Monday, April 25, 2011

Diari seorang makcik kantin




Perjalanan hidup yang panjang.
Apa jadi hari esok, lusa, kita tak pasti. Kita merancang, tapi tak semestinya menjadi seperti yang diharapkan.
Tuhan lorongkan kita melakukan sesuatu yang diluar kebiasaan mungkin darinya kita dijanjikan sesuatu yang lebih baik dalam kehidupan hari esok.
malah tidak sedikit air mata dan keringat yang tumpah.
Susah sebenarnya nak buat keputusan.
Meninggalkan zon selesa, pejabat berhawa dingin.
Tapi, hidup ni sebenarnya hari-hari berubah kan.???
Hati manusia juga sering berubah.
Meninggalkan. Ditinggalkan.


Keputusan nekad untuk meninggalkan Kuala Lumpur dan apa yang aku ada di sini.
Apa yang menanti belum jelas.
Tapi aku fikir, kadang kala hidup ni kena gamble je.
As long rasa mampu nak redah.
Aku pack barang seringkas mungkin. Buat sementara, aku bersiap seadanya.
Mungkin 2 minggu lagi..mungkin sebulan, aku akan datang menjenguk apartment dan rumah di Bandar Boston. Tengoklah.



Pedal minyak ku tekan. Aku tidak mahu berfikir lagi samada keputusan ini tepat.
Pelawaan Kak Ju untuk bekerja dengannya tak harus aku tolak.

Bermula kehidupan baru ku. Aku menyewa sebuah rumah kecil berhampiran Bandar Pekan. Maka bermulalah kerjaya baru ku sebagai.." makcik kantin".
oh ya..nama makcik kantin ni, bukan aku yang pilih. Tapi operator kilang ni yang panggil..
macam.. " tu haa...makcik kantin..."
amboihhh...makcik pun makcik lah kan.
Asalkan rupa i tak makcik sangat dah la. Tapi boss i tuh...ihiks (kalau dia baca blog ni..mamfos i)...dia memang macam makcik la. eh..eh.
ha-hah.. matiklah kan kalau dia sekodeng blog mak ni. Harus dia potong gaji akuuuu.

Ok..i bukanlah terdesak terima offer boss i nih..tapi aku suka je nak cari pengalaman baru. seronok apa..mmg cita-cita ai nak jadi tukang masak kannn..
so i should thank to boss i sebab offer kerja dgn dia kan.

"tukang masak merangkap cleaner merangkap cashier merangkap tukang basuh kuali, pinggan periuk".

eh. ada satu lagi job scope i. tukang pegi pasar. tukang pegi jeti, beli ikan.

korang pernah tak tengok rancangan kat TV, kalau aku bukan artis..aku adalah..?
penjual nasi lemak..tukang jahit..dll.

ni versi aku. Tapi dalam realiti.
Kalau i bukan kerja sekarang ni, i mungkin pengusaha perniagaan makanan. restoran? cafe? gerai?
semua tu bukaaaaaaaan. aku sekarang adalah seorang makcik kantin.


sebuah kilang di sebuah daerah bernama Pekan. apaa?? DRB? bukannn. yang pasang-pasang kereta tu? bukan. pandai-pandai aja korang ni.
Ni kilang electronic. aku pun tak reti nak nyebutnya.
Boss aku ni kan. masa offer aku kerja dia cakap " ko datangggg aja"
aku cakap..apa nama kilang tu? dia sebut 10 kali sebab tak jelas bunyiknya (yang sebenarnya dia tak reti nak sebut).

dia cakap, "kilang ni tepi hiway je. besar tersergam. kalau ko terlepas, ko amik batu ketuk mana-mana bahagian kepala ko". amboihhhh...
boleh bayangkan tak tahap kelaseran boss i nih???

Kilang yang beroperasi hampir 24 jam nih berkapasiti 1200 orang pekerja.
So dalam kepala otak mak ni kan..
"senang nyaaaa kan. kalau ko bukak restoran kat lot kedai yang purata org dekat-dekat situ ada 1000 orang ..termasuk org ramai, belum tentu orang singgah kedai ko...ada je restoran lain yang org boleh pegi. Macam ni senang, dah sah-sah semorang makan kat kedai ko ala-ala keterpaksaan. Lagipun company ni bg elaun kupon makan tengahari RM1.00 bg setiap pekerja.
Contoh: harga nasi ayam RM4.00, operator kilang bayar RM3.00 je. RM1.00 company bayar terus pada boss mak. Ni dah fix. senyum simpul lah boss mak ni. sehari RM1200.00 , kalau sebulan?? setahun? wah...boss i boleh beli bag LV youuu.


