Rumah- masuk hiway PLUS ke Bidor.
exit Bidor - pi Teluk Intan (pit stop utk lunch dan menara condong).
ke Manjung- Lumut- Damai Laut, Swiss Garden Resort.
then ke Teluk Batik, Teluk Senangin.
Balik amik arah Ipoh- Gopeng (pit stop di Kellie's Castle)..
Ok...
kalau nak ke Lumut, ada beberapa jalan.
Boleh lalu jalan Klang menghala ke Kuala Selangor, Sabak Bernam, Teluk Intan hala ke Setiawan, Majung dan ke Lumut.
Previous trip aku ke Lumut ikut situ. Tapi biasanya sangkut kat Klang lama gila..
so this trip saja ikut hiway PLUS, exit Bidor.
Dari Bidor ke Teluk Intan lebih kurang 45 km gitu. Jauh gak ek.
Oh ya..kalau pi Bidor, jgn lupa beli jambu batu (yg takde biji ) tu..sini dulu pemes dgn jambu ni..
Biasanya aku beli berkilo-kilo (mentekedarahnyaaaa kannn...)
Now tak sure sebab aku tak lalu gerai jambu dan tak beli jambu.
Aku tgk kat R&R Tapah ada, tapi aa.. mahal la.Ye la..kalau beli kat Bidor, tokey ladang jambu yg jual kot..bleh la dpt dgn harga yg reasonable ..(eh..apesal beriya cerita pasal jambu ni??).
Pekan Bidor
U all nak tahu tak asal usul nama Teluk Intan?
ni aku copy dari laman web majlis perbandaran Teluk Intan dan google2 kat internet.
Ada beberapa nama:
1. Teluk Mak Intan.
Nama Teluk Mak Intan diambil dari seorang janda yang dikatakan mempunyai rupa paras yang cantik iaitu Mak Intan, beliau adalah seorang saudagar yang berasal dari Mandahiling, Sumatera. Beliau adalah peneroka yang membuka Teluk Intan disekitar awal abad ke 19. Pada waktu itu, kawasan yang diterokai oleh Mak Intan dikenali sebagai Pekan Mak Intan.
Berikutan penerokaan ini, ramailah orang seberang berketurunan Jawa, Rawa, Mandahiling, Minangkabau, Kampar dan kemudian India-Bombay datang mendiami kawasan yang baru diterokai itu, kebanyakan daripada mereka adalah para petani dan para pedagang barangan tradisi seperti rempah ratus, kain, inggu, kacip, parang dan sebagainya.
Berkuatkuasa 1 Januari 1982, bandar ini tukar nama dari Teluk Anson kepada Teluk Intan.
2. Teluk Ma Hitam.Nama asalnya Teluk Mak Intan. Seorang gadis bernama Intan dari sebuah keluarga keturunan Sumatera yang berpengaruh. Bapanya berulang-alik dari Sumatera ke sini untuk berniaga kain batik. Gadis ini mandi di tebing Sungai Perak bersama-sama rakan-rakannya. Cincin pemberian ibunya telah tenggelam dan lenyap di dalam lubuk Sungai Perak. Sejak itu diberi nama Teluk Mak Intan.
Kemudiannya Telok Mak Intan telah di tukar nama kepada Teluk Anson sempena nama Jeneral Archibald Anson iaitu gabenor Inggeris yang datang ke Telok Mak Intan pada masa itu.
Catz di Menara Condong
Sebelum ni aku pernah lalu, tapi tak pernah singgah amik gambar. Ni purposely pi utk amik gambar, masuk dlm.
Menara ini dibina pada tahun 1892
Dari laman web MPTI, saya salin dan letak disini.
Menara ini telah dibina oleh arkitek cina En. Leong Choon Cheong dan berfungsi sebagai tangki simpanan air untuk bekalan penduduk sekitar disamping berfungsi sebagai jam.
Pada masa ini menara ini tidak lagi berfungsi sebagai tangki simpanan air namun jam tersebut masih lagi berfungsi dan akan berbunyi setiap 15 minit. Kawasan sekitar menara telah diturap dengan bata dan dijadikan sebagai plaza untuk pelbagai aktiviti di samada aktiviti rasmi atau tidak rasmi.
