Monday, November 30, 2009

Autumn in my heart...

Terserempak dengan sekumpulan pelancong..
rupa macam Melayu. macam Cina..
pantas salah seorangnya bertanya." Are u from Malaysia?" dengan slang Indonesia..
aku menjawab 'Yes.."
dan reaksinya.."yey!..yesss!"
hiks. Gelihati aku dengan gelagat wanita muda itu.
Mungkin teruja kerana berjumpa dengan orang yang sama warna kulit dan serumpun.
Sudah pasti boleh berbahasa Melayu, kerana masalah bahasa di sini..
kadangnya nak cakap bahasa Inggeris susah, nak berbahasa Melayu? jadi ayam dan itik.
Harusnya sudah praktis perkataan basic..
Namun tujuannya sama..mahu menikmati keindahan dan cuaca dingin...
Bahang keterujaan begitu terasa mendengar mereka berbual sesama sendiri.
Dan terdengar dialog.." wah..mahu di pakai sabuknya??? " ia ibuk-ibuk dan bapak-bapak..
bus di sini ada 'sabuk pengaman...'
kami berpisah di Shinjuku..tidak bertanya ke mana destinasi mereka..
yang pasti..potret indah autumn pasti di ambil berulang kali...dengan kamera besar.
wah..hebat sekali..tak kira lelaki, mahupun wanita..kamera canggih dgn lens yang panjang cam belalai gajah.
Hahaha..terasa malu, seperti mahu kusembunyikan kameraku..
Dan terserempak dengan pelancong yang aku kurang pasti dari mana..mungkin saja dari Timur Tengah..bila kutanyakan hala tempat yang mahu dituju sambil mengunjuk peta dan gambar..
dia menunjukkan arah, seraya berkata..
" Malaysia???"
aku jawab 'Yes..I'm Malaysian'
dan meraka menjawab " Malaysia..KLCC!"....dan ketawa..
dan mereka kata pernah ke Malaysia...
hem..lantas ku terfikir..kalau tiada KLCC..apa ye yang org sebut sebagai ikon utama mercu tanda Malaysia?
Mungkin bagi kita, apalah sgt KLCC tu..malah ramai je kawan-kawan aku yang duduk KL ni pun belum pernah pegi KLCC, KL Tower.
Tapi bagi pelancong, pastilah ia tempat utama yang nak dituju.
Ala..macam aku lah..jakun nak amik gambo pokok takde daun dan rumput/bunga warna warni kat celah semak time winter/spring.
Selepas berbasa basi babai-babai..meneruskan perjalanan untuk menikmati daun warna warni, merah, kuning, kecoklatan...
aiyo..cik Kiah masuk hutan semak samun belukar..
sedikit antara banyak yang dapat dirakam dengan kamera aku..


Alhamadulilah...
tahun ini, kami sekeluarga dapat menjalankan ibadah korban...
walau aku jauh, tak dpt join sesama di rumah emak, seringkali ku telefon pesan dgn emak..
"mak..jangan lupa amik gambar lembunyaaaa....nak tgk muka lembu tuu..."
ok. Dah selamat.

11 comments:

DrSam said...

autumn yang bergemerlapan dengan warna-warni. Bila pergi makan sushi ori ni Catz?

kucingorengemok said...

tu gaya apa kaki naik sebelah tu? hehe... aku lom ada mood pindahkan gambor, dah le semua guna kamera kokak

Umie said...

wah...best nyer catz boleh g melancong..gambar pun lawa...

Hajah Zainab bt Abdullah said...

seronoknya hidup catz...syukur sangat tengok kebahgiaan yang dikecapi dia! take care dear...

mama tengok gambar jer la...

geraugebang said...

amboi, di dalam rimbunan daun lagi. I like Autumn in my heart. Sedihhh sakan. Berjojos air mata.

catz said...

DrSam,
ye...daun2 warna warni..cantik..
saya pi during raya haji...
tak lalu sgt mkn sushi...
ihiks...tekak jawa..tak leh masuk..

catz said...

kog,
tuh gaya mak yang tersendiri...
kaki mmg kena angkat2 sebelah gitu..
kalau angkat dua2 jatuh gedebuk..
takde model leh tiru nih...dipatenkan..
hahahhaa

catz said...

umie,
hi..selamat harui raya..
balik pt sulong ye?

:)

catz said...

mama,
thanks..
jomlah jalan2..jom..
mama lagi best kan..now leh ke mana-mana je sebab dah takyah pi keje..seronok tgk mama duk masak2 selalu..

catz said...

gerau gebang,
kat mana nak cari cd drama tu ye?
macam nak tgk pula..

geraugebang said...

tengok kat youtube pun boleh. Tapi leceh sikit la.