos dengan mango salsa (ceh...bunyikkk).
Tidur dah pukul 2.30 pagi.

Then tau-tau Nenet kejut aku.
"Catzzz...dah pukul 5.00 pg".

Terlompat aku bangun.
AKu rasa, kalau nak harap aku untuk bangun 1st, mmg tak pegi hiking lah jawabnya. Silap-silap bangun matahari dah tegak,so lebih afdal buat cekodok ajalah makan depan TV.

So bergegas mandi. AKu rasa derang macam tak mandi la. Sebab aku macam terdengar dialog.."eh..nak mandi ke? tak payah lah ek? Kang berpeluh busuk jugak".
Aku tetap mandi, sebab, kalau tak mandi sure aku jalan macam lalok. Dah le nak drive. Badan kena segar.

Kah-kah-kah. Gitu gini. dah 5.30 pagi. Dengan nak packing segala. Food pun belum beli.
Perancangan awal aku nak bawak bekal cekodok adalah tidak berjaya. TAK SEMPAT, plus malas.Konon nak solat Subuh atas Puncak Broga U olssss. Verangansss sangat la.
Tapi by the time aku bukak pintu, dah dengar azan Suboh. Lepas tu nak memerut pula. SO baiklah solat siap-siap aja kan.


Kami turun dan pergi ke kedai 7- eleven dan kedai Hello-Hello depan rumah. Eh...
Makcik Rokiah..pstttt...abang begel ko ada lagi la. Jual begel sampai lepas subuh ko. Maklumlah, tgh demam bola. Depan rumah aku meriahhhhh. Penuh dengat Mat arab dan orang tempatan. Kedai makan/ burger stall beroperasi sampai pagi. Dan sangat mangkuk la bila jalan pun dipenuhi meja makan. siap ada skrin besar. Kesian LIBL nak park malam tu, takde tempat. Memang nak kena kan derang ni. MPKj...Ooooo MpKJ....tak nak lawat kawasan ke???
Kami beli bihun, air dan coklat.

Kami menuju ke Kajang------> Semenyih. Janji dengan Yasmin di Stesen minyak Petronas Semenyih.
So dari situ, kami menghala ke Pekan Semenyih. Then menghala ke Seremban. Ala..depan sket je tempat ni dari semenyih.Selepas melewati Universiti Nothingham, depan sikit je kami dah nampak Kereta parking banyak-banyak tepi jalan dan dalam ladang kelapa sawit.
Tempat ni around 10 minit je kot dari Pekan Semenyih.


Sampai je..kami park di celah pokok kelapa sawit. Mak oiiiiiiiiiiiii!!! banyaknya kereta. Ni sure orang yang dah datang sejak pukul 4.30 pagi kot. So tuan punya ladang kelapa sawit telah berjaya menjana ekonomi nya dengan charge satu kereta RM2.00 untuk park dalam ladang dia ni. Tapi bukanlah dalam semak-semak u ols. Dia dah tambak dengan batu dan tanah. So selesa lah kawasannya.
Berderet-deret penuh kereta yang dtg sejak awal sebelum subuh.
Ha-ha. Kami?? 6.30 pagi.
Nasib baik lah tak beli lampu suluh gah-gah. Nak suluh apa kan????????????????
Dan terang dah Kiah oiii. Hajat nak tengok sunrise adalah tidak terkabul. so tengok ajalah gambar matahari dalam buku teks geografi tingkatan 1 kan nenet.


Kami berjalan melalui pokok kelapa sawit. Ikut je orang. Actually, yang nak pergi ramai. Tapi ramai yang kansel sebab derang ingat ni musim hujan, trek licin. Tapi kami berempat proceed je.
Ramai je pun orang yang pegi at situ. Join aja.Papa siap tanya.." u ols pegi naik hill tu tak pi bagi tau polis ke?"so, aku tanya LIBL pasal benda ni 3 hari sebelum pegi.
"Bukit botak aja catz oi...masuk utan sikit je, lepas tuh jumpa pokok lalang je, bukan nak masuk hutan yang ada harimau tu.".
kihikhikhik. Hikhikhikhik.

So kami smpai di kaki bukit..around 200 meter dari tempat parking kot. So adaah gerai jual air lah, food, buah. Wah, dalam ladang kelapa sawit pun ada gerai.
Ok..kami start berjalan. Mula-mula macam landai. tapi lama-lama agak mendaki. Masuk ke kawasan hutan yang ada pokok-pokok. Eh, hutan memang la ada pokok.
Aku dah mula rasa penat. Oh..macam susah je. nafas aku dah pendek-pendek dan rasa penat mula terasa. Maklum la kan. Orang nak pi hiking, stamina kena ada. Kena lah exercise, jog dll. Aku? joging sekali je lah last week tu. Ha-ha. Aku dah rasa penat. AKu tengok LIBL, nenet, dan Yasmin oke je.


