Tuesday, April 12, 2011

oh..cerita GPS lagi...

ni nak bergosip pasal GPS lagi..

lately aku banyak ke sana ke mari dengan berpandukan GPS dan kdg walau pun sudah tahu bertanya pula sesuatu tempat pun pakai GPS juga sebab kadang tu senang nak budget masa, agak-agak jauh lagi ke tak..berapa minit lagi nak sampai.

Bagus ye dok?

walauuuupun, kadang tuh baru je nak pakai tudung tapi boleh je ckp "jap.. aku lagi 7 km nak sampai rumah ko." (mestilah cik senah tuh percaya, sebab dia tau aku pakai gps cap ayam aku tuh).
kalau aku ckp tgh pakai tudung lagi nanti dikuatiri cik senah di sana hantar polong kat aku.hihi.

eh..
bukan semua orang suka technology. barangkali belum tebukak hati nak guna or any other reason lah kan.

and i have a fren yang tahap alergiknya terhadap GPS adalah maksima. Dia warning aku (hihi)
" nok ko kalau nak naik kereta dengan aku, jgn bawak gps kau masuk kereta aku" --> hihihi.
and kept saying "eiii tak payah lah gps tuuuuhhh..lagi sng tgk peta"

aku ketawa je.

but i ni insan lemah u ols. mata i cuma dua. tangan pun dua.i bukan sotong kurita bertangan lapan and lately merata aku travel.camana kan nak tgk peta sambil naik kuda kan?
dah sah2 gps tuh jauh lebih senang (kalau reti guna dan tak derhaka mcm aku la ).

Peristiwa malam tadi.

Dia datang out station ke kuala lumpur ----> kolumpo.

Oleh kerana minggu lepas dia telah melayan dan menemankan i makan tidur di negeri Darul Makmur itu, maka sbg kawan, haruslah mak bawak dia makan makanan kuala lumpur pula (read: makanan kedai mamak ).

Dia duduk Kuala Lumpur International Hotel yg terletak di Kg Baru ( chowkit area katanya). aku masih kompius, adakah kg baru, chowkit dan stesen bas pekeliling tuh dekat-dekat lokasinya?
dia kata dia stay situ sebab nak ke kampus tempat meeting tuh cuma sekangkang kucing je. nak makan pun depan hotel dan sekitaran banyak tmpt makan.

as buta jalan KL, ok..GPS ni ala tool kit mak le kan nak ke situ.dah le malam-malam.

so..ikut je lahhh..ok..selamat sampai kg baru. Tapi kannnnn...

aku folow gps nih kenapakah macam pelik???? kata 0.4km, tapi aku tgh drive di jalan-jalan lorong belakang which aku rasaaaaa kan... hotel ni dah pindah ke apa?????
ni semak-semak belakang flat ke apa tahhh???

sampai lorong gelap tiba2 GPS aku ckp " U have arrived your destination".

yang ada hanyalah ala2 tempat buang sampah, semak u ols.

oh ngeri.

aku salah dgr nama hotel ke ?? dah pindah ke?

gps aku terus bawak aku pusing-pusing situ-situuuuu jugak. tak boleh jadik.rjumpa

lepas tuh kan yang aku jumpa adalah Hassan tomyam...hassan tomyam (time aku tak nak mkn situ, asyikkkk le terjumpa. dulu time nak mkn situ dekat 2 jam aku sesat.cihcih.
lepastuh jumpa gerai sup meletop lah..nasik lemak meletop lah. eii.takut gak.kang makan, aku yg meletop.

Aku kuar balik, ke jalan yg ada org dan tanya. 2-3 kali tanya baruuuu jumpa hotel tu.

and dan-dan tuh jugak gps aku cakap.. "u have arrived your destination" ---> ek elehhh..tau pulak??

tadi kau jugak yang bawak aku masuk dalam semak.kan? kan?

sebenarnya kan.....kan..kan. aku dah lalu pun depan hotel tu, tp tak perasan disebabkan dah smapai area tu gps aku diam je.ngek.

kawan aku cakap : haaaa..sampai jugak kau kan. dengan bantuan gps lah kan?
aku: ye lah nok...mak bukan reti jln KL. kalau takde GPS nih matik kutu tak reti ke sini.

(sebenarnya excited nak ngumpat GPS aku yg dah agak sewel bawak aku masuk semak tadi dgn kawan aku ni kan..tapi kan..nanti kawan aku perli-perli.."haaa..kan aku dah ckp..GPS ni menyusahkan..tgk peta..bla..bla..bla..." sampai aku pitam kang.so baik diam je.

so memendam perasaan ajalah walau rasa nak jotos2 je GPS aku nihh.

so aku citer kat sini, cerita dgn korang le.

hik.

penat type ni.



oh ya.
belum habis ye.

Lepas makan di kedai pelita iteww, aku hantar kawna aku balik hotel pukul 11.50 malam. aku nak pasang gps terus dia ckp.. "dahhhhhhhhhhhhh. jangan pakai gps.tak payah".

ye la..ye la....

lepas aku turunkan depan lobi kann...

aku ON gps aku ihihiih h..set nak balik bangi. so ikut gps.

tapi kan...apa jadik tawwww.

aku termasuk dalam parking KLCC..pukul 12.20 malam.

so aku bayar RM3.00 kuar balik...grrrrrr..grrrr.

err..aku ke gps aku yang sewel. masih kompius.


dan-dan tuh aku rasa nak masak gulai. gulai GPS lemak cili api tempoyak bubuh belimbing buluh.

huh!


9 comments:

kucingorengemok said...

ko tak pernah rasa ke lauk gps? sedap laaa, hahaha

Dushkuat said...

catzzzz!! lawakk gila u punya GPS! siap masuk KLCC punya parking tu yang tak boleh blah sangat tuu. HAHAHA. sumpah gelak gila ni.

aza ni said...

salam catz

ada virus kot?

Yattisa Roslan said...

ha ha ha gelak guling.... hagak2 la ok nak ikut GPS...xkan balik umah kena lalu palang parking..pastu kan bila drive pandang GPS ke pandang depan aduyai.. lagi nak gelak guling...

NenetPenne (NP) said...

jangan lupa jemput aku kalau kau masak lemak gps tu yer....

Anonymous said...

gler lawak ko g masuk paking klcc tu..hahahah..xtahan beb..gelak guling2 kt opis neh..
-emy-

Anonymous said...

catzs..u buat saya gelak mcm nak guling2 baca story bout u n ur gps ni..hahaha...

Dessert Queen said...

ok ni mmg lawak...hahhaha...terbayang gulai GPS...hahahhaa :)

Anonymous said...

adoiii..tgelak gila2 pukul 12.06malam ni. bole plk tmpt paking dibawaknye. yg you pun masuk je la kan. lol lol lol

-dewi-