Wednesday, April 13, 2011

saya suka kuantan sebab ada Warong Paksu & Maksu di Kg Peramu

Kalau ke kuantan, nak makan sedap makanan pantai Timur marilah kita ke Warong Paksu dan Maksu di Kampung Peramu.
Dari bandar Kuantan, drive hala ke Tanjung Lumpur. Naik jambatan terusssssssss...terussss je sampai le nampak balai polis kg Peramu (sebelah kiri) maknanya ko dah sampai. Kedai ni betul-betul sebelah balai polis tuh. (dia tulis pondok polis ke? tapi besar je tak macam pondok pun kan) so aku consider sgt balai polis le (pandai-pandai aja kauuu kiah).

Sampai warong ni (aku consider kedai makan cantik la) sebab warong ni dalam dia selesa, kerusi meja mcm dlm restoran..
Dekat sini segala mak nenek makanan pantai timur ada.
nak nasi dagang? ada. nasi kerabu? ada! laksam? of courseee!!!
kuih muih dari kuih yang berkukus, goreng, bakar semua ada. karipap pelbagai bentuk, akok, koci, tepung talam, lapis dll. (penat nak ingat).
Binatang laut yang goreng tepung punnnnn ada...udang, ikan sotong, oh..u name it cik senah. Fish ball pun ada dan dernag buat sendiri ye.asli dan sedap sbb ikan banyak! (tiba2 aku rasa nak belajar buat fishball home made). nak ketupat palas, keropok lekor (dibuat dekat situ jugak).
nak dessert pantai timur mcm badak berendam semua ada.

oh...dan palingggg best ialah SATAR dan otak-otak ikan. yummeh.

kuih muih

satar

hooo..sedap!

udang tu siap ada mata lagi..hikss

so hari-hari aku lunch dekat sini. sedap dan consider murah lah!


hidangan dekat atas ni plus limau ais segelas adalah RM4.30. Jimat dan SEDAP!

laksam yo! this one is to die for...

ye..ai makan laksam ni 3 hari berturut-turut ya. sedap hingga menjilat magkuk

ketupat palas

weh, ikan kembung dia gemok-gemok dan rasa mcm baru balik dari laut. fresh! seekor RM4.00 (hari tu laa)

Aku sukaaaa kuantan!
best! sebab...kalau ke sini, banyak choice tempat tinggal. nak duduk tgh town ada hotel dari range budget hingga 5 star hotel. banyak choice tak pening. kalau tak nak duk bandar, drive few km dah sampai beserah/balok area beach resort/hotel yg pelbagai range tuh..chalet pun ada.
kalau rajin, drive le sampai cherating.
tapi actually bila banyak choice pun lagi pening.
heh.

kalau duk kuantan terus kan best.

so saja stay semalam dekat beach resort ni....somewhere beserah ke balok.
sini ada chalet dan boleh tinggal dibilik hotel main building.

chalet dekat beach

few steps dan sampai pantai



petang/awal pagi boleh lepak sambil baca magazine dan makan satar. eh..aku mcm obses kan dgn makanan org pantai timur.


i heart kuantan!

12 comments:

Uncle said...

Sangat menarik tapi Uncle belum pernah sampai lagi kat sini....hahhahah

NenetPenne (NP) said...

ya ya aku tau tempat tu....
kat situ satar dia best, dan aku beli sampai 5 hengget
bawak balik KL bagi suami tapi masa tu dalam diam dia main kayu 3... nostalgia sungguh...

marie said...

catz..rindunye laksam tengok gambar u ni..lama dah tak balik kampung kat dungun..nasib baik catz tak letak gamabr nasi dagang bungkus daun pisang...tu lagi azablah akak menahan rindu..

Azueriena said...

giler kentang u punya blog mkn2 nie catz....satu hari sudaaa ku khatam...bleh jadik geng nie....aii pun suker JJCM....kiter dah pollow n link skali tauuu

attyfir said...

lama dah tak makan ketupat palas

Anonymous said...

catz, apa nama chalet tu ..cantiklah siap ada kolam mandi..cam nak pegi pulak lps tgk laksam tu....mas yp

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

makaiii...bestnyerrrr... i wish..i wishhh...huhuhuh..

Lady of Leisure said...

seumur hidup tak pernah makan satar lagi sedapnya nampakkk.. hehe

Mrs. Mel said...

catz, kita kalu gi kuantan tak pernah failed singgah warong paksu & maksu ni. satar dia terbaik ohhhh.. mcm tu gak dgn haiwan laut goreng gorengan tu.. lauk utk nasik campur pun not bad.. laksa, laksam tak mengecewakan.. aiyo, boleh dok berjam2 kat kedai ni tau.. cam ada gak.. tengok semua pun nak cuba.. hahaha.. tapi mmg terbaik la. tapi rabu lepas kita gi kuantan, kedai dia totop.. owhhh tidak!!! maybe off day dia hari rabu kot.. rindu sudah kat satar dia.. :)

Yattisa Roslan said...

laksam oh laksam

AZNI BINTI MAT ISA said...

blog budak kucing ni macam isi peti ais yang wajib di tengok, ada2 je isi yg menarik,, macam triffle, pastu tuko ke eskrem kacang malaysia. pastu yg dok jaga tepi peti ais tu muka macam nerd tapi kelakar giler lah dak kucing nihh :-)

Anonymous said...

ape nama chalet ni