Monday, November 30, 2009

Cintaku tertinggal di Harajuku


Masih pening lalat meneliti peta di tanagan, jaringan line metro Tokyo..
uhh...Chiyoda line...Hibiya, Fukutoshin, Yurakucho, Ginza dan beberapa line lagi yang di lambangkan dengan warna, huruf dan nombor.
aku berdiri di tengah kesibukan manusia bertali arus masuk dan keluar dari platform..
aku terpinga-pinga..aku mahu ke Akihabara, so naik Hibiya line arah Naka-meguro atau Kita-senju??
atau..Marunouchi Line ? Chiyoda? mana senang dan jimat masa? Garu kepala sendiri.
Soal tambang? oh..nasib baik punya 2 days pass / open ticket yang boleh diguna ke segenap jaringan metro tokyo line ini. Kalau tidak, mana bisa aku sesuka hati keluar masuk train bertukar-tukar line..
dengan pass bernilai 6000 yen, boleh diguna utk 2 kali ulang alik narita airport-shinjuku-narita airport dengan menaiki bus limosin airport dan naik semua jaringan metro line tanpa had. Agak mahal sebenarnya dengan tukaran wang yang agak mahal sekarang ini.
1000 yen = 39.000, so 6000 yen = RM234.00 (lebih kurang). Mahal bukan..?
jadi haruslah aku gunakan pass ni sampai lebam tapak kaki. Ke Asakusa, Ueno, Shibuya, Ginza, Ikebukuro, Harajuku, Roppongi etc.

Kelibat manusia yang bertali arus buat aku sesak otak. Lajunya orang Jepun ni bergerak kan. Bukan macam aku yang jalan ala-ala lenggang kangkung mak Limah pulang dari pasar bawak bakul sayur. Kadang aku tersenyum..macam kartun derang ni berjalan. Langkah pendek-pendek dan laju. Eh...aku terpandang kelibat seorang wanita berkulit cerah. Macam ku kenal..
eh..eh...bukan kan itu Yuli??? Yulianti Erna, teman lama dari Indonesia yang sudah hampir 3 tahun tidak berhubungan. Aku berjalan laju ke arah wanita itu seraya menyapa..
aku: konichiwa..
wanita itu: konichiwa...heiiiiiiiiii!!!! kau?? Ana?? heiii...betul ke ni..kau buat apa kat sini???
aku: ye...mak le ni noks...weiii...ko buat apa kat sini??
Yuli: ya ampunn..aku udah 2 tahun di sini...kamu ini? kok pelik banget dong..kita ketemu di kota besar ini. seperti mimpi..
aku: aku pun macam tak caya lah Yuli. Ko nak ke mana ni?
Yuli: waduh, aku enggak mahu ke mana-mana. Santai hari ini, aku keluar sebentar tadi lunch dengan teman dan mahu pulang saja. kamu mau ke mana?
aku: Akihabara.. tapi udah ketemu kamu, bisa saja kita ngobrol.
Yuli: yuk...kita minum kopi..di Roppongi bisa?
aku: hehehehe..ok je..
Keretapi sampai dan kami masuk..turun di stesen berikutnya yang membawa kami ke Roppongi Hills. Wah..kawasan elit dan banyak foreigner di sini.

Kami berhenti di Tully's Coffee. Yuli beli kopi panas dan aku minum blood orange. Ala..air oren la..warna merah. Yuli masih tak percaya, begitu juga aku. kami bertemu kali terakhir 3 tahun yang lalu. Aku kenal Yuli di Kuala Lumpur 5 tahun yang lalu. Masa tu aku menghadiri conference. Aku yang join conference, Yuli pula tinggal di hotel sama berlangsungnya conference itu. Dia ke Kuala Lumpur atas urusan kerja. kami bertemu di lobby hotel, akhirnya mesra, aku bawa dia makan seafood di kampung Baru dan kami jadi rapat. Ketika itu juga lah dia bertemu Imran dan akhirnya bertunang 5 bulan kemudian. Imran merupakan seorang jurutera kelahiran Terengganu. Jadi Yuli mudah mesra dan serasi dengan orang Malaysia. Rentetan pertemuan itu, banyak kali juga kami bertemu, samada di Kuala Lumpur atau di tempat kelahirannya di Jakarta. Teringat aku kami ke Bandung menaiki Agro Gede dan singgah tidur 2 malam di Puncak. Yuli lahir dari keluarga yang agak berada. Bapanya mempunyai perusahaan sendiri, manakala ibunya seorang doktor. Yuli pula lebih senang bekerja makan gaji dengan sebuah stesen TV ketika itu. Dia lulusan sarjana sains politik dari sebuah Universiti di Melbourne dan kemudian merantau ke Jepun mencari ilmu sebelum pulang ke Jakarta bekerja dengan stesen TV terkemuka. Lantas, ku fikir tak perlu aku terkejut berjumpa dia di Kota Metropolitan Tokyo.