Nenet dah Yasmin di depan


Aku cakap aku nak stop kejap. Tak larat. LIBL tunggu aku dan panggil nenet dan Min. serious, baru jalan mendaki sket aku dah penat gila. Uwaaaa....terasa macam menyesal pegi hiking. Baik aku tidur buat taik mata atas katil. Terus teringat bantal aku,katil aku. So,LIBL pujuk aku suh jalan pelan-pelan. Ok..kami pun jalan le slow-slow.

Sesekali berhenti menikmati pemandangan bila kami dah sampai ke kawasan yang agak tinggi dah. Eh lawaa...

Panorama awal pagi

Tah berapa kali berenti tah. Betul. AKu dah rasa penat gila, dan rasa nak duduk je. Then lepas tuh kami sambung jalan. Memang sangat penat gila oke bila dah mula mendaki. So memang banyak kali stop disebabkan AKU. Thanks u ols yang sanggup tunggu aku. Then bila dah oke, sambung jalan.


Perjalanan kami..


oh..gila penatsesi motivasi dalam semak

Last-last...aku berenti tepi. Dan cakap kat LIBL. "aku rasa, aku nak stop je, patah balik. Korang teruskan lah, kang dah turun balik, text aku. Aku jalan lah pelan2 turun."
LIBL beliak mata. "Catz..boleh catz..kita teruskan..jangan give up. Boleh punyaaa...ko boleh..kita jalan slow-slow. penat kita berenti".
Aku jawab " er...kesian korang kang lambat"
LIBL ckp.." mana ada nak kejar apa..tak rushing pun..kita jalan je slow-slow..."
Masa ni kepala aku dah pening, dah maksimum dah aku rasa. Dan rasa nak muntah. Berdiri pun dah tak tegak. Minyak angin dah la tak bawak. Sudah nya...LIBL sembur benda apa tah spray yang patut sembut kat kaki kalau kaki sakit tu kan...dia sembut kat tangan aku dan suruh cium sebab benda tu kan berangin-angin gitu. Ha-ha. So kami berenti lama. Nenet dan Min pun tunggu gak. Aku rasa macam aku susahkan semua orang dah time ni.

Aku sebenarnya memang dah niat nak patah balik dan pergi meminum teh o ais 5 gelas di kedai mamak di Pekan semenyih. hahahhaha. Korang naik le sampai atas. ha-ha. Aku nak pi ronda Pekan semenyih tu..or better aku balik tidur...ke ke ke. Bukan jauh mana pun dengan rumah aku. Kang korang dah abih, korang call la. Aku pick up. kihkiihkihkih.

Tapi LIBL, Nenet dan Min pujuk aku. Derang cakap derang pun kadang penat dan nak berenti jugak. Tapi aku rasa, aku adalah sangat keji, sebab jalan berapa meter, stop, jalan sket..stop. Nampak benor lah lemak-lemak ni telah berperanan sebagai absorber dan menyebabkan aku cepat mengah.

Lepas tu, nampakla..budak-budak yang mak bapak ajak hiking. Kecik-kecik pun boleh jalan mendaki tu ha, kata nenet. Mak jawab.."budak tu, mana ada lemak, tu jalan lajuu je".

Lepas tuh terdengar la suara-suara orang yang bercakap pada team mereka.." Ni lambat sangat kan matahari terbenam baru sampai". oh...aku terasa oke.Ramai yang mendaki secara berkumpulan time ni. So..secara tak langsung, memberi kami semangat untuk sama-sama mendaki sampai atas.

So..lepas sesi motivasi dan rehat agak lama, kami teruskan perjalanan. Tah berapa kali berenti tak tau lah.

Perjalanan diteruskan. Veryyyy drama aku ni kan.

Ada satu ketika, nenet cakap.." ala...ko anggap je cam jalan-jalan dalam shoping komplek. Jalan slow-slow".
AKu jawab, " oi nenet, soping komplek jalan dalam bangunan, lantai rata, ada air cond, lalu kedai-kedai, memang la tak penat. mana samaaaa".

(sesambil tuh mak cuba lah membayangkan yang kiri kanan pokok itu adalah kedai LV, Prada, Gucci, Kedai letrik sen heng, gerai ais krim, keny rogers, parkson, burger king, kedai kasut, etc).
Tapi tak berjaya.
Yang aku rasa, penat dan nampak pokok-pokok hijau je.


Sesekali kami stop. Hilangkan penat dan amik gambar. ye..dalam keadaan nyawa-nyawa ikan, gigih jugak bergambarr!

yeh...sikit lagi..sikit lagiii.

mendaki ke puncak pertama. Yasmin di hadapan. Broga hill ni ada empat peak.
Dalam satu jam jugaklah nak smapai 1st peak. Hikss..

Masa kami naik, ramai dah yang mula turun. Ni yang sampai awal pagi la ni.

