Saturday, April 16, 2011

My Journey : Kuantan- Pekan - Kampung Tg Agas

Sedikit catatan perjalanan ke Tanjung Agas, Pekan, Pahang.






Pekan merupakan sebuah daerah yang terletak di Negeri Pahang. Jaraknya adalah lebih kurang 45km dari Ibu negeri Pahang iaitu Kuantan. Daerah Pekan terletak di sebelah selatan Pahang dan ia juga terletak di tebing Sungai Pahang.
Pekan merupakan Bandar DiRaja bagi Negeri Pahang. Nama Pekan berasal dari nama Bunga Pekan. Pekan adalah tempat kelahiran Perdana Menteri kedua Malaysia, Tun Abdul Razak dan Perdana Menteri Malaysia sekarang ini, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga merupakan ahli Parlimen Pekan.

terdapat pelbagai nama yang dikaitkan dengan pekan pada zaman terdahulu.
Catz tengok dalam portal rasmi daerah Pekan dan jumpa sejarah tentang Daerah Pekan.

Portal Rasmi Majlis Daerah Pekan.

Pekan Baharu itu pada zaman dahulu kampung Cina namanya, kemudian baru disebut Pekan Baharu. (Buyung Adil, 1972 : hal 2) Bandar Pekan dikatakan wujud semenjak abad ke 17 lagi. Namun demikian, tidak ada tarikh yang pasti tentang penemuan Pekan tetapi ramai penulis samada penulis Barat, Arab atau penulis Cina menyebut dan menceritakan tentang Pekan.
Mengikut pendapat orang-orang tua, Pekan mendapat namanya dari sejenis bunga yang dipanggil Bunga Pekan yang banyak tumbuh menjalar di tebing-tebing Sungai Pahang. Bunganya berwarna putih seperti bunga Melor, namun bakanya kini sudah tiada lagi untuk dikenalkan kepada generasi sekarang dan akan datang. Di Bandar Pekan juga terdapat sebatang sungai yang digelar Sungai Pekan (berhampiran Kampung Mengkasar) tetapi tiada bukti yang menyatakan Pekan mendapat nama dari sungai ini.


ok..macamana nak ke Pekan?

Pekan berada 300 km dari Kuala Lumpur dan 46 km dari ibu negeri Pahang iaitu Kuantan. Antara laluan-laluan ke Pekan adalah seperti berikut:

  • Laluan Kuantan - Pekan 46km
  • Laluan Rompin - Pekan 92km
  • Laluan Muadzam - Pekan 90km

Catz emmandu dari Bandar Kuantan.

Naik Jambatan Tg Lumpur, singgah beli satar (for a friend) dan memandu terus ke Pekan melalui lebuh raya yang sangat selesa. why pekan? Work and visit someone in Pekan.

Pekan..here i come!

Jalan raya empat lorong yang menghubungkan Kuantan dan Pekan.

ok..dah sampai jambatan ...maknanya dah nak masuk Bandar Pekan

Pekan Bandar diRaja, nampak pesat membangun. Tak sempat nak ambil gambar bandar Pekan sebab nak kejar masa. will put some photos if happen i travel to Pekan again.


Ini rasanya bahagian deretan rumah kedai yang agak lama. Catz memandu terus menuju ke Tanjung Agas.

Oh ya..
apa yang menarik di Pekan? Ada muzium, masjid , pusat tenun dan juga rumah kelahiran Bekas Perdana Menteri yang kedua, Tun Abdul Razak.
Penginapan di Pekan? Ada Homestay, hotel kecil yang terletak berhampiran Bandar Pekan.
Antara homestay adalah:
Homestay Kampung Baru Salong
  • 22 buah rumah (Rumah penduduk kampung)
  • No telefon : 013-3901108 (Puan Sharifah binti Abdullah), 019-9161402 (Pahang bin Haji Awang Mohamad), 09-4201236 (Penghulu Mohd Bakri bin Abu Talib)
  • 2 bilik - 2 buah -RM 25.00 sehari
  • 1 bilik - 20 buah-RM 25.00 sehari

Selain itu ada juga hotyel kecil, Inn dna chalet.
Catz surf dalam portal Daerah pekan dan dapat beberapa maklumat.
Contohnya Chalet Kg Merchong,Chief Inn, Chalet Pekan Nenasi dan lain-lain.

Terdapat juga Golf resort ( Pantai Lagenda Golf & Country Resort).

