Tuesday, November 24, 2009

Kellie's castle, Perak

Ini adalah sambungan trip Perak. Memandu menghala ke Ipoh, kemudian menghala ke Gopeng, kita akan melalui Batu Gajah. Di kawasan batu Gajah ini, terdapat sebuah istana lama, Kellie's Castle. Ia merupakan salah satu tarikan pelancongan di Negeri Perak.

Kellie's castle di bina oleh Wiliam kellie Smith. Dia berasal dari sebuah kampung di Scotland, Kellas. Pada tahun 1890, pada umur 20, dia sampai Di Tanah Melayu. Dia bertemu dengan owner estet bernama Alma Baker, yang mendapat konsesi utk membersihkan 360 hektar hutan di Perak. Dia bergabung dengan Alma Baker, dan dari keuntungan yang dijana,Smith mula mengusahakan ladang getah dan lombong bijih timah. Akhirnya dia menjadi pemilik kepada Kinta kellas Estate dan Kinta Kellas Dredging Company.

Setelah itu dia kembali ke Scotland dan berkahwin dengan Agnes dan mereka kembali ke Tanah Melayu pada tahun 1903. Meraka kemudian mendapat anak perempuan bernama Helen. Smith mahukan anak lelaki utk mewarisi empayar perniagaannnya di Tanah Melayu, dan akhirnya pada tahun 1915 mereka mendapat anak lelaki yang diberi nama Anthony. Empayarnay menjadi semakin besar dna dia berhasrat utk membesarkan rumah agamnya. namun kemudian dia bercadang membina sebuah istana besar, yang akan dinamakan sebagai Kellas House sempena nama tempat kelahirannya di Scotland.


Smith amat tertarik dengan budaya Hindu. Dia bercadang membina rumah yang mempunyai unsir senibina yang diilhamkan dari India selatan, Madras. Dia mengimport batu bata dan bahan binaan dari India. Selain itu dia juga mengupah pekerja India utk mengekalkan ciri-ciri India.

Rumah tersebut sgt cantik dan Smith mahu ianya mempunyai sebuah lift. Dan dia membina elevator itu, yang pertama di Malaya ketika itu.

The lift akan menghubungkan kepada ruang paling atas dgn terowong bawah tanah yang menghala ke bawah sungai diluar rumah besar ini. Salah satu terowong akan menghubungkan kepada kuil Hindu yg berhampiran.

Di tingkat dua, Smith bercadang utk membina tennis court, indoor. Ruang bumbung digunakan utk ruang utk emngadakan parti dan keramaian. London Financier Newspaper mensifatkan rumahnya sebagai unik (15 Sept 1911).

Setelah pembinaan bermula, sebuah tragedi berlaku. 'Spanish Flu' telah menyerang dan menyebabkan ramai pekerjanya di Kellas estate mati. Ia sgt mudah merebak dari Eropah Ke Asia. ia menyebabkan Smith kerugian teruk dan kekayaannya byk di hagunakan utk membina rumah besar itu. Perang dunia pertama juga menyebbakan pembinaan rumah ini sgt perlahan dan akhirnya kellas House tidak dapat disiapkan.

Smith kemudiannya mengembara ke Portugal pada tahun 1926, dan meninggal dunia di sana akibat pneumonia. Isterinya sgt sedih dan kembali ke Scotland. Dia menjual Kellie's Castle kepada British Company , Harrisons and Crossfield.

Setelah itu, Kellie's Castle tidak pernah siap. Dikatakan hantu Smith masih berlegar-legar di rumah itu. Dua terowong yang dikatakan tersembunyi di bawah tanah juga tidak dijumpai.

sumber fakta : sini..bacalah. dan sini juga

'Mysterious Corridor', tempat dimana, dikatakan Smith Ghost masih berlegar-legar.


Namun begitu, setelah 80 tahun berlalu, Kerajaan Malaysia telah refurbished rumah tersebut pada tahun 2000. Dan ianya kekal memjadi tarikan pelancong di Perak.tersergam, masih terpelihara, menjadi tarikan pelancong



aku suka gambar ni..tak tau kenapa..

Jika rumah ini dapat disiapkan, di sinilah Smith akan berdiri untuk meninjau kawasan estate nya.




Mysterious corridor

bahagian belakang


bahagian belakang. masa catz di sini, terdapat ramai pelancong yang membawa kamera SLR merakamkan setiap sudut rumah ini..wah..besar2 dan panjang2 gila lens derang...

dengan kamera slr aku..inilah beberapa sudut yang sempat dirakam kan..

Cantik!





catz at Kellie's Castle



dari pelbagai sudut

Oh, ya..di luar Kellie's Castle terdapat pokok yang di permukaannya tumbuh seperti seekor beruang. Pelik? ye..ia juga menjadikan tarikan kepada pengunjung yang datang ke mari.

So....selamat cuti-cuti Malaysia..banyak lagi untuk diterokai!!!

5 comments:

rezeki said...

salam catz

cantik2 gambarnya dan sudut yg menarik, kena bayar tak entrance

@xiM said...

suka baca sejarah yang macam ni..kalau buat filem pun macam best kan..

catz said...

salam rezeki,

thanks..
saya hentam2 je amik gambar.
tapi mmg minat photography..

bayaran masuk, dewasa 4 ringgit.
:)

catz said...

axim,
tempat ni pernah jd tempat shooting anna and he king tahun 1999 dulu kot..
ko minat sejarah ek..

NenetPenne (NP) said...

scary + spooky...