Monday, April 25, 2011

kucing demam

Demam. MC 2 hari. gara-gara kepanasan pi site tengahari buta hari rabu tu.

Bila demam tekak ni lagi mengada-ngada...
nasib le mengidam benda senang-senang.
craving for megi sup???

ok...

tumis bawang, patah-patahkan sawi.
Masukkan air, didihkan, masukkan perencah, masukkan sawi .
Masukkan mee megi tuh, pecahkan telur. didihkan kejap, and done.
oh..hiris le limau, perah-perah sket, buh bawang goreng ke..
bergantung apa benda ada dalam fridge.
kalau dalam fridge ko cuma ada belacan dengan asam keping tak dapat le cik kiah nak tolong.
slurppp...
makan sambil tgk sinetron.



malasss gila nak keluar. sejak khamis lagi. demam, batuk, MC kan.. baring terlepek depan TV je.
Kedai mamak SALAM tuh takde pulak buat delivery kan.
if not, harus aku call je. terpaksa aku tadi bersiap pegi makan sorang-sorang.
oh ye..tekak aku mengalami krisis identiti time batuk-batuk ni,
asyik rasa nak minum benda SEJUK dan MANIS.
1.teh o ais
2.tembikai laici.
aku rasa kalau dapat minum air temikai laici satu baldi lagi bagus. tak payah makan nasi pun.

mengada-ngada.

orang demam memang mengada-ngada. well...mengada-ngada pun kena masak sendiri. takdo pulak bibik dari lombok nak masakkkan pun.

makan nasi daun pisang. dengan teh o ais di kedai mamak berhampiran kediaman.

Ni kira upah kepada diri sendiri selepas mengemas apartment. kalau fikirkan nak terlepekkkkk je mungkin akan jadik lempeng basi. paksa diri dalam koh-koh-koh-kohhhhhh, batuk.
tah berapa bijik pakcik nelayan (fisherman perasa oren) masuk dalam mulut utk legakan tekak yang gatal (rasa macam nak korek-korek je rasa..tsk.tsk..tsk). Ada juga macam rasa nak minum je cecair pencuci lantai perasa epal tu, mana tau tekak aku terus bersih langsung batuk tu hilang. Tapi takut jadik lain pulak. jadik tajuk depan harian metro/kosmo esok.

lepas makan kedai mamak..eh, makan nasik daun pisang kedai mamak, pegi Alamanda, shopping.
Pelik kan. perempuan ni kalau ribut taufan melanda, demam batuk cam nak gila pun larattt aja pegi membeli. oh..bukan.
Ni adalah exercise oke.
kalau duduk rumah rasa cam lempeng basi.
so ni adalah exercise kaki dan perut.
Ya ampunnnn..susah gila carik parking.
orang pack gila dalam mall.
ada sale ke benda ek???????
Mall ni buat jualan penghabisan stok sebab nak pindah ke apa sebab orang ramai gila cam semut hurung air sirap bandung.
Aku macam biasa, takde kuasa nak ukur segala kedai.
straight pegi kedai yang aku nak. pi 4 tempat je.
MPH, esprit, body shop dgn cold storage.


oh..lima tempat. makan chocolat banana dekat kedai waffle dekat RASA food court.
Makan dengan pisau sebab takde garfu.
Adik penjual kata .." sorry, takde garfu , dah takde tuh takde lah.." dengan muka toye.
cakap ajalah kau malas nak pi amik garfu kan dik. geleng kepala pelanggan-pelanggan lain yang tengok.ala-ala..sukatik lah kau nak makan macamana pun. ko dah bayar, amik waffle ni..non of my business gituk?
wah..terpaksa i makan dengan pisau you. nasib tak tercocok mulut nih.

lepas makan waffle berpisau tuh, pi cold storage beli barang dapur, barang rumah.

and..

sampai rumah.

masak.


wild lasagna.

ok..bukan aku yg bagi nama. ni kawan aku yg bagi nama. actually vege lasagna. egg plant, tomato, zucchini, mushroom.

so, makan lasagna sambil menonton sinetron.

" KUCING BERSEPATU BOT".


wakakkakaka.

actually ni mcm cerita yang ada magic-magic gitu,
kucing ni mcm kucing ajaib gitu lah
kucing ni pakai boot warna pink.keh-keh=keh.


nampak tak kucing tuh??? dari jauh mcm gorila versi comel kan..

misai kucing tuh sgt kelakar..

tapi kannn...alahai..costume kucing ni apehal lah nampak tak real sgt. kelakar pun ada. aku rasa maskot supermarket econsave yg pakai costume burung warna kuning tuh pun lagi real.
kot ye pun pakai lah costume kucing betui-betui.

macam tgk citer cumi ciki pulak

terasa kanak-kanak sebentar.

kih.

ok..aku tak boleh tidur. batuk teruk.so merepek-repek.


8 comments:

azieazah said...

Alaaa sian demam plak. tapi makan sakan jugak eh? hahaha

Kak Azie nampak tajuk sinetron Kucing Bot tu segala semalam, tapi dah agak citer dari seberang, tak koser nak tekan. Layan citer Pau Milah (2x tengok dah).

alaaaaa lasagna tu mencair youuuuuu!

NenetPenne (NP) said...

orang sakit masak mcm2 yer...
kalau aku, aku pang jer budak pelayan tu...sengal kan... mesti tak belajar etika tu...

Lily Jaafar said...

catz...permintaan nih...nanti dah baik demam share resepi nak buat wild lasagna ko tu eh...demam aku tgk gambo :)

cepat sembuh tau.

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

aperr?
chocolat banana ?? chocolat banana ?? chocolat banana ??
............ mak makan nih secoet..bulih naik 2 kg nok!..

mak cakap cari honey!.. ingat.. honey!..

catz said...

kak azie,
makin demam makin lah tekak ai mengada-ngada. veryyy derrr...
hhahaha.thanks for reading..
miow

catz said...

nenetpennne,
err..apa kata u masakkan ai spegeti marinara pulak...
lepas tuh buat sekali tembikai laichee...buleh takkk??

catz said...

Lily,
thanksss..
ok..nantik2 kita letak resepi wild lasagna tuh..
:)

catz said...

LIBL,
hahhaa,ko suh beli honey, aku terbeli benda lain..kekkekee....
demam2 ni nafsu makan i tetapppp kan.
:)
ok..ptg kang mak cari honey.
dah rasa nak korek2 je anak tekak nih..