Terdapat tempat menarik atau kawasan peranginan di daerah Pekan seperti Pantai Nenasi, Tanjong Batu, Air terjun Lata Metagan , Hutan Paya Gambut dan lain-lain.


Catz memandu ikut GPS (nasib kau behave tak buat hal kan encik gps?) Catz memandu terus ambil hala ke Rompin

Catz di tebing sungai Pahang di Pekan

Catz nampak ada orang memancing di sini, saja berhenti tengok pemandangan di sini

Pekan Bandar DiRaja Indah dan Makmur

ke mana kita? Rompin? oh macam jauh sgt.. jom kita ke Tanjung Agas. oh ya, bukan Tanjung Agas Muar, tetapi kita ke kampung Tg Agas , Pekan, Pahang.

Menurut GPS catz, jarak dari Bandar Pekan ke Kampung Tanjung Agas adalah 12km. Takdelah jauh sangat kan..

Cat tgk signboard dan tgk paparan GPS. dah petang, jalan agak lengang tapi cuaca baik.

catz, on the way to Tanjung Agas


Menghampiri kampung Tanjung Agas, catz lalu satu kawasan yang agak unik...hem..cantik! Kawasan kampung yang menarik.

pokok kelapa di kiri dan kanan jalan.

Catz melalui kawasan ini sebelum sampai ke tempat tujuan..

inilah dia. Jeti Tg Agas di Pekan Pahang.

masa catz sampai, ada beberapa penduduk sedang bersembang dekat dengan Jeti. Catz tanya..

"pakcik...kat mana kampung Tg Agas?"

pakcik-pakcik itu : Ini laaaa kg tanjung agas.

aku: oh ..terima kasih.

aku amik-amik gambar di sekitar kawasan ini.

Nampak tak kereta parking tu? itu kat kawasan sebelum ke jeti. ada warung kopi dekat situ. nampak macam meriah. macam tgk cerita drama TV pulak. warung kopi di jeti.

catz amik gambar objek yang ada di jeti
tak tau apa nama ni

kebetulan masa catz dekat sini, around 6.20 ptg, ada nelayan balik dari laut. Derang panggil catz, tanya if nak naik bot mereka amik gambar.
eh..haha..mestilah nak..

pakcik nelayan: dari mana?
aku: err..KL
pakcik nelayan: datang dgn siapa?
aku: sorang
pakcik-pakcik nelayan yang lain: beraninyaaaaa.....
aku: ha-ha. dah biasa
abang nelayan: datang sini buat apa?
aku: err..errr...cari orang
pakcik nelayan: cari siapa?
aku: takdelah pakcik. saya datang sebab nak ambil gambar dekat sini, sebelum kawasan ni jadi lain.
pakcik nelayan: ye..nanti kawasan ni bertukar. orang tak panggil Tg Agas dah. Orang panggil Tanjung Gas (err...dia sebut Tanjung Gah--> style org pantai timur sebut gas)
aku: hahaha..
Pakcik nelayan: ni datang sini duduk mana?
aku: kuantan
Pakcik: jauh tu..memandu sorang-sorang.
Abang Nelayan: kerja mana? gaya macam masih sekolah
aku: hhahaha (cih..terus perasan muda u ols-kembang skirt mak 5 menit). aku ketawa (sambil tutup2 mulut sopan..kehkeh)


Pakcik - pakcik nelayan


oh..ai macam awak-awak kan..sedia turun ke laut

Dalam bot ni banyak ikan fresh. siap terkedik-kedik lagi u ols ikan-ikan nya. hidup lagi!

aku: ehhhhhhhhhhh. cantiknya ikan! boleh makan ke??
pakcik nelayan: mestilah boleh..
aku: tak pernah punnn nampak ikan warna warni kat pasar.
pakcik nelayan: ikan cantik-cantik ni kami jual ke singapore. Mahal.
aku: apesal dekat pasar malaysia takde ikan warna warni ni..cantiknya!
Pakcik nelayan: ikan mcm ni mmg takde/jarang sgt dijual dekat tempat kita. Ikan ni mahal, tambahan pulak jual in Singapore dollar.
aku: ohhhhh (teringinnyaaaa aku nak rasa ikan cantik tu) -tapi kan.entah-entah kalau dah cantik sgt ikan tuh, nak goreng ikan tu pun rasa kesian.hiksss! silap2 aku bubuh dalam akuarium (kalau hidup lagi laaa)

then pakcik nelayan suh aku pegang ikan lawa-lawa tu. Hidup lagi ok.so ikan terkedik-kedik bergerak lagi.aku takot!!!! takut nak pegang..ek eleh..ngada sgt kan.
Pakcik nelayan dan rakan2 ketawakan budak jakun ni..takpe..takpe..hikssss.

