Monday, April 18, 2011

Murtabak Mengkasar, Pekan, Pahang

Tak lengkap kalau kita ke sesebuah tempat tanpa mengetahui makanan istimewa di tempat tersebut.
Makanan apa yang istimewa di Pekan, Pahang?

Kalau ke Daerah Pekan, jangan lupa singgah ke Restoran Murtabak Mengkasar.



Catz pernah ke Pekan sebelum ini, tapi tak pernah berkesempatan sebab datang tak kena masa, tutup. So this time dapat explore Bandar DiRaja Pekan dan semestinya nak tahu apa makanan yang istimewa dan famous di sini.

Murtabak Mengkasar di katakan sangat sedap dan terkenal di sini. Kalau bulan puasa, permintaan sangat banyak hingga kena amik nombor katanya. wah...dengar tu Kiah?
mestilah cik Kiah terkedik-kedik nak rasa kan??? Bukan orang Pekan je yang suka, malah pengunjung dari Kuala Lumpur pun suka! Katanya ada yg datang dari Singapore jugak, datang nak rasa..wah.harus cik kiah terjah gitu! err..ai orang Johor, kerja di Selangor..

Resepi murtabak ni dikatakan lain dari yang yang lain. Intinya di masak dahulu. terdapat dua jenis inti iaitu daging lembu dan ayam.

Nama murtabak ni dikatakan berasal dari nama Kampung Mengkasar. ooo..sempena nama tempat dimana perniagaan murtabak ini bermula lah..


Perniagaan Murtabak Mengkasar di asaskan oleh Hj. Ahmad Tajudin Abd Hamid (Pak Din Murtabak) bermula sejak 1980 terletak di Jalan Batu Balek iaitu jalan utama Kuantan-Pekan berhampiran Sekolah Menengah Sains Sultan Ahmad Shah Pekan. Setiap hari sebanyak 1000 biji telur ayam, dua guni gandum dan 30 kilogram rempah ratus yang diadun sendiri digunakan untuk membuatnya dengan menggunakan mesin khas.
Rempah ratus yang diguna dikatakan amat berkhasiat. Nak tanya segan pulak kan..kan.d

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah adalah antara ribuan peminat setia Murtabak Mengkasar.

Wah...kagum .

Rasa murtabak?

Bagiu Catz, ia lain dari murtabak biasa. Ia macam dilapis-lapis dengan telur, so rupanya agak lain, empat segi memanjang gitu. Rasa dia memang lain dari murtabak pasar malam ke..atau murtabak versi kedai mamak.

Saiz boleh tahan besar lah. aku tanya..nak order macamana?

Adik yang amik order kata, ada dua jenis. satu biasa, satu special.

Yang biasa RM6.00. Yang special harganya RM8.00.

Besza adalah dari segi lapisan murtabak tuh.

Catz order dua , special untuk makan dan yang biasa bungkus untuk kawan catz, sebagai buah tangan le sebab nak singgah rumah dia lepas tuh. saja singgah visit sekejap.

Adik tu cakap dah, yang spesial tuh, amkan seorang mmg tak habis.

Aku kan degillll. end up, makan tak sampai separuh, mengah dah.

Bungkus sekali, bawa pi rumah kawan catz..kan...tamak namanya tu kan...!

Murtabak Mengkasar Special

Murtabak ni mmg rasa telur, sebab lapisan-lapisan adalah sebahagiannya adalah telur. rasanya agak unik.

oh ya..murtabak ni cicah dia ialah bawang warna merah tuh. err..kuah bawang ke namanya?


ini adalah cicah murtabak tuh, kuah bawang ke namanya..hikss


Di mana lokasinya ye?

ok..kalau di Pekan, lokasinya adalah errr...camna nak ckp ek...sebaik masuk bdr pekan (dari kuantan) akan nampak kedai ni belah kanan.
kalau dri Bandar Pekan, amik hala nak naik jambatan tu..er..u drive slow-slow ok..kuar je dari town hala pekan, belah kiri. dekat2 je dgn town.
kalau drive tak laju, mmg tak akan terlepas. Kedai tuh belah kiri.
Kalau terlepas jugak kan..sila amik batu..ketuk le bahagian mana-mana kat kepala tuh yang patut.hahhaa...errr...

Di Kuantan pun actually ada cawangan nya iaitu di Bukit Sekilau, tak jauh dari uitm katanya.
selain itu, kalau anda di Lembah Klang, adaaaa cawangan di KL nih...
kak senah. ko tak yah le sampai nak buat rombongan pi Pekan nak makan murtabak nih..
Kedai murtabak mengkasar cawangan KL ini terletak di alamat:

12-A, Jln Rampai Niaga 4, Medan Niaga Rampai, KL.
dekat je dgn jusco wangsa maju. Tidak jauh dari situ anda akan jumpa Rampai Bussiness Park. Kedai ini berada di belakang Old Town White Coffee tuh.

Ha...sila ke sana.


suasana malam di daerah pekan. lampu sana sini..

ok..ni kedai murtabak Mengkasar di Pekan , Pahang,

jom..jalan-jalan, cari makan!
Oh..kalau nak tahu masakan istimewa di pekan, silalah ke portal Majlis Daerah pekan. Ada segala resepi istimewa, dan jugak resepi istimewa dari istana.
ha...sediakan senduk dengan kuali je kiah...
jom....

5 comments:

Anonymous said...

salam catz..
saye silent reader catz dr tahun 2008 lg...suke bace blog catz sbb byk info psl mkn dan tmpt2 mnarik yg catz pegi..take care!

Uncle said...

kena pergi sana lah kalau macam ni nak makan murtabak!

catz said...

hi anonymous,

whats ur name?
:)
thanks for reading.

u too.
take care.
my e-mail: nurana2000@gmail.com

catz said...

uncle,
kat KL, adaaa!!!
tak yah sesusahhh

Anonymous said...

kedai tu kat 12-A, Jln Rampai Niaga 4, Medan Niaga Rampai, KL dah tutup....frust tk dpt makan ni...