Saturday, June 19, 2010

Pucuk ubi masak lemak tempoyak



Pucuk ubi ni aku masak 3 minggu lepas.
Dah lama gila aku tak masak pucuk ubi. Kalau balik kampung ada gaklah mak aku masak.
Tapi nak masak sendiri kat sini , ni kali ke dua kot. sebab, aku sorang je makan. papa tak makan pucuk ubi. Tah kenapa tah. padahal daun-daun hijau jugak. pelik je. Ubi makan pulak.

Aku jumpa pucuk ubi ni kat pasar malam Dengkil. Tu la..sebab tu lah aku elakkan pegi pasar malam/pasar tani kalau tak perlu. sebab bila nampak sayur-sayur kampung, kang tiba-tiba hantu masak masuk dalam badan. Tiba-tiba segala pucuk , segala benda aku beli.
Masa beli pucuk ubi ni..bukan setakat pucuk ubi yang aku beli, segala pucuk paku, pucuk pokok apa tah aku beli.
biasalah kan..skrip makcik pasar malam.." Beli 3 ikat lah dik. 3 sayur RM2.00, boleh campur-campur." terus laju tangan aku amik sayur campur-campur 4 ringgit. Pandai makcik tu men-psyhco aku kan?? haa..tu lah ayat2 psycho pakcik/pakcik/akak/abang penjual di pasar malam kan. otomatik dia ckp RM2.00 dapat 3 ikat, terus rasa murah. so 6 ikat sayur lah aku bawak balik. Banyak gila.
Padahal aku bukan ada bela kambing pun kat rumah yang nak dibagi makan.


eh, nak tulis resepi sayur pucuk ubi, menyimpang sampai ke Abu dhabi pulak.

Ok..resepi.


Bahan-bahan:

Pucuk ubi
Tempoyak
bawang merah
bawang putih
halia
kunyit
ikan bilis
santan
cili api
garam


Cara-cara:

pisahkan tangkai dan daun.
Rebus pucuk ubi hingga empuk.
cuci dan perah hingga takde air.
tumbuk bawang merah, cili, kunyit, bawang putih, ikan bilis dan sedikit halia.
Masukkan bahan tumbuk dalam periuk dan tuangkan santan.
masukkan tempoyak, kacau.
Masukkan pucuk ubi. kacau sebati, hingga mendidih.
Bubuh garam,
angkat dan hidang.

* resepi ni lebih sedap sekiranya diletak daging salai..oh..melampau sedap pulak.
Tapi malas lah nak salai/grill daging ke apa. korang bayang-bayangkan dah lah ya. guna imaginasi tahap 5.


selamat ke dapur
.

13 comments:

Dong_Sanchai said...

nyum nyum sedapnya, eksiden jumpe blog nih masa carik resepi sambal kicap. bestla blog nih..layann

Uncle said...

tak boleh tahan lah tengok blog ni...asyik lapar pulak lepas baca!

geraugebang said...

hangin catz hangin...kalau kak gerau lah. tapi hangin belakang kira...tekak mesti kena jaga...ki ki ki

Unknown said...

oh catz! kau buatku telan air liur banyak2..terliur wehhh..mana nak cekau pucuk ubi ngan tempoyak kat sini???huhuhu

ummu said...

salam Catz
sedapnya..cuma tak berani nak makan
takut angin menyerang..

catz said...

hi Dong Sanchai,
salam.
welcome to my blog.
thanks sudi baca.
:).

catz said...

Uncle,
pi dapur. soh chef masak.
:)

catz said...

ka gerau,
angin ke hangin ke..tak feduliks.
makannn nak sedap-sedap.
hahahah

catz said...

rose rahim,

err..nak aku pos batang ubi ke? tanam kat sana.hiksss

catz said...

hi ummu,
angin tetap angin.tapi sedap..walau angin puting beliung melanda, ku tetap makan..hiksss..

scrlettfr.blogspot.com said...

salam... sis, klau tak letak santan ok tak... izan xmakan santan or susu yang hendak masak...

catz said...

scrlettfr,
boleh je..mana-mana.kita yang masak dia kan.
bubuh je tempoyak banyak sket, buh air, masak hingga pekat.
:).
selamat memasak.

ciketon fazya said...

catz dok dengkil ke?