Gigih mendaki ke puncak

Kami...fuhhhhh...

rehat japs..

LIBL kata, takpe..at least kita sampai 1st peak pun oke.

Tapi....kenapakah kami mahu naik juga ke puncak seterusnya??


Jeng--jeng--jengg....!

Ok..kami meneruskan perjalanan selepas minum dan makan snack

bersambung..part 2 karang.

30 comments:

kucingorengemok said...

sadis la jugak... tapi rasanya kalau aku ikut mesti aku temankan ko gi minum teh o ais kat bawah, hihi

ps: mangkuk² yang ko kata meriah kat mamak tu la mengejutkan aku dari tidur tiap² kali gol masuk! benci tau!

tun.frida said...

bestnya catz!!

~ciK seRry~ said...

saLam..

akak....sy dah lama bc blOg akak ni :)

saje2 time carik resipi taun Lps..akak oRg bt pht erk??? kat mn? sy dr parit raje..(^__^) kot2 sedaRee..ngee~~~

makdaracute said...

cayalah catz....mempunyai semangat juang yg tinggi...tetap meneruskan wlwpun dah nyawa2 ikan..
adik saya dah beberapa kali mendaki broga hill nie...dia ok sebab selalu buat wall climbing..memang perlukan banyak traning & stamina utk xtvt hiking nie..

NenetPenne (NP) said...

ha ha ha
orang suruh bayangkan mcm kat supping complex..memanglah tak sama...eee budak ni...
tapi janji kita dah sampai!!!! yay!!!

oooh mamat tu..oooh jejaka impian..
nak cari mamat tu tapi, laaa tak ada...rupanya dia dah turun..uwaaaaaa...

AyunasiA said...

hazab betul bunyinyer. mungkin perlu pergi kursus motivasi dulu sebelom pergi huhu

afendi ariff said...

turun bape kilo weh?
heh!

syarqiah75 said...

cayalah catz & the gangs....aku bagi sokongon moral aje la...chaiyokk!!

Wahidah said...

hiking tu...dahsyatla sis

Mas said...

good.. nanti buat plan dgni pulak ok.. jangan serik yer.. itu semua dugaan utk masa depan yg gemilang.. hehe

attyfir said...

kalo aku nie..mmg tak larat rasanya ..capek..

@xiM said...

tak kena bayar apa apa kan catz nak naik bukit ni??

Dessert Queen said...

Nenet...eh silap..Catz..& Nenet..

Ahkak jelez nok...golek2 jelez ni!!

I pun akan PANJAT gak nanti..akan kukerah abang askar ku itewww...!!!

Nheg..ngeh..ngeh..

catz said...

kog,
lain kali aku pegi, aku ajak ko eh..
eh..bising eh kat bawah tuh memalam?? derang ni tak de koje ke ek? tgk ajalah kat rumah,senyap2..ahhaha.
terasa nak tepon mpkJ..hahaha..dengki tak aku???
kekkeke

catz said...

tun.frida,
hai..
lama tak nampak..apa khabar?
best? oh..trust me. azabsss oke.

catz said...

salam cik SeRry,
apa khabar?
oh..batu pahat mari?
parit raja?
saya pt sulong.
keje di Bp jugak ke?
nanati kita boleh lah mengeteh..
kan.
btw..thanks for reading.
enjoy..

salam kenal.

catz miow.

catz said...

makdara,
mmg kena ada stamina..
if not..jadik cam aku.
tapi sapa2 je boleh naik.hike pelan-pelan.
janji sampai.
:)

catz said...

nenet,
hahahah..camana ko boleh tak perasan..iskkkk....
rugiii....hahahhaa...tapi takpe..sekurang2nya ia telah emnjadi pemangkin utk kita sampai atas..

catz said...

ayuna,
oi..ko ingat nak naik everest ke siap nak kena pi kursus motivasi..hahhahaa..
berlatih exercise sikit2 sudah le..hikssss

catz said...

afendi,
errr..200 gram kot.
hahhahaaa

catz said...

syarqiah,
next time u join oke..
:)

catz said...

wahidah,
idokle dasat mana..nyawa-nyawa ikan dah..

catz said...

Mas,
gemilang, terbilang...

catz said...

atty,
kalau nak boleh je..naik slow slow cam aku.
:)

catz said...

axm,
bayar parking je..RM2.00.
naik bukit ni free.

:)

catz said...

Nowaa,
wah..ko pun semangat nak naik tiba-tiba.
apa lagi...weekend ni...
hiks..
amik gambo banyak2 ye..

HaniFadil said...

catz, not the first time here. tapi , nak link ke blog hari ni.. hehe.. :-)

Anonymous said...

I understand this question. It is possible to discuss.

Anonymous said...

What necessary phrase... super, excellent idea

Unknown said...

wah best2. pg sok pirate nak gi pulak nih. Tp kalu sampai awal kat kwsn bwh bukit tue, nak solat katner eh?