Tapi bila dah kerja sini, bukan lah sesenang itu kaedah matematiknya ya adik-adik. Aku melihat perniagaan makanan adalah perniagaan yang susahhh walaupun pelanggan ko dah ada ready made gituk.
Boss aku kata, hidup dia 24 jam asyik fikir kantin. Tidur pun tah-tah tangan berlakon ala-ala bancuh air or kira duit. agaknya laaa kan.
Mana tak nya. ko bukan kerja 8-5 .
Awal pagi pukul 5 dah start masak.
Untuk orang sarapan pagi. Kemudian kena standby food atas kaunter food tu utk rehat pukul 10. Kemudian untuk makan tengahari pulak, minum petang., belum makanan kudapan in between tuh. Prepare makanan untuk mesyuarat , untuk jamuan, untuk macam-macam lah.
Rehat berperingkat untuk makan tengahari.

let say pukul 12.00 ----> 300 org makan.
12.30----->300 org makan
1.00------>300 org makan
1.30------. 300 org makan
kalau buat sekali gus, mungkin kantin ni boleh terbalik. Tak terlayan. Tak terkawal. jadi pihak pengurusan buat rehat secara berperingkat.

Selain itu, kena prepare minum petang start pukul 4 sampai 5 ptg (secara berperingkat).
Dan..

lepas pukul 5 pun bukan ko boleh senang lenang berkemas balik. Pekerja shift malam seramai 200 orang kena jugak sediakan makanan. So lepas maghrib hayun lagi senduk masak untuk 200-300 orang bergantung jumlah production yang jalan ada berapa banyak.
Penat??
Ya! Pukul 11 malam baru selesai semua. Tak pitam kau.
Tu yang tidur pun tangan macam berlakon tekan suis blender , kisar lada.
azab.


kantin ada dua bahagian, satu luar, satu dalam. Boleh memuatkan 300 orang dalam satu masa.
Meriah gila time rehat..
Bos aku ada 12 pekerja termasuk aku.
Aku nih merangkap tukang masak dan semua lah.
Paling mencabar bila kena jadik cashier.
Ya ampunnnn.
Bayangkan semorang serbu tak reti nak beratur. Nak marah, derang ni pelanggan. Tapi kadang memang menguji kesabaran. Berebut-rebut derang ni. masing-masing nak cepat makan. Entah lapar ke. tah sedap sgt ke aku pun kompius jugak.
Teringat nostalgia aku keje kilang sh@rp dulu. Aku dulu, kalau rehat pukul 10, makan nasi goreng dekat celah loker je. bawak bekal. Tengahari tidur kat surau. Jimat tak?
Tapi kalau semua org macam aku kat sini, mau lah bungkus bisnes boss aku ni.

Menu

Menu harian kena rancang. Hari-hari kena tukar.penat jugak fikir menu apa. Aku dengan boss aku selalu bincang hal ni. Ye lah bukan senang nak memuaskan tekak 1200 orang. Sedap tak sedap pun kena jaga jugak. KUaliti kena menten you. Dahlah masak dalam kuantiti banyak. memang penat gila. Kadang sampai dah tak tau masak apa. S0 kami ada list menu harian. APa-apa rujuk je lah menu. Lepastuh sukatik aku nak masak gaya camana asalkan masak secara berhemah dan yang penting kos effective. Berniaga kenalah fikir untung. Bukan fikir sedap ikut selera je.

Ni suasana kerja aku kat dapur


Ni baru lepas masak sambal goreng. Lepas masak, basuh kuali semua. Boss aku kata, kalau aku masak tak sedap, haaa..siap! silap-silap aku yang masuk dalam kuali nih jadik rendang. oh ngerii youuu.


semalam boss aku masak mee kari sebba pihak kilang buat jamuan meraikan staff ke apa. aku tolong-tolong je lah. Tak boleh lawan tokey bila boss masuk dapur.

