Monday, November 23, 2009

oh..radio itu...

Pokok bunga emak, segar bugar. Captured 6 hari lalu.


malam tadi..

eh cop..apesal aku sgt giat menulis blog ni ha? (padahal lusa ada dateline..esok matik la..)

ok..sambung..
aku memandu seorang diri di tengah kepekatan malam (chewahhh..).
Ini adalah gara-gara bad mood sebab nak beli
begel tapi tak dapat.
Situasinya adalah, aku dah sampai depan betul-betul gerai abg dan kakak begel.

Tetapi depan gerai begel, ada org jual VCD ? DVD haram.
Ada kereta berenti betul2 depan meja CD haram tu..err..encik kalau iya pun nak beli ke..nak tunggu kawan ke...anak ke, kenapa tak park elok2?.
So jalan sempit,aku susah nak lalu, hampir tersagat kereta org dan lepas tu melalui lagi beberapa kereta yang park sukati tgh jln. oh...dah kurang sgt sivik ke apa..
so aku nak park tak boleh...tak muat..kena jln terus. dah bad mood. nak pusing balik tak koser.
Merajuk. tak dpt makan begel.

So aku memandu..menuju ke mana tak tau. Ikut kaki..
ON radio..
mendengar putaran lagu tahun 80-an yang eh..sedap la.
teringat zaman2 sekolah..masa dulu-dulu la..
tetiba dengar suara DJ, not bad (tak jerit2 ..seronok dgr suaranya..).
Nama rancangan "XXXXX CINTA".
wah.ada lagi rancangan macam ni ye?
konsepnya...ko daftar nama, boleh berkenalan tru radio, boleh hantar madah-madah cinta..mintak lagu, tuju lagu. eh..zaman org berkenalan tru internet, tru blog ada lagi rupanyaaaaaa org berkenalan melalui rancangan radio.


macam ni ayat yg di baca DJ,

" saya berusia 25 tahun, berkaca mata, kurus, kuning langsat, mahu berkenalan dengan jejaka yang jujur."

'" Saya seorang yang ceria, usia 33, berkulit sawo matang, hobi membaca, ingin berkenalan dengan sesiapa saja, terutamanya gadis manis berambut panjang."

" Saya Faizal, mahu berkenalan dengan gadis yang jujur dan penyayang"

" saya norsalwani, bekerja sbg guru..kalau boleh mahu berkenalan dgn jejaka
berumur lingukangan umur 28-33 tahun, yang bujang, bertanggungjawab".

hem...dan banyak lagi la..dan buat aku tersenyum seorang diri sambil memandu.

err...aku ingat ini adalah mode org berkenalan di zaman tahun 80-an dulu, ala..zaman org berkenalan tru majalah. Bubuh gambar. hiks.
lepas tu beralih ke zaman awal 90-an, org suka masuk irc. hahhaa..masa tu ingat lagi..kita orang selalu masuk lab kat fakulti sambil buat assignment sambil chat. Masa tu internet mcm baru nak boom lah..so jakun sgt. Hiks.. masa tu kalau tak
tau irc tu apa macam pelik.
Dan baru ni kan..ada kawan aku cerita pasal irc, aku jadik blank.
eh??? wujud lagi ke irc tu????? laaaa..zaman tuh aku dah tinggal lama..bila dia sebut perkataan irc aku mcm hilang ingatan? eh..apa benda tu?hahaha..bengong.

Dan now zaman org berkenalan, making friends, jumpa-jumpaan tru blog.
Senang je kan. Aku kan, berkenalan dengan jiran aku pun melalui blog. Pelik? Tetapi Benar.

Duk berbalas-balas komen tru blog, last2 tau yg dia jiran aku.Ha-ha.
And akhirnya jumpa juga..gara-gara blog, now dah jadi jiran real (dulu jiran maya), bertukar-tukar juadah bagai. Hebatnya kuasa blog ni.
Dan aku juga dpt berkenalan dgn kawan-kawan baru melalui blog juga. Senang kan?
Ramai saya kira yang berjumpa kawan-kawan baru melalui blog, join gathering, jumpa-jumpa terus ngam jadi kawan baik. Senang betul nak jumpa kawan baru now ni.