Abang Nelayan : ha..tau ke nama ikan ni?
aku: yg warna warni tak tau
Abang Nelayan: ha yg ni? takkan tak tau? tau masak apa? kalau tau saya bag free bawak balik.
aku: kerapu!
Abnag nelayan: oh..betul. tau masak?
aku: tau
abang melayan: yang ni sedap masak apa?
aku: 3 rasa
Abang nelayan: manaaaa adaaaa...mana sedap...
aku: steam pun sedap!
ABnag nelayan. Haaa..pandai..

err..lepas tuh abang tu terus pusing ko..dia tak bg pun aku kerapu gergasi tuhh...cissss....!

(maybe dia ingat aku ni sure tak reti masak..so dia saja gurau acah-acah je kot)



ikan yu ke apatah.rupa pelik. nak masak ikan ni pun aku rasa kesian. oh..abang baju merah ni yang tolong amik gambar aku. tapi aku keji, dah le org tuh amik kan gambo, aku lupa nak tanya nama dia.


sesi pilih ikan oleh para pembeli

terdapat beberapa penduduk kampung datang membeli ikan.oh tu ikan kerapu ai tadiii...

Abang nelayan: ni tau ikan apa? mesti tak tau.
aku: tau! kerisi (er..u jgn i nih koman sgt tataw nama ikan oke...)
sekilo berapa?
Abnag nelayan: 3 ringgit.
aku: arrrrr????? murahnyaaaaaaaaaaaaaaaa.
Abang nelayan: biasa beli berapa?
aku: hari tuh beli dekat hypermarket RM11.50
Pakcik nelayan: Mak oi...mahal..mahal!
aku: ketam sekilo berapa?
pakcik nelayan: Rm7-8 ringgit
aku: aaaaaaaa?? waaa...murahnyaaaaaaaaa
Pakcik nelayan: sellau beli berapa?
aku: kalau musim biasanya dalam 18.50 sekilo. kalau tak musim sampai RM22.50 sekilo
Pakcik nelayan :( -----> nganga mulut ala-ala nak pengsan. ) mahalnyaaaaaaaaaaa!!


pilih kakk!

ketam u ols!

hari beransur senja

ada 2 warung kopi. rasa nak minum, tapi masa tak mengizinkan

senja di Jeti Tanjung Agas, Pekan

cantik!

suka!
bye!


catz di Jeti tanjung Agas, Pekan , Pahang

aku dan senja di Tg Agas



Catz di atas bot nelayan di Tanjung Agas, Pekan

Kenangan manis sebuah catatan ringkas perjalanan ke Kampung Tanjung Agas, Pekan, Pahang.
Aku sempat berbual-bual dengan penduduk kampung di Jeti.
Mereka sangat ramah. siap tanya ada tak akaun facebook!
ha-ha! Nelayan moden!
Kami berbual mengenai persekitaran kawasan ini yang mungkin akan bertukar rupa dalam beberapa tahun akan datang.
Imej satelite menunjukkan lokasi Tanjong Agas Oil and gas and Maritime Industrial Park

Ye..kampung Tanjung Agas akan menjadi kawasan penting dalam pembangunan ekonomi negara. Terletak di sebelah pantai Timur, ia mencakupi koridor wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Projek ini dibangunkan sebaai strategi kerajaan memperluaskan sektor perkhidmatan untuk menjadikkannya sebagai penyumbang lebih 60% keluaran dalam negara kasar (KDNK).
majlis pecah tanah dilakukan oleh Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah pada Disember 2010 yang lalu. Kawasan ini dibangunkan oleh Tanjung Agas Supply Base&Marine Services Sdn Bhd (TASBMS).

Pangkalan Bekalan Pengguna Bersama di atas tapak 101 hektar itu dijangka beroperasi sepenuhnya pada 2013 akan diurus dan dikendalikan Tanjung Agas Oilfields Supply Centre Sdn Bhd (TAOSC), iaitu syarikat usaha sama TASBMS dan OSC.