Dapatlah rehat kejap. sambil-sambil makan. Penat gila dari pukul 5 dah tercangak kat dapur. walaupun ada 3 kitchen helper,kita yang masak ni pun rasa penat berdiri.


Boss: sedap tak mee kari tu
Aku: sedappppppnyaaaa (sambil pejam-pejam mata).
(petua: kalau boss masak, kita kena ckp sedap. bukan bodek. Tapi untuk memastikan ko tak kena baling lesung ya..)
Berani ko nak cakap tak sedap. Dah le tangan dia sebelah tengah pegang lesung.
Eh, tapi memang sedap lah. Boss aku ni pernah masak utk kak semah and geng kat s3ri p3rdana nunn. jangan main-main.

nh boss aku buat spot check benda yang aku masak. Gulai ayam dara. kah-kah. tang mana dara pun aku tataw. nama menu kena lah vouge ye. Gulai ikan kerisi bernenas, gulai ayam dara, rendang lara hati, sayur seribu rempah (padahal kacang panjang + tempe je) , dll.


Boss aku ni kalau dia masuk dapur, aku kadang gigil ok. sebab dia punya lidah..err..tak yah rasa pun, scan pakai mata je dia macam tauuu je apa yang tak cukup ke, garam kurang 2 sudu ke..


nih menu untuk mesyuarat dan short seminar utk petang. Orang dari german nak mai. oh ya.kilang nih kilang jerm@n, so sesekali adalah mat saleh dan orang putes datang sini. Kena jugak fikir menu. Tnegokm le tekak boss derang nak makan apa. kadang sandwich, puding etc. kadang kuih-kuih melayu. jangan derang mintak pavlova dah le..mau aku nyorok dalam periuk.

Ni tugas malam. Makanan untuk shift malam , kami pack je. Tapi tetap makanan yang berlauk dan bersayur. Tak boleh pulak nasi goreng ke etc. so penat, nak pack nasi, gulai, sayur dan air sirap/teh o. apa? kenapa tak letak je dlm tray?
ye..kang ada yang kena masak pukul 2 pagi kang sebab tak cukup. mana taknya, kang ada yg amik ayam 3 ketul sorang, yang rehat lambat dapat makan kuah je lah kot.
oi..aku pun nak rehat wehhh...penatttt.


menu malam ni, sayur campur goreng, gulai ayam, sambal belacan dan teh o.

Lepas penat memasak, barulah relaks pukul 9 malam. makan nasik. Boss aku yg vouge nih, walau mulut dia macam cili api brand paling pedas, tapi dia baik. Aku makan free je. Tapi agak-agak le kan. Takut gak aku membesar bagai johan, sebab dah hari-hari 24 jam ngadap makanan je.

oh ya, supervisor kantin ni adalah suami boss mak ni. Baik gila..dan very soft spoken (wah..motip kau puji-puji laki boss kau kiah?? dari dpt bonus terusss hangusss bonus tuh kang kalau boss ko baca blog ni..). Tapi memang betul lah. Beza bos aku dgn laki dia nih macammm errr..errrrr....suara laki boss mak nih lembut ala-ala sore romentik gitu dan sore boss mak pulak ala-ala petir zass..zass...ke ke ke. suara aku tengah-tengah lah in between. memang untung le boss mak ni, somi dah le baik hati, hensem. wah puji lagi. tapi awas lah ye operator2 kilang yang cun-cun nih kalau nak jeling2 laki boss mak nih..mau kena libas dengan senduk kangg..jangan cuba kau caras laki ai katanyaa..hahhaah.


Boss aku yang manisss macam cinderela.

Baru aku tau betapa penatnya berniaga makanan nih. Bukan senang, dan bukanlah mustahil.
Sabtu ahad kalau production jalan, kau kena jugak hayun senduk kat dapur kantin. so no more lah jalan-jalan, relaks-relaks bawah pokok ya.

Tapi ada masa boss aku bagi rehat. aku suka jalan-jalan. Pekan ni tempat tang best jugak.

boleh je kalau nak memancing

pantai Tg Agas , Pekan

kadang petang-petang aku pi amik ikan dekat jeti untuk supply kat kantin.



burrr..burrrrrr..

