Sunday, April 24, 2011

Jaguh Kampung???

kalau dah terlepek demam ni segala program TV aku tgk.

yang pertama:

sinetron yang plot cerita dia macam samaaaaaa je....
satu family kaya, satu family meskin..konflik..
yang kaya asyik buli-buli yang meskin sampai masuk jail lah...etc..
tapi kan..last2 heroin meskin tuh rupanyaaaaaaada ada abah yang kaya ghopanyaaa.last2, ending mesti didapati adalah rupanya terpisah masa kecik la..apa lah...last2 jadik kaya...voley?
buat penat je kesian-kesian tensen sensorang depan TV.cih-cih-cih.
ok..
actually tgk sinetron ni boleh mempertajamkan skill bahasa sinetron. tak payah masuk kelas kan senahhhh..senang nak berkomunikasi dengan bibik dari lombok tuh.

yang kedua:

cerita Melayu..?
ala..sikit-sikit cerita berunsur seram lah..mistik lah..apa ke motif, malam jumaat, malam khamis je cerita unsur seram-seram. untuk merapatkan silaturahim ke apa tah kan. so..memang i tak tengoklah kan. pejam mata totops telinga amik remote..zasssss tukar cenel. takuttt!!!



ok..

yang ketiga :

Marathon Jaguh kampung.
Nih bukan lawan bola ye dol.
nih rancangan masak-masak antara kampung.
host kak ogy, juri tetap jaafar Onn dan ada juri undangan.
so sila bayangkan kekecohan kak ogy, yang mana adalah menghidupkan rancangan ni.
Interesting.

ala-ala iron chef u ols.

peserta yg terdiri 2 pasukan dari kg berlainan. satu pasukan 3 orang.


bahan masakan adalah rahsia. kak ogy akan bukak tudung saji. Bahan utama terdiri dari dua benda, sukatiklah penerbit tuh nak rasa masakan apa (aku agak le kan..kihkihkih.).

contoh : ayam dengan ikan keli.

sediakan bahan tak boleh guna alatan moden. kena guna lesung , batu giling sahaja ya. blender kenot!!!

selain tu peserta kena bawak bahan istimewa mereka masing-masing. Sukatik lah nak bawak apa, seperti jeruk apa-apa ke, ulam, sos rahsia ke, budu ke, cencaluk ke, belimbing buluh ke, labuke, tebu ke... blender tak boleh ye senah ! bahan masakan je yg boleh.

TAPI syaratnya adalah bahan istimewa tuh mesti digunakan dalam masakan utama menggunakan bahan utama yg disediakan oleh penerbit program.

peserta juga dikehendaki memasak pencuci mulut yang telah ditetapkan. contohnya pencuci mulut berunsur pulut.

MASA MEMASAK ADALAH SATU JAM SAHAJA ya adik-adik.

Ha..perang lah ya satu jam tuh.

nak tambah azab, kang dah tinggai 10-15 minit, tiba-tiba jaafar Onn muncul bawak kejutan. tadi dia bawak ikan suh masak jadikan lauk. so 4 benda kena masak dlm masa 1 jam.

2 masakan menggunakan bahan utama + bahan istimewa
1 pencuci mulut
1 masakan dgn bahan kejutan.

set penggambaran

contoh tadi episod kampung batu Tiga (Gurun) Vs Kampung Air Hitam (Jerlun)

bahan utama adalah tulang+daging dan ayam kampung.

haaa..ko tak nganga senah. dah lah benda tak biasa masak, segala benda disediakan secara manual ye.lada ko kena giling weh !!! azab takkkk...

sesambil tuh kak ogy, jaafar onn akan datang melawat kacau-kacau.



like kak ogy pi kumpulan kg batu tiga, dia jerit kat peserta kg air hitam..

" kak Bammm...org group batu tiga kata, korang tak pandai masakkk!!"


saja je kan..batu api untuk memeriahkan suasana.

wakakaka.

markah kerjasama kumpulan pun di amik kira, kekemasan dapur etc.

ada satu group kg apa tah kat selangor tadi siap sentap ketua kumpulannya sebab dia ckp ahli kumpulan dia tak dgr arahan.

dah masing-masing nak cepat, dgn tugas masing2..mmg dah macam gaduh kadang tuh.

kalau kita..mau terpelanting kuali kot...hihihi.

ok..sesi rasa merasa.

keputusan juri

bagi catz menarik le rancangan ni. lain dari lain. bayangkan makcik-makcik kampung masak. seronok tengok. terliur sungguh tengok rupa ikan keli masak pencok lah..cili api lah..iskkk..

ok..dah.

oh.rancangan ni ada facebook. facebook/jaguhkampung
sila lah kesana jika mahu resepi dan maklumat rancangan!
daaa!

4 comments:

syarqiah75 said...

catz jom kita join...wakil kg tg agas..:) mau x?swuh abg2 nelayan jadi supporter kite...huhu

NenekPenne said...

panas2 terik judge tu duduk...kalau aku, fitam..

catz said...

syarqiah,
yes..kita wakil kg tanjung agasss..
hehehhe.....
ye..pakcik2 nelayan , abg2 nelayan tuh i akan make sure derang bawak banner you..
haahhaha

catz said...

nenek,

memang pun...panas you..berpeluh ketiak, tapi sebab masuk TV kena lah senyumm...
merata kg derang pi..kdg shooting dekat tempat cantik..resort..