Terletak di Zon Ekonomi Khas Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER SEZ), pangkalan bekalan itu bakal memainkan peranan penting dalam menyediakan perkhidmatan sokongan bagi aktiviti penerokaan, eksploitasi dan pengeluaran minyak dan gas pesisir Laut China Selatan.

Perdana Menteri Malaysia yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, TIMGLTA secara langsung menyokong usaha kerajaan untuk menggalakkan dan menyediakan Projek Penggerak Ekonomi di bawah Program Transformasi Ekonomi. Pangkalan bekalan pengguna bersama itu dilengkapi kemudahan serba lengkap dan pelbagai fungsi, meliputi perkhidmatan lapangan minyak, pembuatan dan latihan yang menyeluruh dan bakal menjadi pangkalan bekalan terbaik di rantau Asia Pasifik.
Projek mega ini akan membuka 30, 000 peluang pekerjaan!
dan sudah tentunya penduduk Daerah Pekan , khususnya di tanjung Agas akan menerima tempias limpahan ekonomi yang bakal di jana kelak.


Aku memandu perlahan melihat kawasan yang akan bertukar rupa kelak.

kawasan pantai

pantai Tg Agas

memancing di waktu petang

Aku terserempak dua orang yang sedang memancing ikan. Derang tanya aku dari mana.
AKu tanya..ada ikan ke? derang cakap , ada..selalu je mancing sini.

deburan ombak di Tanjung Agas, Pekan kala menghampiri waktu senja


Catz di Pantai Tanjung Agas, Pekan, Pahang


catz was here

ini adalah ilustrasi bagaimana rupa kawasan ini bila siap dibangunkan kelak. Saya ambil gambar dari internet. google!

senja di Tanjung Agas, Pekan Pahang

bakal membangun

Oh ya, actually dekat Tg Agas ni pun ada kawasan hutan paya bakau.

Catz meninggalkan Tg Agas menjelang senja..terserempak segerombolan lembu

Menuju ke Bandar Pekan

wow..cantik oke bandar diRaja Pekan ni diwaktu malam.

Selamat tinggal!

15 comments:

@xiM said...

wow..penat nak baca satu entri..sungguh padat dan berinformasi..thanks for sharing this catzs!!

Netnet said...

how i wish aku boleh jalan2 mcm kau... atau jalan2 dgn kau...

haaa kemain kan pakcik nelayan tu menyakat kau catz...he he he..

AZANI said...

salam catz
betul, tg agas akan jadi pusat maritim dan O&G hub ,bila dah siap,maybe you will se me there...

Hajah Zainab bt Abdullah said...

Salam Catz,

Mula2 mama minta banyak2 maaf kerana mama baru jer tau yang catz berada di kuantan tempohari...tggl komen kat blog mama...kerana terlalu bizi mama tak buka blog tu..huhuhu !

Anyway, jika lain kali catz datang ke kuantan, please PM mama kat FB ok...or e-mail zainab180553@yahoo.com
mama tinggal kat taman guru, jln gmbg,25150 kuantan.

Mama Miraki said...

catz..suka tengok ikan2 segar tu..bestnya dapat pelunag cam ni

catz said...

@xim,

yeah..u are welcome!
i love to explore and research the place. nice kan. pakcik2 nelayan tuh sporting suh pose.
hahhaha

catz said...

netnet,

jom..lenkali hang ikut.
ye..pakcik nelayan adalah sporting ko..
hahaha...

catz said...

AZANI,
hi..u working in O&G?

catz said...

mama zainab,
noted.
catz dah catit details. if dtg kuantan, will e-mail earlier.

miow

thanks

catz said...

mama miraki,

hehehhe..how are you?
i love taking photos.
objek2 semulajadi and fresh.
:)

HaniCheLat said...

catz, beraninya! adventurous! thanks for sharing this.

catz said...

HaniCheLat,

i love to travel and explore..!
thats one of the way i learn something naturally, not from any book, but tru experience..
:)

azani said...

salam catz
saya ex MISC LMG

KiNuT said...

salam...nice to meet u...im shaqina.boleh sy dapatkan contact number penduudk kg ini x kire bangsa apa...sy sedang membuat research ttg 1 malaysia.....kt cni byk pd nelayan kn....urgent my email shaqinaasiqin@yahoo.com/0178263788

KiNuT said...

salam..nice to meet u..im shaqina.boleh sy dptkan contact number penduduk kg di cni???sy sedang membuat reserach ttg 1 malaysia urgent...my email shaqinaasqin@yahoo.com..my number 0178263788