Kadang senja-senja, sebelum balik rumah, aku singgah Tg Agas.


Bosan-bosan aku lepak dekat jeti

oh..
nak tengok ofis baru aku tak??????
ha..ni diaaa...jeng..jeng!


ofis di ceruk dapur. sebelah tuh rak gelas, periuk etc. takde aircon. Tapi boleh order air teh tarik yang sedapppp!

Tukang buat air kat sini buat air sedappp. takdelah rindu teh tarik kedai mamak syed bistro kat PJ nun. yelah nok, kat sini apa yang ada...
starbucks ke, old town ke, Mc Dke, kedai mamak ke..nan ado you!



Tapi tetappp je okey..setakat ni lah kan

aku rasa okey je duk sini...pengalaman baru yang mungkin tak terdapat dalam mana-mana buku. Walau tak mewah, aku rasa seronok je duduk sini.
Aku ada perancangan, dan mungkin kerja dgn Kak Ju ni adalah persinggahan sementara saja.

begitulah kisah seorang makcik kantin.

sekian, karangan budak darjah 5 ungu.

18 comments:

ann dhaniah said...

eh..tanjung agas? baba ann selalu pi sane..ade project baru kat tanjung agas under our PM..hehe

Hajah Zainab bt Abdullah said...

hehehe...menarik karangan bdk djh 5 ungu ni :))

Azueriena said...

wahhh mati2 ingat u dah tukar propesyen catz...tapi mmg bestt maa..kejer kantin...masyukk lebat...tapi tu ler.....overhead tinggi ler plak

syarqiah75 said...

salam..ehem22 makcik kantin...perghh story yg mmg menyentuh hati & perasaan...ganaz gak boss ko yerk...hahahha..cam siut je citer..ceria idup aku ari nih..psttt mujur ko x cite pasal laki boss ko kan...kihkihkih..x peee..apa2 pon hujung tahun aku bagi bonus baekk punyerrr...asal ko cuci kawah tuh bersih2....setuju?

Ain said...

mmg lawak n menarik citer makcik kanten ni. :)

Unknown said...

kalau betul pun ni.. sure duit masuk berasap-rasap kan catz..? suke lah karangan ni.. bagi A++.. hehe

Mie said...

serius lawak citer ni.. dah terguling guling aku gelak..hahahaha..

catz said...

hi ann dhaniah,

how are you..welcome to catzscafe.
:)
yea, tg agas will be developed as an oil & gas industrial park and will offer 30000 job opportunity. Pekan will have rapid development, and this will give impact to pekan people. more bussines opportunity to offer!

thanks for reading dear.

miowww

catz said...

Mama,
nama kelas dah tukar jadik 5 purple.
hahaha..berapa markah mama bagi??

miow-miow

catz said...

hi Azueriena,

thanks for reading,.
yeah.overhead tinggi. tuh yang boss mak asyik nak kena darah tinggi.
hehehhe.
busines yg bukan senang lah actually. tapi menguntungkan kalau kena gaya.
:)

catz said...

syarqiah,

opsssssssssssssss!!
makcik kantin dah datanggggg...
larikkkk!!

tapi bonus i jgn lupa tawwwww!

muahhhhh

catz said...

Ain,

hi..thanks for reading..

salam kenal.
:)

catz said...

Hann,

err..A++++?

thanks..hahaha..
merepek je lebih.
hiks..

p/s: masak apa today?

catz said...

hi Mie,

isk..jgn le guling-guling.
dah..dah..bangun..bangun.hikhikhik.
disebabkan cerita ni, bos i dah warning aiii...suh basuh kawah bersih-bersih katanya..
hehehhe

ramli said...

Hi..hi.. ari tu penanam stroberi, ni makcik kantin pulok! Hebat! Hebat!

Didoakan semoga Catz sentiasa dapat berkarya (yang terbaik2 lah).. amin.

NenetPenne (NP) said...

sumpah aku tak baca...
aku layan gambar jer...

Anonymous said...

ok...ape citer ni...inilah dikatakan asam garam kehidupan...hidup roda sentiasa berpusing sehingga bunga menjadi botak...bravo teruskan kehidupan yg fana ini..wassalam

Unknown said...

cerita yg menarik baru tau rupa nya susah juga menguruskan kantin, ingatkan senang....