Tuesday, December 1, 2009

Sambal terung w0nG S0L0?

cerita masakan minggu lepas.

Entah kenapa kah tekak aku gatai dan mentel nak makan benda-benda yang diproduce di w0ng S0lo? azab tak..pukul 8.30 mlm baru sampai rumah. Duk fikir nak makan mi megi cepat di masak tak berapa sedap di makan..tapi tekak ni meronta-ronta.." nak makan sambal terung yg mcm kat w0ng sol0." huh?
tak agak-agak lah kan?
dah lah hujan agak lebat...nak ke sana tu karang, amik masa. Lepas tuh aku kalau sekali makan sure lah habis at least RM30.00 kot. Air je dah dekat RM7.00, nasik, lauk, sambal,sayur? dah berapa kan??? Untuk badan yang letih, nak makan gah-gah memalam buta, RM30.00 adalah tidak ekonomi kerana akan makan seorang diri.Korang ada ke penyakit macam aku? yang tekak nak makan something pastu tak boleh tunggu sampai esok? Nak sekarang jugak.huh.



so aku sms jiran aku, kat mana ada jual terung? dia ckp kedai runcit deretan depan apartment.
AKu pun cuci beras, dan sarung tudung turun JALAN KAKI dalam hujan renyai ke kedai beli dua biji terung serta cili api.Dan konsepnya w0ng S0lo, so kena pedas meletop.



Bahan-bahan yang aku guna:


terung
bawang merah
bawang putih
cili giling - 3 sudu
cili hijau - 2 batang (tumbuk kasar)
cili api- tumbuk halus (kalau nak berapi letak 2 kilo)..aku buh 5 bijik je.
belacan
garam
minyak
daun limau (sehelai hiris halus) - SEHELAI saja.

Hiris terung.
Tumbuk bawang+cili api dan tumis bahan tersebut,
Masukkan cili giling dan belacan, tumis garing.
Masukkan cili hijau.
Masukkan air secawan, mendidih masukkan terung.
Kacau-kacau, bagi terung empuk. Bubuh garam, gula sket.
Masukkan sehelai daun limau tu (aku pun tak tau kenapa tangan aku gatal nak bubuh daun tu..tapi mcm sedap gaklah..tapi jgn over bubuh banyak,kang jadik tomyam pulak).

hidang..eh makan sorang, kalau nak angkat sekali dgn kuali bawak pi depan tibi pun tak pe.Tapi alas dgn surat khabar.

makan depan TV, duduk mkn kat coffee table tu kan..duk atas lantai, feeling-feeling makan di W0ng S0lo. tapi lagi best sebab boleh ubah-ubah channel Tv ikut sukatik.

9 comments:

kucingorengemok said...

ko kan, sebut-sebut wong! nanti aku naaakkk! cis. hari yang ada jiran aku sebut2 terung tu, besoknya aku gi mkn kat wong, haha... ps: aku pernah tgk resepi sambal terung wong, dia ada letak sup tulang skit... pps: deris nampak ko berjalan dlm hujan gi petik terung malam tu, haha :)

afendi ariff said...

tak lekat kat tekak ke takde kuah cam tu?heh...

geraugebang said...

Kak gerau selalu gak nak makan jam tu gak. Tak boleh tunggu. Tu yang sampai meracau malam-malam.

LYS said...

arghhhh...cacing menjerit nak ke wong solo plak nih.. help! help!

catz said...

kog,
tuh lah...agak2 apa depa bubuh dlm sambal terung ek..ko asyik teringat2..
kehkehkeh....
gigih aku jln dlm hujan renyai pi petik terung..
kannn...
hahahahhaa,,,,aku jln laju je tak tgk org..ihiks..

catz said...

afendi,
sedap je mkn camtu..tak perlu kuah dan lauk lain..
3 pinggan layan..eheks..

catz said...

makcik rokiah,
ha...sila ke wong solo..
ihiks..aku pun suka gak mkn situ, cuma bagi aku, mkn situ adalah mahal..tu yg belajo masak senirik..

catz said...

geraugebang,
aku kalau teringin, pukul 1 pagi pun boleh bangun masak..
azabs..itu pasla susah mau kurusss..

Azrey Rozie Eiman said...

nyummm.. sedapnye! saya pun suka makan kering2 without kuah. kalau kuah tak kena gaya dah curah ke nasi, putus pulak selera :)