Monday, June 14, 2010

Red Wok - steambot /BBQ korean style


Ke Red Wok lagi.
Dinner with Nenet, LIBL and cik Leez.
kami pilih steambot with BBQ korean style.
Esok pagi tu nak pi hiking, kena bangun 4 pagi, Jadi ni dinner merangkap sarapan..boleh?


Restoran yang luas. Malam tu ramai gila orang. Tapi ni gambar aku amik masa dah dekat pukul 10.45 malam. Dah ramai orang balik. Tu yang nampak lengang. Kami start makan around 9.20 mlm gitu kot.
Malam tu orang sangat ramai, mostly dtg dengan family, ada juga gathering kawan-kawan dll. Penuh restoran.

Tempat amik segala item2 steambot dan makanan.

Pilihan makanan laut, segala ball-ball, dan pelbagai pilihan sosej dll. Banyak gila itemnya. seafood ada udang, ketam, scalop, sotong dan pelbagai lagi objek makanan yang tidak dikenali. aku rasa adalah lebih 100 benda kot germasuk benda yang dah ready untuk dimakan.

Selain benda yang kita kena masak steambot, ada makanan siap. konsep buffet kan. so makan le je lah cik Kiah..selagi larat.Ada nasi goreng, pelbagai mee, ayam, samosa, dan macam-macam lagi. Manakala air malam itu adalah air oren. All in one ni RM28.00.
Tapi kalau tak amik BBQ, u ols amik steambot je, harga adalah RM22.00.

Kami amik kuah tomyam. Ada 3 jenis sup. Tomyam, sup biasa dan sup ginseng ke herba ek?? lupa.

Pelbagai seafood , ayam, daging, scalop cendawan, satur mayur. Banyak gila! Harga termasuk air minuman, dessert, buah-buahan dan ice cream.

Masak-masak sambil makan

Tak boleh membazir oke. Ambil berpada-pada. tak cukup tambah lagi. setiap makanan yang dibazirkan, setiap 100gm dia charge RM10.00. Ini supaya kita ambil makanan secukupnya dan sepatutnya. Takde lebih-lebih bazir macam tu je.

BBQ tuh style korean, bakar kat plate tepi tu la. Yang tengah tuh steambot. Tapi aku rasa, we all macam too busy nak handle semua tuh. Nak sembang pun tak berapa sempat.Tah. aku pun tak makan sgt BBQ nya. main letak2 je lah dan bubuh butter. Rasanya? bagi aku biasa je. Maybe kalau rasa tomyam tu di enhance kan sket mcm kat Johnnys lagi sedap lah.

Yang paling rajin masak adalah nenet. walau ketakutan kerana percikan minyak / butter tuh. dia sgt rajin.

Ais krim adalah super yummy!!!! especially mint-choc and honey dew.

kesimpulan:

Harga : reasonable / affordable
kuantiti : aku bagi A+ lah, kuantiti sangat banyak, berbaloi dengan harga.
Rasa: Biasa-biasa je. Tapi ok lah. Boleh la. OK.

Lain kali nak datang lagi, tapi nak makan menu ala-carte thai/chinese food yang lain.

6 comments:

cikin said...

kt mane nih catzs?

cik dina said...

catz, harga rm28.oo per pax ke semua2 mknan tu?? best ni. mkn mcm kt seoul garden la

zixol said...

lepas ko publish entry ni mesti lg ramai yg ke red wok tu nnt..haahaha

CAHAYA said...

sedapnya. terliur aku. dah la tgh lapar ni.

NenetPenne (NP) said...

tang rasa tu mcm nak tak nak jer cakap..ahaks...

yelah kan, ada menda yang best, ada menda yang tak best...ha gitu...

@xiM said...

berbaloi lah harga macam tu!!food pun banyak..tak sesuai untuk orang nak berdiet ni..heheeee