Wednesday, November 25, 2009

Teluk Senangin

Satu lagi tempat menarik di Perak.
Teluk Senangin yang terletak hampir dengan Swiss Garden Damai Laut.
Bagaimana nak sampai ke sini?
Kalau dari Manjung/Lumut/Setiawan, amik hala ke Pantai Remis/ Damai laut.
Then ikut hala ke Swiss Garden Resort. Terus je, ia terletak lebih kurang 4 km dari simpang masuk ke Swiss Garden. Catz pergi sini sebelum ke Ipoh, sebab dekat dah dgn Swiss garden, so singgah sebentar..jalan-jalan amik angin.

Pantai yang cantik juga..air pun bersih...sesuai untuk mandi..kedebushhh...

Riadah bersama keluarga

Terdapat gerai minuman dan makanan..mahu laksa? sini ada laksa Teluk Senangin

Gerai cenderahati

air laut membiru

Catz ada search di internet, dikatakan ada chalet di sini, tapi tak sempat nak tengok..

Agak jauh juga sebenarnya nak ke sini, tempat ni agak sunyi sebab tak begitu ramai orang..
mungkin bagus kalau ada chalet yang cantik, dibina kemudahan utk pengunjung...mungkin lebih ramai orang akan datang..lagi meriah tempat ni..

Banyak tempat menarik di Malaysia untuk dilawati, diterokai...
jom..cuti-cuti Malaysia...!

2 comments:

rezeki said...

salam catz

mmg indah dn mendamaikn

tapi tulahlah, saya kalau gi pantai lepak2, tapi tak suka mandi laut

catz said...

salam rezeki,

memang cantik tempatnya..cuma sunyi..
mandi laut mmg leceh..
kalau chalet depan pantai nak le mandi.
aklau saja2 dtg..mmg jln2 je tak mandi.
selamat hari raya aidil adha.
:)