Biasanya kita akan jumpa dgn org yg kita rasa ada common interest, yang kita rasa mcm boleh ngam, sealiran gitu kan? Contohnya, org yg minat photography, biasanya jumpa yg minat photography..gitu lah kot. Yang minat kumpul setem, jumpa yang minat kumpul setem jugak.
Eh..aku ada jumpa blog peminat setem ni. (Dulu masa sekolah rendah aku ada 2 album setem oke..now dah kat mana tah).
To be honest, aku belum pernah pergi gathering. Gathering tu maknanya jumpa, set masa,set tempat, jumpa ramai-ramai gitu kan. Kalau jumpa berdua ke..tu
kira gathering ke?
Aku segan.

Oh..berbalik kisah radio tadi,

DJ membacakan madah-madah cinta yang dihantar oleh sipolan kepada si polan.
Suara DJ sedap, cool je time baca..so aku jadik suka dengar. Wah macam radio zaman-zaman 80-an, awal 90-an. Masa sekolah dulu, teringat, aku dan bebrapa kawan seludup radio kecik, dengar guna earphone. Suka dengar Best 104, Radio 1, masa tu ada rancangan cinta2 cam tu lah..sapa ek masa tuh yg popular..oh
BBD , Zazmi Zain kot if tak salah. Kitarang simpan radio dalam compartment khas (ceh..), aku buat ruang khas belakang locker utk simpan radio kecik aku. So kalau spot check, mmg tak dijumpai punya. Masa tu kan zaman ice-ice baby, kihkihkih. Kumpulan rock melayu pulak, kumpulan Olan, Wow, Zabarjat, Gamma,EKAMATRA, dan pelbagai lagi.

Tajuk lagu masa tu pergh..

1. Pusara di Lebuh raya - ekamatra
2. sekadar dipinggiran -Fran
3. O lala tropika - Fran

4.Kembang Terhalang - Gamma
5.Bila Bulan Berwarna Biru -
6. Memori Duka - Sons of Adam (ni lagu masa aku sekolah rendah)
7.Sejiwa - Spring

hiks.

Teringat roomate aku, Kak Ella namanya.. sgt fanatik oke dgn rancangan
cinta-cinta tgh2 malam..pukul 12 malam ke atas. Aku pun terpengaruh.
So..malam tadi tiba2 aku duk ingat zaman tu lah.
ada lagi rupanya zaman sekarang rancangan sebegini. hiks. Wah cik Kiah jiwang.

Tapi now ni dengar lagu-lagu 80-an macam best pulak. Suka francisca peter, Aisyah.
err..aku pernah masuk pertandingan nyanyi, bawak lagu francisca peter, dpt no 2.
kihkihkih. Teringat zaman sekolah rendah. Now kalau nyanyi, mau gempa
bumi..kihkihkih.

kalaulah aku boleh tanam macam ni..

9 comments:

kucingorengemok said...

aku pun tak pernah gi gathering... segaaannn! jumpa jiran lain la kan :)

LYS said...

ke akak begel dah bersalin so kedai tutup?

Mama Miraki said...

catz...zaman2 yang kau lalui tu cam serupa aje ngan aku...hihihihiihihi..tapi memang best lagu2 zaman2 tu kan....

Wahidah said...

begel tu ape eik sis???
huhuhu,,,

plg tk besh berkenalan through radio mcm tu..mcm dulu2 je..hehehe

gathering??? tk pernah pun p lagi..
alam blind date pun dah berabad tk buat..hahaha

catz said...

kog,
'kita bergtaher2 sesama kita je lah noks..
hehehhe..
aku segan siot nak pi gathering...
hiks

catz said...

makcik rokiah,
maybe lahhhh...
tapi belummlah nampak besar benor perutnya...
anak 1st katanya

catz said...

mama mairaki,
aku rasa kita sebaya kot?
ye ke?
heheheee

catz said...

wahidah,
begel=burger

hehehehhe..
kan..malaulah nak pi gathering..
segan banget aku..
bila nak jumpa catz??

BaTiK_PiNk said...

catz;

tak tahu mcm mn terjumpa blog catz ni, tapi once dah follow..mmg susah nak tinggal, serius!

just curious, job catz mmg require travelling ke? seronok sgt tgk gambar2 dan foods yang ada dalam blog catz ni...part of me envy your lucky life...travelling, jalan2 cari makan, interesting stories etc2....

one more thing, banyak resepi dapat belajar dr blog catz ni...thus, nak ucap TQ kat catz.....!!