Jalan di tengah-tengah Bandar Teluk Intan telah dinamakan sebagai Jalan Ah Cheong sempena memperingati sumbangan En. Leong Choon Cheong yang telah membina menara tersebut.
ARKITEK:
Tidak diketahui tetapi mengikut rekod “A Hundred Years Of Ceylonese In Malaysia and Singapore” (1867-1967), Mr. S. Sabapathy (Asst. Engineer), P.W.D. Teluk Intan, membantu dalam pembinaan ini.
SENARAI PENDERMA:
Kontraktor Cina yang dikenali sebagai Leong Choon Cheong dan kontraktor Ceylon telah membina dan penderma utama.
Dermaan daripada penduduk tempatan untuk membeli Jam Berkunci dari London buatan Firma J.W. Benson – Ludgatehill London.
TUJUAN DIBINA:
Melalui kajian yang dibuat terhadap Menara Jam Condong yang dahulu dikenali sebagai Jam Tinggi, tujuan dan motif pembinaannya seperti berikut:
Sebagai keperluan memadam api sekiranya berlaku kebakaran.
Sebagai tangki air untuk penduduk bandar sekiranya berlaku kemarau
Memperingati jasa pentadbir (Pentadbir British)
Setelah diteliti, didapati pengaruh senibina Cina yang paling kuat pada Menara Jam Condong. Ini adalah kerana ia berkonsep sebuah “Pagoda”. Walaupun pembinaannya pada zaman pemerintahan British, namun pengaruh Cina, penderma dan kontraktor telah berjaya dalam memperjuangkan budaya untuk dihayati. Ini jelas didapati pada fasad bangunan menara jam ini seperti gerbang, bumbung genting dan hiasan jubin dan sebagainya yang menunjukkan kekayaan budaya dan senibina Cina.
Dari luar kelihatan seolah-olah menara jam ini adalah bangunan 8 (Lapan) tingkattapi sebenarnya hanya terdapat 3 (Tiga) tingkat sahaja. Menara jam ini memiliki 110 anak tangga yang menghubungkan setiap aras yang tingginya 15.5 kaki. Kekayaan senibina yang diperbuat daripada struktur kayu dan batu; terdapat setiap tingkap dilengkapi dengan lorong jalan 6 (Enam) kaki lebar berdindingkan tembok rendah 2 (Dua) kaki yang dihiasi dengan batu berwarna hijau. Ketelitian senibinanya dan perancangan ruang dapat dilihat dari adaptasi kegunaannya sebagai tangki air ditingkat 3 (Tiga) yang diperbuat dari kepingan keluli setinggi 16 kaki dengan muatan 680 kaki padu. Lapisan bawah bangunan ini berukuran garis pusat 43 kaki dan menguncup ke atas 27 kaki.
[sumber laman web Majlis Perbandaran Teluk Intan]
Masa catz dtg, ramai juga pelancong tempatan dan asing sedang amik gambar dan masuk ke dalam menara. Memang cantik menara ni..
Terdapat kolam/tangki menyimpan air di tengah-tengah menara. catz tgk ramai yang bubuh duit syiling dalam kolam ni.
Dalam menara ni, di ruang legar, terdapat gambar-gambar menara yg di ambil dari tahun terdahulu dan juga petikan artikel dan sejarah menara ini.
Bangunan tersebut didirikan di atas struktur tanah yang lembut disamping itu terdapat bebanan tangki yang menakung air yang telah menyebabkannya condong sedikit ke arah barat laut.
[Maklumat dan fakta adalah dari Laman Web Majlis Perbandaran Teluk Intan.]
Di depan menara, terdapat medan selera. Deretan gerai makan dgn pelbagai pilihan makanan. Dari satey, nasi campur dan lain-lain. Catz singgah lunch di sini di sebuah gerai nasi campur. Sedap dan berpatutan harganya.
Kompleks Menara Condong
bersambung..
5 comments:
tak pernah pi sini.
dah mcm tourist guide bunyinya!tp aku penah gi sini....saja singgah, sendeng kepala mcm iklan avanza kat tv & pastu blah...heh!
geraugebang,
catz pun 1st time singgah..dulu lalu2 je...
afendi arif,
ada bakat tak jadi tourist guide??
hehehhehe
Tk Intan tu rumah akak la. Ngapa dtg tak bgtau. Boleh bagi guide mana nak makan sedap.
Post a Comment