Kami bertukar cerita.. Yuli masih macam dulu, banyak cakap. Err..rupa dia? tak boleh lah aku letak di blog ni..kang dia sekeh aku. Tapi muka dia ada sikit-sikit macam Rosa. Ala penyanyi tu lah...lawa kan?
Bicara kami berkisar apa yang terjadi 3 tahun ini. Oh Yuli sudah bekerja di sebuah syarikat penerbitan terkemuka. waktu keje flexible. Selain tu dia buat translation utk sebuah stesen TV di Tokyo.
Murah rezeki kawan aku ni.
Melihat riak wajahnya yang gembira, mungkin dia sudah bahagia di bumi sakura.
Pantas aku bertanya.." waduh, ngomong-ngomong tentang kamu, Imran nya gi mana? sihat?"
Yuli lantas terdiam.. dan menjawab perlahan " kami sudah berpisah"
Aku terkejut. Oh...." maafkan aku..aku tak bermaksud.."
"Enggak apa-apa lah... aku ok..bisa saja cerita sama kamu..", Yuli tersenyum.
Aku pernah bertemu Imran 2 kali semasa kunjungan Yuli ke Kuala Lumpur dan Terengganu.
Namun aku tak hadir majlis kawin mereka, atas kekangan tugas dan masa. Namun mereka ada kirimkan aku poskad dari Mauritius lewat musim bulan madu mereka di sana.

" so..now..tell me.." aku macam busy body nak tau lah kisah mereka ni.
Yuli menghirup kopi yang sudah semakin sejuk. Cuaca dingin autumn pasti saja enak untuk dinikmati.
" There is no more love.." ujar Yuli sepatah.
Aku terbeliak biji mata, seraya terucap.." kau atau dia?"
Yuli memandang aku.." Imran. Kasihnya pada aku sudah tiada. Iya, cinta itu kan tidak boleh dipaksa. Kami berpisah cara baik kok..aku kecewa. Benar-benar kecewa. Serasa mahu mati ketika itu. Aku hampir bunuh diri."
Aku ternganga mulut mendengarnya. "Biar betul ko ni Yuli."
Yuli membalas dengan senyuman nakal. " Kamu pikir aku bercanda? Aku sudah separuh mati ketika itu."
Yuli terus bercerita. Aku tak de lah paksa dia cerita semua, tapi mungkin sebenarnya dia kesunyian. Perlu teman bicara.
Sudah ditakdirkan, meraka bersama selama hampir empat tahun. Berpisah bukan kerana orang ke tiga, tetapi kerana cinta yang semakin pudar. Cinta yang makin hilang. Yuli kata dia dah cuba sedaya upaya, tetapi Imran seakan pasrah saja dan memang mahu semuanya berakhir. Yuli kembali ke Jakarta dan Imran terus memburu cita-cita besarnya untuk bekerja dengan sebuah firma kejuruteraan ternama di Dubai. Yuli pula mendapat peluang bekerja di sebuah syarikat penerbitan dan akhirnya , tugasnya membawa dia ke bumi Sakura.


bersambung...


12 comments:

zixol said...

aku tetibe igt novel hatiku di harajuku...bestnye ko catz pi melancong2..

kucingorengemok said...

aku dah mula konpius, ko ni kisah benar ke layar lara? sebab dah pernah tertipu dengan cerita ko dulu, hehe...

ramadhan said...

jopong la plak. i hate u!!! ahahaha

afendi ariff said...

nak order pedang samurai satu!

mRsauRa said...

tak sabor nak nunggu sambungan cerpen nie *cerpen ke??* ahaks...

kucingorengemok: a'ah kan...nnt jadik citer stroberi tuuu...skali FV @ FB...chetttt...

catz said...

azizol,
hi..hows ur work?
ala..ko cuti2 sekolah pun boleh melancong kan...now kumpul duhets..

catz said...

kog,
separuh benar dan separuh layar lara..
hehehheee...
sila nantikan novel terbaru aku yang ke 65 di pasaran..
tempah sekarang...limited edition..tak mahal..RM65.00 JE.
akan terbit june 2010.
hahahhaa (ketawa jahattt)..kehkehkeh

catz said...

ramadhan,
ko karang dah abih training pilot, tak cukup tanah sampai ujung donia ko jejak...
i hate u twice..hahahhahaha

catz said...

kikin,

hehhehehhe...pandai2 je ko..

sila nantikan novel terbaru aku yang ke 65 di pasaran..
tempah sekarang...limited edition..tak mahal..RM65.00 JE.
akan terbit june 2010.
hahahhaa (ketawa jahattt)..kehkehkeh.

btw, FB FV tuh apa benda eh??

catz said...

afendi,
ko nak wat gapo pedang tuh?
tebas lalang kah??

mRsauRa said...

catz: takder sambungan ker???

ko tak tahu ke ko buat2 tak tahu eks? heheheh FB=facebook FV=farmville

Download Film subtitle Indonesia said...

wow japan